LCC 3 - ATOK PART 3

11 0 0
                                    

[ 3 April 2014, Jumaat ]

Pagi itu, saya tersedar dari tidur. Huh penat sangat malam tu. Lepas Atok menghelakan nafas terakhirnya, saya duduk di sofa malam itu. Tak tahu macam mana, terlelap sambil peluk baju Atok.

Sedar pagi tu, mak saya yang kejut. Jadi, bangun solat subuh. waktu solat tu, lembik sangat kaki tak boleh berdiri dengan statik. Solat, baca bacaan dalam solat, tersedu sedan menangis. Masa tu rasa memang betul-betul tak kuat.

Selesai Solat Subuh, saya memohon kekuatan daripada-Nya. Kerana rasa tak mampu. Saya mengadu dengan Dia. Saya menangis meminta pertolongan supaya memberi sedikit semangat daripada-Nya untuk terus mengharungi pelbagai lagi cabaran. 

Alhamdulillah;

Selepas berdoa, saya kembali okay. Sedikit.

Bila matahari mula naik, saya termenung. Dan keadaan kampung masa itu, dah mula dipenuhi jiran-jiran, saudara-mara. Sedikit pon tak ingat hari itu, adalah hari ulang tahun kelahiran saya. Sejujurnya, tak teringat lansung.

Selepas Atok dimandikan, disolatkan dan dikafankan, kami sekeluarga dan orang ramai, membawa Atok untuk disemadikan/dikebumikan. Saya pergi tengok Atok dimasukkan ke liang lahad. Ketika itu, saya memang tak mampu untuk fikir dengan baik dan terus menangis tanpa fikir orang sekeliling memandang. 

OTW pulang ke rumah semula selepas pengebumian(rumah atok dan wan), saya naik kereta Kak Ngah saya, dia dah berkahwin dan suami dia tengah drive masa tu. Hanya kami bertiga dalam kereta tu. Dah nak sampai rumah, Tiba-tiba abang ipar saya(suami kak ngah) cakap,

" ehh harini birthday Adik lah. Happy Birthday Adik."- abang ipar.

ketika tu, saya duduk di bahagian belakang pemandu, sambil tengok pemandangan luar. lepas je dengar saya terus pandang Abang ipar saya dan kak ngah. 

"ehh ha'ah lah. Selamat Hari Lahir Dikkk."-Kak Ngah.

Time tu jugak rasa terharunya. Saya pon tak ingat hari ni birthday saya. Orang lain yang ingat dan Itu first wish yang saya dapat ketika tu. Memang masa tu tak dapat tahan air mata, terus nangis.

"Kalau Atok ada, mesti Atok paling happy harini."

Pada ketika itu, hari lahir saya yang ke-10, tanpa majlis dan sambutan. Tanpa kek.


--------


Sejujurnya, saya terlampau sedih dengan ketika Atok meninggalkan saya, sebab;

Pertama, Atok paling rapat dengan saya. Manja saya dengan dia melebihi saya dengan Mak ayah saya sendiri.

Kedua, Sikap dia. Sikap prihatin, pemurah, bertanggungjawab, tegas. Dia tak pernah lupakan kami anak dan cucu dia. Sampaikan nyawa dihujung tanduk sekalipon, dia masih memikirkan kami.

Ketiga, Sebab dia dah berjanji dengan saya. 

Dia janji, ketika birthday saya yang ke-10 tahun, dia nak buat majlis. Dia nak panggil orang ramai-ramai,  Dia nak bagi hadiah. Dan;

Ya. 

Dia tunaikan janji dia. Dia buat majlis untuk meraikan pemergian dia.Dia panggil, ajak orang ramai-ramai datang rumah. Dan hadiah untuk saya, Adalah pemergian dia buat selama-lamanya.


- THE END -

Leteran CikCokolatWhere stories live. Discover now