Mata

24 6 0
                                    

Seperti biasa,
Tatkala menjelang malam,
Sehingga jarum ke angka 3.

Aku tidak merasa bagaimana gelapnya malam.
Mata lelah ini mundar mandir menyuluh segenap ruang.
Entah apa yang di cari,
Entah apa yang di lihat.
Kadang kala ia hanya tertumpu pada satu arah.

Apa lagi?
Apa lagi yang difikirkan.
Apa lagi yang harus diingat.
Apa lagi yang harus diimbas.

Namun terkadang,
Mata ini basah.
Makin di kesat, makin lebat.

Apa lagi?
Apa lagi dongengnya.
Apa lagi dramanya.
Apa lagi sinetronnya.

Diam,
Tutup sahaja mata kamu.

Kisah BermonologWhere stories live. Discover now