Dan ya,masa tu,Min Seok akan pujuk dia dan bagi semua gula-gula yang dia dapat pada Sehun.Hyung-hyung dia yang lain?memang tak lah dia nak pujuk,diaorang gelakkan lagi ade.

Sehun tergelak.

"Lepas ni tak ade dah memori macam tu"Kata Sehun dalam sendunya yang masih berbaki.

"hyung,take care"

Suho yang dari tadi mengintai Sehun tersenyum sendiri.Dia tau yang Sehun rindukan hyung-hyungnya.Sejak mereka pergi,Sehun banyak berdiam diri.Dia tidak banyak bermain seperti selalu.Dia banyak termenung melihat langit sambil menangis.Suho perasan mata Sehun juga sembam.Dia tau Sehun banyak menangis sejak akhir-akhir ini.

Dia juga pernah berada di situasi itu.Jadi,dia faham dengan keadaan Sehun sekarang.Namun,dia bersyukur kerana hanya Sehun yang seperti ini,yang lain masih berperangai gila-gila seperti selalu,oh tidak,dia lupa.

Jisung turut berdiam diri sejak dia tahu keadaan mereka di sana tidak seperti yang dijangka.Jisung keliru sama ada mahu membantu atau tidak.Suho telah menyebabkan dia buntu,Suho langsung tidak membenarkan dia pergi membantu kerana risau dengan keadaannya nanti.

Lagi pon Suho telah berjanji dengan Min Seok dan Seokjin untuk menjaga Sehun,Jungkook dan Taehyung dengan baik.Kalau mereka pergi membantu,mereka mungkin tidak akan pulang dengan selamat.

Suho menghembus nafas perlahan lalu mengatur langkah kearah Sehun.Dia melepuk perlahan bahu Sehun sehingga lelaki itu kaget.

"Ah,hyung..terkejut Hun"Sehun menggusap-gusap dadanya perlahan kerana kaget sebentar tadi.

"Ni,kenapa menangis?kan dah sampai hotel?teruja sangat eh hyung bawak sini sampai menangis?alah,tak payah risau lah,ni hyung belanja,bukan selalu bawak korang jalan-jalan kan?ni ade waktu,hyung bawak..lepas ni tak dapat dah..hahaha"

Sehun hanya tersenyum sambil mengelap air matanya yang masih mengalir dari tubir matanya.

"hyung ni,buat lawak lah..Hun bukan sedih sebab hyung bawak kiteorang jalan-jalan kat tempat mewah macam ni..cuma..Hun..rindu hyung.."

Suho tersenyum.Dia faham lalu dia mengangguk.

"kenapa pulak Hun nak rindu hyung?hyung kan ade ni?Hahaha"

Sehun muncung.Boleh pulak dia buat lawak bodoh.

"Hun tak maksudkan hyung lah..tapi,hyung-hyung Hun..lagi-lagi Min Seok hyung"

Sehun mendongak ke langit.Apalah yang diaorang tengah buat agaknya?

Suho tersenyum lagi.

"Hun,kan hyung dah kata,diaorang o.."

"tipu,Hun tau hyung dengan Jisung tipu Hun dengan Tae dan Kookie sebab hyung taknak kiteorang risau,"

Senyuman Suho mati.Dia mengeluh lemah.

"Hun,semua yang berlaku ada hikmah dia,mana tau,lepas ni hidup kita lebih baik?siapa yang tahu kan?"

Sehun mengangguk.

"Ya hyung,Hun tau..cuma Hun tertanya-tanya..kenapa Hun?kenapa family Hun yang kena?kenapa bukan orang lain?Hun pelik..hidup kiteorang dah cukup menderita lepas appa dengan amma pergi,hyung tau?Umin hyung sanggup berhenti sekolah sebab nak sara hidup kiteorang,sedangkan Umin hyung tu pandai..dia selalu dapat nombor satu dekat kelas dan dalam tingkatan,dia murid contoh..sia-sia je dia belajar rajin-rajin,tiba-tiba dia berhenti sebab nak sara kitaorang,lepas tu..Umin hyung terpilih sebagai wolf?apa ni?sejujurnya sampai sekarang Hun tak boleh terima hakikat yang keluarga kiteorang ni lain dari manusia lain,Hun tak faham hyung,why?"

Book 1 And Book 2: Wolfpire And DevilWhere stories live. Discover now