Bab 39

25.6K 1K 17
                                    

Razif kembali semula naik ke tingkat atas untuk melihat Arisya yang nyenyak tidur. Razif senyum dalam diam masih ralit merenung wajah putih Arisya. Wajah Arisya di teliti satu persatu, dari rambut hitam berkilat, sedikit keperangan yang sudah panjang itu hinggalah matanya jatuh pada jari-jemari Arisya.

Sekali lagi Razif mengukir senyuman melihat jari manis kiri Arisya masih kosong manakala jari manis kanan sudah tersarung sebentuk cincin. Bukan dia tak tahu, Arisya tak suka pakai cincin pada tangan kanan tapi kenapa Arisya masih sarung cincin itu pada jari tangan kanan?

Razif kenal benar cincin di jari Arisya itu, itu cincin milik arwah opah yang diserahkan pada Arisya. Macam mana dia tahu? Adalah.. Fikir Razif mungkin Arisya biarkan jari manis kirinya kosong sebab nak pakai cincin kahwin mereka yang Arisya pulangkan padanya dahulu.

Razif menongkat dagu memandang wajah gadis yang masih sah bergelar isterinya. Dua tahun dia terumbang ambing sendiri mencari Arisya, puas dicari ke serata pelosok negara okey hiperbola.

Entah kenapa dia rasa sunyi sejak Arisya menghilangkan diri. Seakan hilang rakan serumah, dari hari ke hari dia kadang-kadang dia cuba sibukkan diri dari teringatkan Arisya. Kadang-kadang pintu bilik Arisya dipandang kosong, tak berniat nak membuka atau mendekati pintu bilik itu.

Langsung dia tak sentuh apa-apa barang dalam bilik itu. Seakan ada aura Arisya di situ melarang dia untuk masuk. Seakan bayang Arisya masih ada di situ, jadi dia langsung tak pernah masuk tapi entah kenapa dua hari lepas dia masuk. Hatinya tergerak ingin mengemas bilik itu.

Dan tiba-tiba hari ini Arisya muncul seakan tahu pula Arisya nak balik, dia mop lantai bilik itu. Cuci pillow sheet, bed sheet dan segalanya termasuk langsir. Razif senyuman lagi. Apa petanda semua ni? Apa yang Allah takdirkan buat mereka? Apa yang cuba Allah rancangkan? Dia tak ada jawapan untuk itu.

Razif bangun dari duduknya, langsir pintu gelangsar ditarik memberi cahaya masuk ke dalam ruang kamar berwarna putih itu. Razif senyum memandang ruang bilik yang bersih dan kemas. Ya dia yang kemas, kejap nak bangga.

Dua tahun berlalu, cepat sahaja masa berlalu hingga tak sedar sudah dua tahun dua bulan mereka mendirikan rumah tangga yang pada mulanya hanya sekadar permainan baginya. Perkahwinan yang terjadi atas dasar tamak akan harta kekayaan Dato' Azian dan tanpa sedar dia sudah lukakan sekeping hati yang tulus mencintai dirinya kerana Allah.

Tapi apa pula perasaannya pada Arisya? Dia masih keliru. Mungkin ada sayang tapi benarkah ada cinta buat Arisya dalam hatinya? Dia kurang pasti.

Razif memegang palang besi pada balkoni, membuang pandang ke arah jalan raya yang setia dilalui oleh kereta. Wanita yang berada di atas katil yang sedang nyenyak lena juga dipandang sesekali apabila menoleh. Dia, Arisya Delina. Gadis yang semakin hari membuatkan hatinya tidak tenang.

" Kau kahwin tak sampai dua bulan lepas tu kau nak bercerai, kau ingat isteri kau apa? " Dani mencelah, memandang Razif yang sedang memeluk tubuh.

" Isteri tu pinjaman Allah buat kau, kenapa perlu cari yang lain? To be honest lah, aku tak pernah ship kau dengan Sofiyah sebab aku rasa dia sorokkan something dari kau. " ujar Dani lagi, Razif diam sahaja membiarkan rakannya membebel.

" Arisya tu dah cukup sempurna untuk kau lagi pun why not? Kau dah kenal dia lama kan? Apa lagi yang kau nak dude? " Dani terus membebel sambil menyuapkan roti canai ke dalam mulut.

" Penceraian memang dibenarkan but Allah hates the most. Aku tak faham kenapa kau tetap kahwin dengan dia even though kau dah tahu kau nak ceraikan dia? Sebab harta? Aku tak rasa kau jenis yang macam tu sanggup sakitkan hati orang lain demi kepentingan sendiri. So what is the reasons? " soal Dani memandang tepat pada wajah Razif yang sedang bingung.

" Sebab aku suka cara dia, aku suka personaliti dia. Aku kenal dia sejak form one walaupun dia tak notice benda tu tapi aku selalu usha dia dari jauh. Arisya ni something, dia tak macam perempuan lain. She's so expensive. Dia mahal, tak macam perempuan lain. " balas Razif selamba.

" Dah tu kau nak apa lagi? "

" Aku nak makan. " Razif senyum sebelum menjamah roti naan tandoori miliknya.

Razif senyum sendiri, teringatkan perbualannya bersama Dani sehari selepas Arisya hilang.

" Razif.. jangan tinggalkan saya.. " dan Arisya meracau sebelum Razif bangun mendekati Arisya.

Segaris senyuman dikoyakkan.

When I said I love you, I really meant it.

***

terima kasih untuk komen dan votes anda. semoga anda dirahmati Allah.

goodluck untuk yg bakal ambik result PT3 :') . yg dah ambik result UPSR tu kalau tak cemerlang takpe tu baru permulaan. dah move on lah dari result tu, pandang ke hadapan dan get ready untuk exam yg lagi susah.

okok chawlu.

Sekeping Hati Yang TerlukaUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum