Bab 2

26.3K 1.2K 60
                                    

Dato' Azian melurut rambutnya yang semakin memutih itu. Geram rasa hati dengan sikap keras kepala si cucu. Dia memandang cucunya, Razif Amirul yang beriak selamba dan tidak bersalah itu.

" Atuk takkan izinkan Am kahwin dengan Sofiyah. " kata Dato' Azian tegas namun Razif masih boleh beriak selamba, tidak langsung getar dengan atuknya yang tegas.

" Terpulang. Kalau atuk tak bagi Am kahwin dengan Sofiyah, Am akan quit dari company. " kata Razif selamba.

" No Razif Amirul! Atuk takkan bagi kamu kahwin dengan betina entah apa-apa perangainya tu. " suara Dato' Azian naik satu oktaf. Sungguh dia pening kepala dengan cucunya ini.

" Oh atuk, Razif tak kisah tinggal company. " Razif semakin menyimbah air pada api. Sengaja memprovok atuknya.

Dato' Azian diam sebentar. Kali ini dia mesti tegas. Tegas yang sebenar-benarnya tegas.

" Razif Amirul, kalau kamu kahwin dengan Sofiyah. Kamu akan hilang semua kerja, dan atuk akan tarik semua kemewahan kamu. Dan atuk akan pastikan kamu merempat kalau kamu tak dengar cakap atuk... " kali ini Razif terkesima. Dato' Azian senyum sinis.

" Tapi kalau kamu kahwin dengan pilihan atuk, 80% saham dan aset syarikat akan menjadi milik kamu. " Dato' Azian tersenyum kemenangan melihat wajah resah cucunya

" It's not fair atuk! No Razif tak setuju untuk kahwin dengan perempuan pilihan atuk! Kolot gila kahwin dengan pilihan keluarga! Ni bukan zaman Tok Kaduk lah atuk! " Razif memandang atuknya yang beriak selamba. Eh sudah terbalik!

" Kolot tak kolot, atuk tak kira."

" Tak lama pun, kamu kahwin dengan perempuan pilihan atuk. Atuk bagi masa dua bulan, kalau kamu masih tak bahagia dan tak ada kesefahaman. Okey fine, kamu boleh ceraikan dia dan kahwin dengan Sofiyah tapi if kamu dah bercinta dan terima dia sepenuhnya, kamu mesti putuskan semua hubungan dengan Sofiyah. Don't worry, sama ada bercinta atau tak, saham masih akan jadi milik kamu. Atuk cuma nak kamu cuba terima dia dalam masa dua bulan. " ujar Dato' Azian penuh yakin.

Razif memandang lama wajah atuknya, mencari kejujuran.

" Okey fine! Dua bulan saje atuk and Razif akan kahwin dengan Sofiyah . Razif takkan jatuh cinta dengan perempuan tu. " kata Razif yakin, sangat yakin.

Razif berlalu keluar dari pejabat atuknya dengan perasaan sebal!

Manakala Dato' Azian senyum, jangan terlalu yakin sangat Razif. Allah lebih mengetahui.

***

Hujung minggu tiba lagi, seperti yang diarahkan oleh Puan Asyikin, kini Arisya berdiri di hadapan rumah keluarga. Kasut sukan dibuka, sebenarnya dia baru sahaja pulang dari berjoging terus sahaja dia ke sini selepas umi menelefonnya banyak kali.

Kalau tak memang dia takkan jejak kaki di sini, kalau umi tanya cakap sahaja terlupa dan banyak kerja walhal dia malas mahu menghadap ayahnya.

Arisya memberi salam sebelum melangkah masuk. Terkejut dia melihat ruang tamu penuh dengan seisi keluarganya. Umi dan abah di sofa dua unit manakala abang dan adiknya di atas karpet bermain permainan video.

" Err Risy naik dulu, nak mandi." kata Arisya namun langkah kakinya terhenti saat suara abah memanggil namanya.

