Mohd Razif merupakan suami kepada Jellisa May. Razif berdarah melayu tempatan, manakala Jelissa May berdarah Turkey. Mereka merupakan rakan sekelas sewaktu menyambung pengajian di Lynn University, England dalam jurusan politik. Mereka berdua disatukan dalam satu majlis perkahwinan yang diadakan di Istanbul, Turkey. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Nazuha May. Hubungan antara keluarga Mohd Razif dan Jellisa May sangat erat sehingga suatu peristiwa yang menyayat hati berlaku kepada Jellisa May.
Sebelum itu, Razif serta keluarganya berpindah ke Malaysia pada tahun 1993 dan menetap di Kota Damansara, Kuala Lumpur. Ekoran faktor kedudukan geopolitik yang tidak menentu pada masa itu di Kuala Lumpur, Mohd Razif dan isterinya memberanikan diri dengan menjadi aktivis politik di sini yang sebelum ini dikuasai oleh golongan kroni. Mereka berdua menggunakan segala keupayaan mereka selama ini dan akhirnya berjaya menewaskan datuk bandar yang ke-12, Dato' Borhanuddin. Kejayaan Razif dan isterinya dalam menjadi aktivis politik selama tiga tahun berjaya meletakkan nama Mohd Razif sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu mewakili parti Rakyat.
Kedudukan yang tinggi ini tidak menggoyangkan kepribadian seorang bekas aktivis politik. Beliau menjalankan tugas sebaik mungkin sekaligus berjaya mengurangkan kadar penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran tempatan sedia ada pada waktu itu. Namun, segalanya berubah apabila isterinya, Jellisa May meninggal dunia ekoran tumor yang merebak di bahagian otaknya. Kesannya, Razif seperti kehilangan sebahagian daripada dirinya kerana Jellisa selama ini yang berjuang bersama-samanya telah tiada.
"Razif, I know it's hard for you to accept the reality. But nothing can't be change. It's too late...", Razif terkenangkan saat kata-kata terakhir isterinya yang terlantar di hospital sambil mengalirkan air mata sehari sebelum kematian isterinya. Namun, dalam sekelip mata pandangan Razif dipikat oleh seorang wanita di luar pejabatnya.
Airin, seorang kakitangan pejabat pentadbiran dimana merupakan tempat Razif menjalankan tugas sebagai seorang Datuk Bandar Kuala Lumpur. Beliau hidup sebatang kara setelah kedua ibu bapanya meninggal dunia. Beliau akhirnya berjaya menarik pandangan Razif kerana wajah dan penampilan dirinya yang menarik persis seorang yang berkradibiliti serta profesional.
Satu pertemuan dirancang oleh Razif dan timbalan datuk bandar, Suhaimi serta Airin di sebuah kadai makan tertutup di ibu negara. Pada awalnya, mereka membahaskan berkaitan masalah rasuah yang kerap berlaku dalam kalangan anggota pentadbiran. Pejualan tanah yang mencurigakan dan kenaikan pangkat sesuka hati dalam sesuatu organisasi turut menjadi buah mulut mereka. "so, I think we finish here first. It's already 12 am. Thanks for both of you guys bacause we have talk about the issues in our administration", Razif menamatkan pertemuan mereka bertiga.
"Airin! Wait for me", Razif mendapatkan Airin sebelum beliau melangkah masuk ke dalam teksi yang beliau baru sahaja tahan di tepi jalan. "Yes, why Datuk?", tanya Airin sambil mukanya menunjukkan seribu satu persoalan. "maafkan saya, biar saya hantarkan dia balik rumah. Maaf ya", Razif menundukkan dirinya sambil bertutur dengan pemandu teksi tersebut. Pemandu itu menyambut baik alasan Razif lalu meninggalkan mereka berdua di situ.
Razif memandang Airin sambil mengukir senyuman kepadanya. " Let me send you home. But, before that bagi location rumah awak dulu", kata Razif. Gelagat Razif yang seakan-akan terdesak membuatkan Airin jatuh hati kepadanya. Mereka berdua akhirnya sampai di rumah kediaman Airin setelah lama berbual dan bergurau senda di sepanjang perjalanan. "I think we shouldn't be like this for long time. Would you marry me?", Razif memeberikan sepenuh pengharapan sebelum Airin menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan pelawaan tersebut.
"Nazuha, daddy ada berita baik", kata Razif kepada anaknya sambil Zuha duduk di atas riba ayahnya di ruang tamu rumahnya. " Nak! Nak! Nak tahu...", Pujukan Nazuha yang baru berusia 8 tahun. Terukir senyuman di muka Razif. " Nazuha bakal ada mummy baru!", Razif gembira. Namun begitu, riak wajah Nazuha terus berubah. Air matanya mula membasahi pipi. "Daddy jahat...! Daddy tak sayang mama...!", Nazuha tidak dapat menerima hakikat. Beliau kemudiannya dipujuk oleh pembantu rumah Razif, makcik Sapiah dan cik Noureen.
Makcik Sapiah menyerahkan Nazuha kepada cik Noureen seketika sementara beliau ingin berbicara dengan majikannya, Razif. " Tuan, saya tahu Nazuha masih kecil dan perlukan kasih sayang seorang ibu. Makcik pun dah anggap Nazuha macam anak makcik sendiri, Noureen. Tapi tuan, kalau keputusan tuan itu yang paling terbaik, saya serahkan sahaja kepada tuan", akur makcik Sapiah. Razif menghargai kata2 makcik Sapiah serta berterima kasih dengannya atas nasihat yang diberikan. Sememagnya, Razif tidak dapat hidup jika tidak berdampingan dengan seorang isteri.
