Mencintainya bagai satu penyiksaan untuk diriku. Sangkaan aku meleset. Ku sangkakan kau hanya menyayangi aku. Tapi dalam masa yang sama kau menduakan cinta yg aku berikan pada dia. Aku cuba untuk menepikan segala prasangka yang buruk terhadap kau. Kerana sayang aku pada kau masih ada. Aku pernah berkata pada kau. "Andai kau ada yang lain suatu hari nanti dan dia menyayangi kau lebih dari aku sayangkan kau. Aku akan megundurkan diri aku demi melihat kau bahagia dengan orang yang boleh sayangkan kau lebih dari aku." Tapi kau tidak pernah memberitahu aku. Tidak pernah menyatakan yang sayang kau terhadap aku kian pudar. Aku bukan minta untuk kau setia lagi dengan aku. Aku cuma mahukan kau jujur dengan aku. Aku tahu kejujuran amat menyakitkan tapi biarlah sakit sekarang dari sakit kemudian yang mungkin lebih menyakitkan . Walau cinta dan sayang ku masih untuk kau. Aku rasa semua itu sudah tiada guna. Kerna kau menyayangi dia. Aku redha kau bersama dia. Aku sentiasa mendoakan kau bahagia. Kadang² aku rasa pengorbanan aku tidak berbaloi selama ini. Mengejar bahagia yang bukan milik aku. Tapi aku tahu ada hikmah disebalik perkenalan kita. Kau jangan risau. Aku tidak akan ganggu lagi hubungan kau dengan dia. Aku bukan jenis yang suka kacau hubungan orang meski aku sayangkan kau. Tiada kata seindah bicaramu. Tiada ayat semanis ayat dirimu. Sungguh aku terpikat dengan setiap kata²mu. Tapi kini semua hanya meninggalkan kesan di hati dan terpulang pada diri aku untuk membuang atau menjadikan ia sebagai pedoman hidup. Maafkan aku. Halalkan setiap bicaraku. Halalkan segala yang aku luahkan pada kau. Mula pada hari ini aku tiada lagi benda untuk dikongsikan dengan kau kerana sayang kian pudar. Kasih kian pergi. Cinta turut menghakis semua.
#sahabatkukakijiwang
25/Jan/2019 (3:08 pm)
YOU ARE READING
Cerita Kau Bersama Ku
Short StorySelalu datang dan pergi. Datang untuk meraih cinta ini. Pergi membawa kerisauan pada diri. Akhirnya aku yang perlu menanggung segala rasa. Walaupun hati tidak merelakannnya. Cerita Kau Bersama Ku (Dalam proses mengedit typo)