" Arisya, tunggu sekejap. Ada benda yang umi dengan abah nak cakap. " ujar Encik Azri, keras sahaja nada suaranya.

Arisya malas mahu membantah atau memberi alasan jadi dia ikutkan sahaja kehendak ayahnya. Dia duduk di sofa berangkai tiga. Memandang tepat ke arah wajah uminya yang tersenyum. Dah kenapa? "

" Kami terima pinangan kawan abah untuk Arisya. " mukadimah dari umi mengejutkan Arisya, terus sahaja riak wajahnya berubah.

" Arisya dah 24 tahun, dah boleh kahwin. Kawan abah tu berminat sangat nak jadikan Risy menantu cucu dia. " sambung Encik Azri. Memandang anak daranya yang masih diam tidak berkutik.

" Kenapa Arisya? Kenapa bukan Abang Ris yang kahwin dulu? " soalan Arisya membuatkan Encik Azri memandang tepat wajah itu.
" Abang Ris kan tengah tunggu Kak Qira habis belajar. " balas Puan Asyikin.

" Umi dengan abah sebenarnya dah tak nak jaga Risy kan? Sebab tu umi dengan abah kahwinkan Risy sebab lepas ini umi dengan abah boleh lepas tangan kan dari jaga Risy? Kan! " Arisya menentang pandangan tajam abahnya.

Harris Haslan dan Harraz Idlan terdiam. Tangan bergerak, telinga pula mendengar.

" Tak, bukan macam tu. Kami cuma nak yang terbaik untuk Risy. Cucu dia baik, dari keturunan baik-baik. " balas umi masih berlembut.

" Mi, Risy muda lagi umi! Risy baru 24 tahun, belum bersedia lagi jadi isteri orang! " suara Arisya meninggi. Sungguh dia tak puas hati.

" Arisya Delina! Jangan biadab! " kali ini Encik Azri mencelah. Suara itu lebih kuat dari suara meninggi Arisya.

" Memang! Memang Risy biadab! Sebab apa? Sebab umi dengan abah tak pernah ajar Risy cara beradab! " air mata merembes keluar. Dia dah penat, dia dah penat dengan semua ni.

Pang!

Satu tamparan maha hebat melekat pada pipi putih Arisya Delina. Terasa kebas, dia rasa bibirnya sudah pecah.

" Jaga bahasa kau! Aku tak pernah ajar kau kurang ajar. " tengking Encik Azri.

" Orang memang kurang ajar! Orang memang biadab! Sebab umi dengan abah tak pernah ajar seorang Arisya Delina jadi beradab. Umi dengan abah sibuk ajar abang dengan adik! Umi dengan abah selalu lebihkan Abang Ris dengan Raz sampai umi dengan abah lupa nak ajar orang cara beradab! " teresak-esak suara itu menuturkan kata. Puan Asyikin menahan tangan Encik Azri yang ingin naik lagi ke muka Arisya.

" Siapa Risy ni umi? Siapa Risy? Risy ni anak angkat umi dengan abah ke? Ke Risy ni anak pungut? Anak yang umi jumpa dekat tepi jalan? Jawablah umi! " Arisya menangis. Air mata laju sahaja menuruni pipi.

" Dahlah umi, abah! Risy penat. Umi dengan abah tak pernah ambik tahu pasal Risy! Asyik Harris, asyik Harraz. Orang penat. Orang balik dulu. Assalamualaikum! " tangan Encik Azri dicari juga untuk menyalami tangan itu. Puan Asyikin sudah menangis, Arisya pantas menyalami tangan uminya sebelum berlalu keluar dari rumah itu.

Dia sakit! Sakit sangat! Cukuplah, sudah-sudahlah sakitkan hati dia.

Arisya meloloskan diri ke dalam Nissan Almera, tak hiraukan air mata laju sahaja kereta itu meninggalkan perkarangan rumah keluarganya.

Ya Allah sakitnya hati! Aku mohon petunjuk kepadamu Ya Allah!

If it can be hurt, it can be heal.

***

Sekeping Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now