Mama akhiri katanya dengan tawa bahagia.

Mata aku terus membulat.

"Jadi dah lama ma dah rancanglah nak satu kan kami? Sampai hati ma kan?"

Mama geleng perlahan. Bahu aku disentuh lembut sebelum dia bersuara.

"Syaza ma tak pernah nak rancang semua ini. Tapi macam ma pernah bagitahu kamu, ma memang tak berkenan dengan Firdaus dan tak berkenan kalau dia jadi suami kamu, sayang."

"Sebab tu ma minta Usyair jadi menantu ma kan?" 

Aku masih provoke mama.

"Usyair tu secara kebetulan dia yang minta ma simpan kamu untuk dia. Habis belajar dia nak masuk pinang. Ma cakaplah usia kamu bukan semakin muda tapi semakin tua. Ma cakap kalau betul-betul nak jadikan kamu sebagai isteri sebelum ma pergi haji, balik Malaysia dan jumpa bersemuka kahwin terus."

"Patutla ma beria bantah bila Syaza cakap nak kahwin dengan Firdaus."

Mama terus gelak.

"Sudah dia nak dekat kamu ma pun tak fikir panjang dah terus terima jadi menantu. Kamu pun tak perlu pergi jauh dari ma."

Aku terus mengukir senyuman. Tubuh tua mama aku peluk erat. Kahwin dengan pilihan orang tua ada kebaikan ada juga keburukan tapi aku cuma untuk mengambil yang baik. Kerana aku yakin mama tidak akan mempersiakan masa depan aku.

Tapi betul ke Usyair cintakan aku atau dia mahu lari dari gadis lain?


"BETUL ni semua dah ada? Esok pagi kita dah nak berangkat naik KL?" Soal bang long pada mama.

        "Takpe kalau takde ma boleh beli dekat sana. Taknak bawak banyak sangat barang. Pergi sana ma nak buat amal ibadat aje taknak fikir lain dah."

Aku menolak troli sambil melangkah perlahan dengan wajah tidak mood.

"Syaza kenapa ni? Monyok aje ibu tengok?"

 Kak long tiba-tiba menegur.

"Acik su rindukan suamilah tu. Maklumlah orang baru kahwin mesti nak berkepit dengan encik suami," canda Uzma sambil tersengih.

Kak long terus menepuk bahu anak dara sebelum bersuara.

"Ish budak ni. Dia pulak yang beria. Takdenya acik su kamu nak monyok sebab Usyair. Dia sedih sebab taknak berpisah dengan tok ma, kan Syaza?"

Aku mengangguk lemah.

"Ma, syaza nak masuk Watson sekejap nak beli pencuci muka."

 Aku minta izin. Yang lain sudah selesa duduk di kerusi yang disediakan khas dalam mall itu. 

"Sya..."

Aku terus kalih bila terdengar suara itu.

"Fir?"

"Sorang? Mana suami?" soal dia.

Aku gigit bibir kuat. Tak tahu nak jawab apa. Kenapa masa ini juga nak terserempak dengan dia? Takde orang lain ke nak terserempak.

"Sya sebenarnya Fir nak minta maaf. Ya Fir tahu Fir dah tuduh Sya yang bukan-bukan tapi hati Fir, hati ni sentiasa untuk Sya."

Aku tundukkan pandangan. Air mata mulalah mahu menitis turun. 

Dia lelaki pertama yang wujud di hati aku. Lelaki ini juga yang mengajar aku semuanya tentang rasa cinta rindu tapi lelaki ini juga yang telah hancurkan aku kerana tidak ada rasa percaya.

"Sya, pandang Fir. Dan cakap Sya masih cintakan Fir..."

Aku pejam mata. Hati aku kalah dengan dia. Saat aku mendongak untuk melihat dia dan saat itu juga ada seseorang menarik lenganku.

"Syaza! Adik nak bercakap."

Aku terpinga-pinga. 

Uzmir sudah menghulurkan telefon bimbitnya pada aku. 

Aku hanya menyambut tanpa menyahut. Cuba mendengar sapaan dari si Mr Poyo tapi sepi. Seolah macam takde orang di sana.

"Maaf ya saudara. Saya rasa tak elok kalau saudara berjumpa dengan isteri orang tanpa kebenaran suaminya," agak tegas Uzmir memberi amaran.

"Sebelum dia jadi isteri kau dia pernah jadi kekasih aku. Jangan kau cuba nafikan itu!"

"Kau memang lelaki tak guna! Kalau kau betul ikhlas nak jadikan dia isteri kau perlu berani berhadapan dengan tok ma aku bukan simpan dia macam perempuan murahanlah jantan!"

Aku tersentap. Tiba-tiba mereka berdua bergaduh. Pekerja serta pelanggan yang dalam di situ melihat kami. Aku terus mendekati mereka.

"Uzmir, Firdaus sudahlah tu. Malu dekat orang ni."

Aku cuba meleraikan pergaduhan. Takut nanti ada pula yang bertumbuk.

"Uzmir taknak cari gaduh cuma nak ajar orang yang tak reti nak hormati hak orang lain. Dah tahu diri itu tak pandai menghargai nak minta tolong hormati hak orang itu dah kira sangat bagus," selar Uzmir lagi.

Aku lihat air muka Firdaus jelas berubah. Riak wajahnya nampak tegang. Malu atau bengang dengan Uzmir.

 Tidak lama disitu, Firdaus terus angkat kaki.

"Kenapa dia masih nak ganggu acik su lagi? Kan dia sendiri datang masa majlis tu tak faham betul Uzmir," luahnya.

"Dahlah chik tak payah nak layan dia sangat. Tengok ramai orang tengah perhatikan kita. Jangannya di viral masuk fb haru satu dunia."

"Uzmir tahu dia bekas kekasih acik su tapi tolonglah sekarang acik su dah jadi adik ipar Uzmir jadi Uzmir rasa bertanggungjawab untuk jaga acik su."

"Kenapa chik yang perlu rasa macam tu? Kenapa bukan Usyair?"

Uzmir terdiam.

"Chik jujur dengan acik su. Adik nak bercakap sebenarnya itu semua satu pembohongan kan? Adik tak pernah call atau bertanya khabar langsung pasal acik su kan?"

"Erk.. Uzmir minta maaf acik su. Uzmir cuma taknak acik su jumpa dengan lelaki itu."

"Tok ma yang suruh chik buat semua tu?"

"Tak."

 Pendek dia membalas

"Habis tu Usyair?"

Dia mengangguk lemah.

"Acik su betul-betul tak faham. Kalau Usyair anggap acik su ni bini dia kenapa sampai sekarang dia tak pernah nak hubungi acik su? Dia buat macam ni sama macam Firdaua buat acik su tahu tak!"

Aku sudah marahkan Uzmir. Geram dengan perangai dua beradik. Banyak nak berahsia.

"Acik su dah salah faham pada adik. Adik bukan lelaki macam tu. Dia betul-betul ada hal penting kali. Itu yang dia tak sempat nak hubungi acik su." Uzmir membela adiknya.

"Hal apa yang penting sangat sampai pada hari perkahwinan dia sendiri dia tidak dapat hadir dan sampai sekarang dia tak muncul-muncul?"

"Uzmir sendiri tak tahu apa yang adik buat sekarang. Tunggu adik balik dan jelaskan semuanya pada acik su."

Akhirnya aku mengeluh berat. Semua orang sekan mahu membela Usyair. Apa  alasan dia untuk tidak menghubungi sungguh aku tidak sabar untuk mengetahui dari mulut dia sendiri.

MR POYO MY SWEETHEARTWhere stories live. Discover now