Perkahwinan antara Mohd Razif dan Airin berlangsung secara sederhana di kawasan perkampungan Airin sendiri di Langkawi. Perkahwinan beliau diwalikan oleh atoknya sendiri walaupun sudah berusia. Nazuha akhirnya dapat menerima ketentuan bahawa Airin ialah ibu tirinya yang baharu. Aurin bukanlah seperti ibu tiri di dalam drama melayu, sebaliknya Airin menjaga dan menyayangi Nazuha seperti ibu kandungnya sendiri. Nazuha dan Razif kini dapat hidup bahagia semula seperti sewaktu Jellisa May masih hidup.
Dalam kegembiraan itu, kedudukan Razif selaku datuk bandar Kuala Lumpur kian terhakis. Hal ini demikian disebabkan oleh campur tangan individu yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan kedudukan beliau. Hampir kesemua kakitangan yang berada di bawah naugan Razif dituduh melakukan jenayah rasuah dan sebagainya. Akibatnya, mereka semua disingkirkan dari terlibat dalam sebarang aktiviti yang dikendalikan oleh kerajaan tempatan. Peristiwa ini berlaku sangat pantas sehinggakan Razif tidak sempat menghidu angkara siapakah yang ingin menjatuhkan beliau.
Suatu mesyuarat khas tertutup diadakan di bilik mesyuarat pejabat pentadbiran beliau. Timbalan datuk bandar, Setiausaha kanan, setiausaha politik dan beberapa individu lain turut terlibat. " we should rearrange existing administration right now!", tegas Razif. " nobody knows siapa yang cuba goyahkan kedudukan kerajaan tempatan sekarang ini. If we didn't do anything, something worse will happen", keresahan Razif memuncak. Kesemua mereka memandang sesama sendiri. Ternyata, kedudukan Razif selaku datuk bandar tidak akan bertahan lama.
"Datuk, maybe you can rest from being a mayor", Suhaimi memecah kesunyian bilik tersebut. Kesemua mereka memandang Suhaimi degan pandangan yang tidak masuk akal. " yes, I'm agree with that. Kita akan lantik datuk bandar yang baharu untuk gantikan tempat saya yang sedia ada sekarang", Razif sedikit tenang. Wajah Suhaimi kelihatan sedikit keriangan dengan keputusan tersebut. " Ammar, you sholud take my place", Razif menggunakan jari telunjuknya ke arah setiausaha politik beliau. Ammar pada ketika itu terkejut dengan cadangan Razif namun, menerima cadangan itu dengan hati yang terbuka demi menjaga imej parti Rakyat tersebut.
"wait, whats going on? We should have a disscussion before make any
decision", Suhaimi seakan tidak dapat menerima keputusan yang dibuat oleh Razif. "shut up please! I've made the right decision. We will have the press conference tomorrow and Ammar will be the new mayor as soon as possible", sambung Razif. Mesyuarat tertutup ini akhirnya tamat dan keputusan melantik Ammar sebagai datuk bandar yang baharu telah dipersetujui. Namun begitu, Suhaimi masih lagi memepertikaikan cara perlantikan datuk bandar yang baharu itu kerana seakan-akan tidak memihak kepadanya yang memegang jawatan selaku timbalan datuk bandar.
Sidang media diadakan keesokan harinya di pejabat pentadbiran. Bertubi-tubi soalan diajukan kepada datuk bandar, Razif oleh pihak wartawan mengenai cara pelantikan datuk bandar yang baharu dan mengapa beliau melepaskan jawatan tersebut dengan tergesa-gesa. Bakal datuk bandar yang baharu pula sentisa dikawal rapi oleh pengawal-pengawal khas bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sebelum perlantikan beliau pada minggu hadapan.
Suasana akhir-akhir ini membuatkan Razif dan keluarganya jarang keluar rumah. Setiap kali ingin melangkah keluar, seluruh wartawan pasti akan menghurumuni kawasan luar rumah tersebut. Manakala, Ammar yang merupakan bakal datuk bandar baharu yang akan dilantik dalam tempoh tiga hari lagi hanya dibenarkan bertemu dengan beberapa individu terpenting sahaja. Ini kerana bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini oleh Razif seperti serangan pemberontak dalaman.
Dalam kediaman Ammar, suasana sungguh tenang walaupun kelibat banyak wartawan di sekitar kawasan kediaman mewah tersebut. Tanpa diduga, seorang individu telah berjaya masuk dengan mudah ke dalam rumah Ammar seperti tiada sebarang halangan. Walaupun wajah individu tersebut bertopeng menutup mulut dan hidung serta memakai sweater bewarna coklat, Ammar masih dapat mengenal pasti identiti beliau. Dalam masa yang singkat, individu misteri tersebut membuka sebuah bagasi yang berisi sejumlah wang yang besar kepada Ammar. Mereka berbicara seperti rakan karib selama hampir 30 minit. Setelah itu, individu tersebut meninggalkan Ammar bersama-sama sejumlah wang yang dibawa beliau. Tidak pasti apa yang mereka berdua telah bincangkan, akan tetapi disinilah bermulanya detik hitam ibu kota Kuala Lumpur.
YOU ARE READING
Justice in Progress (Malay)
AdventureNazuha May, anak kepada bekas datuk bandar Kuala Lumpur, Mohd Razif. Bapanya telah dibunuh dihadapan matanya sendiri 20 tahun lalu ketika berada di sebuah kilang terbiar di Klang, Selangor. Disebabkan Zuha tidak dapat menuntut keadilan diatas kemati...
