Sementara yana hanya tersengih sengih mendengar ayat terakhir dari mulut tuannya. Comel juga bila dia cakap macam tu hahah. Ingatkan dia serius dua puluh empat jam je. Phone dikeluarkan sebelum dia menekan nama Adam pada whatsapp, jarinya sibuk menekan huruf huruf pada keyboard. Setelah selesai baru dia Whatsapp hana.

Tapi.. kenapa dia rasa lain? Rasa macam ada sesuatu yang akan jadi..argh! Mungkin aku penat sikit kot.

Langkah diatur keluar dan menuju kearah lif.

                  Di dalam kereta, seperti biasa hanya bunyi radio era saja yang memecahkan kesunyian. Lagu ost dalam drama Nur dinyanyikan, bibir sekadar bergerak menandakan dia sedang menyanyi tanpa suara.

Ting!

Phone dikeluarkan dari beg sebelum aplikasi Whatsapp dibuka. Serta merta senyumannya melebar kemudian dia menunjukkan satu gambar pada tuannya. Gembira punya pasal dah termalu sendiri tanpa dia sedar.

"Tuan Luke! Cuba tengok baby ni. Cute kan? Kan? Bestnya dapat baby! Comel je" Luke sekadar menjeling saja sebelum dia tersengih. Gadis sebelahnya ini lagi comel dari bayi ini.. tingkah lakunya macam budak umur lima tahun.

 tingkah lakunya macam budak umur lima tahun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Iye comel Maisarah. Jangan happy sangat, seatbelt tak pakai.. depan tu ada polis. Awak nak kena saman ke sebab tak pakai seatbelt?" Yana sekadar tersengih sebelum dia menarik seatbelt. Gambar bayi itu ditenung semula. Comelnya!!

"Awak teringin nak ada baby ke Maisarah?" Soal luke. Keretanya diberhentikan seketika bila polis sedang memeriksa keretanya sebelum keretanya digerakkan semula.

"Naklah. Siapa tak suka baby tuan Luke ni, boleh cium dia puas puas, dapat gomol gomol dia. Dengar dia nangis eiiiiiii comelnya!!!?" Kata yana. Hilang malunya dihadapan CEO ini bila bercakap tentang bayi.

"Kan dulu saya ada cerita dekat tuan Luke. Anak saya meninggal, kalau anak saya masih ada mesti saya bahagia."

"Tak perlu nak bersedih atas pemergian mereka Maisarah. Ajal mereka pergi sebelum awak, yang pergi biarkan mereka tenang disana yang hidup teruskan kehidupan. Apa apa kalau kata awak rindu, hanya berdoa saja pada Tuhan awak..katakan pada tuhan awak yang awak rindukan mereka. Awak menangis keluar air mata darah sekalipun tak akan ada apa apa perubahan, tak boleh hidupkan mereka yang dah mati." Jawab Luke jujur.

Jujur kerana dialah penyebab ahli keluarga gadis ini mati.

"Tapi kalau pasal anak saya ada jawapannya."

"Apa dia?"

"Awak kawin saja dengan saya. Anak pun awak dapat saya pun awak dapat, comel comel pula tu kalau awak kawin dengan saya." Kata Luke. Yana sekadar diam tapi dia hanya tersenyum saja. Bergurau pula tuannya ini.

             Sampai saja di hospital, Luke dan yana segera mencari wad yang diduduki oleh sahabatnya itu.

304..304..304..

"Tu 304. Awak pergilah dulu, saya nak duduk luar sana kejap." Kata Luke. Yana sekadar angguk kepala sebelum kaki diatur menuju ke wad hana.

Sementara Luke pergi kearah tingkap lutsinar memandang kereta yang keluar masuk ke perkarangan hospital ini.

Boleh tahan cantik juga hospital ni. Dari dalam boleh nampak taman mini, ada kedai runcit. Tak mahal dan tak murah. Bagus!

"What are doing here."

Mata mula memandang satu tubuh yang sama tinggi dengannya itu. Masih tiada perubahan pada lelaki ini, masih sama seperti dulu. Senyuman sinis dihadiahkan olehnya.

"Nice too meet you."

Jejaka itu memandang Luke dengan wajah yang seakan akan menahan amarah dihati manakala Luke memandang jejaka itu dengan sengihan yang tak mampu diungkapkan.

Halloooo..masih ada yang setia menunggu cerita ni? I'm sorry guyss.. untuk bab ni sis memang tak ada idea huhu. Ini jelah yang mampu buat heheh. Thanks yang masih setia dengan cerita ni..nah love 💓💓💓💓💗💗💗💗💗💗💗💗💗

Dan sekali lagi sis minta maaf sebab lambat nak update cerita ni.

                 

LUKE ARYANAWhere stories live. Discover now