LCC 1 -ATOK PART 1

16 2 0
                                    

This first capture for LCC. Dalam ff ni semua kisah yang real terjadi pada author. just nak kongsi. Tak minta orang simpati atau apa. 

----

Saya ni agak rapat dengan arwah atok saya. Atok saya ni jenis yang pemurah. Yelah, dengan cucu dia kan. Apa apa nak bagitahu dia beli, dia belanja. Dia pon jenis suka kacau kacau anak cucu dia. Tapi dalam masa yang sama, dia jenis yang manja kan anak cucu dia. Saya ni manja orangnya. memang suka bermanja dengan arwah atok.

[ 03 April 2013 ]

Ketika itu umur saya 9 tahun. Pada malam hari lahir saya yang ke-9 tahun. Saya dan keluarga sambut hari lahir saya di kampung, rumah atok dan wan. Yelah, zaman tu kecik lagi. ofcours ada kek. Sambut meriah. tapi hanya saudara-mara aje. tak ajak jiran-jiran atau orang luar.

Habis sambut hari lahir, Saya duduk dekat sofa di ruang tamu rumah kampung itu sambil belek-belek hadiah yang family bagi. Tenngah leka, Arwah atok datang duduk sebelah saya. Kami berbual mesra, bergurau habis lah masa tu. dah penat geletek each other gitu, atok tiba-tiba cakap--

" meriah harini. nanti tahun depan, kita buat meriah lagi. jauh lagi meriah dari tahun ni. kita ajak orang ramai-ramai, ajak jiran, nanti tahun depan atok bagi hadiah lagi istimewa. Atok janji."

 Saya cuma angguk je. tak ada lah faham sangat apa yang atok cakap sebab saya dulu boleh dikatakan budak 'tak pandai' dulu. cuma ingatan saya aje yang kuat dulu. tu yang sampai ingat peristiwa ni sampai sekarang. 

ok back to story--

kemudian, after 5 bulan selepas majlis hari lahir saya, atok selalu sakit. sampai awal tahun hadapannya, ialah tahun 2014. 

[ Pada awal tahun 2014 ]

Atok dah mula keluar masuk hospital. kena tahan ward. After doktor buat check up and treatment semuanya, Atok disahkan menghidap Penyakit hati berlubang. Ketika tu, doktor kata keadaan atok 50-50. Faktor umur terutamanya. ubat masatu dah mahal, nak buat rawatan di hospital swasta, tak mampu. Atok cuma cakap," kalau dah ajal, Aku redha." 

Sejak Atok cakap macam tu, kami sekeluarga tak boleh nak bantah. walaupon wan, isteri dia sendiri. dia kan ketua keluarga besar kami. dia yang berkuasa. lagipon dia orang yang paling kami sekeluarga hormat. dengan sikat adil dia, pemurah, sabar,bertanggungjawab dan tegas.Hanya ubat bulan-bulan doktor bagi je yang tampung atok untuk terus menjalani hidup dia. 


Leteran CikCokolatWhere stories live. Discover now