Nak tahu tak, abang Ris sudah selamat diijabkabulkan lima bulan yang lalu, yang kelakarnya aku tahu aku mengandung pada hari yang sama abang Ris kahwin. Ya Allah kelakar betul (walaupun sebenarnya tak kelakar tapi support aku mohon)

Razif Amirul? Razif Amirul korang tu Ya Allah kalu boleh satu hari tu dia senyum lepastu tak habis-habis mengomel ayat tak senonoh. Like ' power en aku? ' ' kuat en aku? ' . erk tak senonoh siot, laki sape ni? Mohon ambik balik.

Siapa lagi korang nak tahu?

Sofiyah? Bekas kekasih Razif? Sofiyah kini sedang dalam proses berpantang. Mesti semua ingat dia watak antagonis kan? Sebenarnya tak, dia junior yang baik tahu tak waktu zaman sekolah dulu. Dia baik gila, kalau ikutkan cerita sebenarnya akulah watak antagonis. Menyibuk dalam relay orang tapi nak buat camne dah jodoh en wehehehe. Siapa cantik, dia dapatla. Eh?

Sofiyah sebenarnya baik tapi lepas lama sangat tunggu Inche Razif korang nak ajak dia kahwin jadi dia terima sahaja cadangan family dia nak satukan dia dengan Danish eh? Apa entah nama laki budak Sofiyah tu. Entahla nak~

Shahirah? Sebenarnya, Shahirahlah yang bagitahu umi dengan abah pasal aku lari ikut jantan tinggalkan Razif sorang-sorang dekat KL. Sekali lagi aku kena tikam belakang haih tapi takpe aku dah maafkan Shahirah, dia dah explain dekat family aku yang dia cuma bergurau tapi tak sangka umi dengan abah ambik serius.

Haih, takpela Sherah, aku maafkan hang. Hang buat lagi sekali memang aku perambat hang! (cekak pinggang) (muka serius)

Harraz? Budak tu tengah tergila-gilakan kumpulan hallyu kpop tu apa entah, Blackpink yea? Katanya sekarang tengah sibuk buat preparation untuk pergi Blackpink World Tour tu. Entahlah budak tu sejak bila minat kpop entah.

Pasal Bro Razin? Kak Nadhi?  Kak Syuhaila? Mama Durani? Semuanya sihat-sihat belaka. Kak Nadhi bakal bertunang itu sahaja rasanya. Tak ada apa yang menarik pun.

Dan sekarang aku nak kena gerak dah, Inche Husben dah memanggil. Entah dia nak apa pulak kalini, kacau ke aku nak berblogging ni.

K Assalamualaikum, aku undur diri  dulu.

Xoxo,
Delrisya.

Publish?
Yes / No

Arisya menutup Macbook Pro miliknya sebelum bangun dari duduknya. Terus dia keluar dari milik lalu perlahan-lahan menuju ke bilik sebelah iaitu bilik bakal bayi mereka. Kelihatan Razif sedang menyusun bingkai gambar di atas almari pakaian yang berwarna ungu.

" Yes Zif, kenapa panggil Risy? "soal Arisya di muka pintu. Razif menoleh sambil tersenyum.

" Baju baby tu Zif dah siap lipat dan susun dalam almari. Baby bed tu dah siap pasang dah. Semua dah siap tinggal baby je nak keluar lepas tu tidur dekat sini. " kata Razif lalu tersenyum manis. Arisya tersenyum melihat biliknya dahulu yang sudah berubah wajah.

Bilik ini sudah di cat kembali warna off white dan wallpaper sudah bertukar. Bilik itu bertemakan purple-white memandangkan bayi yang bakal lahir ini berjantina perempuan.

" Eh kerusi ni buat apa? " soal Arisya pada kerusi berwarna putih di sebelah baby bed .

" Untuk Risy duduk bacakan bedtime story untuk baby. " kata Razif tersenyum lalu menarik Arisya duduk di atas single bed sebelah baby bed.

" Dah tu Zif dekat mana pulak masa bedtime story? " soal Arisya hairan, sejak bila Razif berperangai comel ni?

" Zif dekat muka pintu tengah tengok baby dengan Risy masa tu dengan mata berkaca-kaca sebab Zif bersyukur sangat dikurniakan dua orang insan paling Zif sayang. " kata Razif, Arisya akhirnya tersenyum. So cute!

" I love you baby, both of you so much. " Razif peluk bahu Arisya.

" I love you too Zif, my forever zauj. " Arisya masuk ke dalam dakapan hangat Razif .

Jika benar kau terbaik buatku, ajarkan aku jadi terbaik buatmu.
Jika benar kau jodohku, sayanglah aku seperti kau sayangi nyawamu.
Dan jika benar kau imamku, pakukan aku dalam doamu.

Tamat?
Yes / No

Sekian..

***

beribu-ribu ucapan terima kasih kepada pembaca shyt, squad shyt terima kasih atas vomment anda. sangat-sangat aku hargai. sekeping hati yang terluka melabuhkan tirai.

seperti yang aku janjikan, happy ending buat cerita kali ini. yang request sad ending, aku minta maaf la. sorry kalau terkasar bahasa,  cuba drop skit azam tahun baru korang ni?

harini 01/01/2019 kan? hepi new year. azam tahun baru aku nak follow the flow je malas nak berazam bagai lel.

ok mohon maaf sekali lagi ,  undur diri dulu. terima kasih untuk 3k+ reads dan votes anda. amatlah dihargai, semoga tahun ini anda sentiasa tersenyum dan menjalani hari-hari yg gembira dan sentiasa diredhai Allah. chawlu.

salam satu murid satu sukan,
kash.

Sekeping Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now