"Syaza okey?" tanya mama lagi. 

Aku tersenyum suam seraya mengangguk sekali lagi, menjaga hati tuanya. 

Bahu aku digosok lembut oleh mama sebelum imam memulakan acara. 

"Aku kahwinkan Usyair Firas bin Faruq yang telah berwalikan Faruq bin Mansur akan Syaza Qayla binti Abdullah yang telah berwakil walinya kepada saya dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai."

Maafkan aku Firdaus. Walaupun kau dah macam-macam kata dekat aku, aku tetap tak boleh nak benci kau. Sebab aku jenis pecinta setia. Aku harap kau akan mendapat isteri yang lebih baik dari aku. Jodoh kita hanya sekadar seorang sahabat saja, sempat lagi aku fikirkan Firdaus. 

Memang Firdaus cinta pertama aku. Susah nak lupakan dengan sekelip mata walaupun dia telah khainati cinta aku dengan ketidaksungguhan untuk mendapatkan aku. 

"Saya terima nikahnya Syaza Qayla binti Abdullah untuknya Usyair Firas bin Faruq dengan maskahwin yang telah disebut." Bang long menyahut. 

Air mataku tiba-tiba menitis turun.

"Sah!" soal tok imam kepada saksi yang hadir.

"Sah!Sah!" jawab saksi serentak. 

Doa dibaca meminta keberkatan majlis perkahwinan aku dan juga suami muda aku.

Alhamduillah, semuanya sudah selesai. Kini dan di saat ini aku telah sah menjadi isteri kepada anak saudara sendiri. Anak saudara angkat ya bukan kandung sebenar. Kalau sebenar mahu kena tangkap dekat majlis agama kahwin darah daging sendiri. Dalam Islam pun melarang. 

Air mata bercucuran turun semakin laju. Aku tak tahu sama ada air mata kegembiraan ataupun air mata kesedihan. 

Kak long, mama serta yang lain terus memeluk aku. Gembira bagi pihak aku kerana sah menjadi sebahagian dalam keluarga mereka yang sah di sisi Allah.

Bang long datang tepat dihadapan aku untuk menyarung gelang ke tangan. Aku tunduk seraya mengucup tangan bang long aka bapa mentua aku sekarang.

"Bang long minta maaf bagi pihak Usyair, dia tak dapat nak balik untuk akad ijabkabul dia sendiri."

Aku senyum lembut. Nak marah tak guna juga sebab ini semua takdir untuk aku.

"Alhamduillah, Syaza dah jadi menantu kak long. Hubungan kita akan lebih rapat lagi dari yang sebelum ini." 

Dahi aku, kak long sudah kucup.

"Eh! Apa abang dengan kakak laginya? Sekarang Syaza dah jadi menantu kamu berdua. Jadi sekarang kamu kena biasakan panggilan ibu dan ayah untuk dia."

 Mama di sebelah sudah menegur. Yang lain tergelak lucu. 

Aku?

 Hanya senyum hambar. Hatiku kini dipalut duka.

Dalam sibuk menjamu selera, Uzma serta yang lain tarik lengan aku untuk bergambar di pelamin. Nak ambil berkat orang kahwin katanya. Sibuk posing sana sini dengan pengantin tak bersuami ni ada seseorang menjerit panggil namaku.

"Sya!"

Aku terus kalih

"Zalia!" 

Aku menjerit sama.

Zalia dan suami serta anaknya datang ke majlis akad nikah aku. Sepatutnya mereka datang keesokannya. Malam ini hanya malam akad nikah aku khas untuk sanak saudara saja. 

"Wei, kau datang?"

"Iyalah kawan baik kahwinkan!"

"Ingat datang esok."

MR POYO MY SWEETHEARTWhere stories live. Discover now