chapter 12

253 14 0
                                    

"Hyung,aku..tak sedap hati"

Min Seok hanya diam dan teruskan berjalan.Tanganya memegang erat kedua orang yang ada disebelahnya.Begitu juga disebaliknya.Mereka berjalan masuk ke dalam istana usang tersebut.

"Krekkk' bunyi pintu terbuka mengejutkan mereka.Lebih mengejutkan apabila pintu tersebut terbuka dengan sendiri nya!

"H-hyyungg"Tao memegang tangan Kris erat.Dia takut.Dia betul-betul takut dengan keadaan di dalam istana tersebut.Dia memang penakut orangnya.Entah kenapa dia berasa menyesal pula tidak mendengar nasihat Kris dan Luhan tadi.Mereka sudah menasihati nya dari awal lagi supaya tidak mengikuti mereka.Namun,entah kenapa semangatnya untuk pergi ke sini tadi lebih kuat berbanding sekarang.

"Shhh"Kris cuba memujuk Tao agar diam.Dia memegang tangan lelaki itu erat.Dia takut juga sekiranya Tao hilang.Tao sudah tahu segala yang akan berlaku,jadi..tak mustahil sekiranya puak syaitan itu akan men 'target' Tao sebagai mangsa pertama.Lagipon..Tao masih tidak dapat melihat dengan jelas,siapa yang bakal menjadi mangsa bunuh mereka yang pertama.

"Shuhhhhh~!"

"Arghhh!!"jeritan tersebut memeranjatkan mereka semua.Mereka segera berpaling dan melihat diri mereka sesama sendiri.Siapa?siapa yang menjerit sebentar tadi?

"Hyung!!tolong,tolong aku!!"

"Arghhhhh!!"

Mereka semakin panik,kawasan di dalam istana ini Agak gelap dan menyebabkan mereka tidak dapat melihat siapa yang telah menjadi mangsa 'benda' tersebut.

"Siapa?!siapa yang hilang pasangan dia?!"jerit Min Seok.

"Hyung!!ChanYeol hyung hilang!!"jerit Baekhyun.

Mata mereka membulat.ChanYeol?Dia..dia hilang?adakah dia yang menjerit sebentar tadi?

"Baek,guna kuasa kau sekarang!"

Baekhyun mengangguk.Dia mula memancarkan satu cahaya putih bagi memudahkan mereka untuk melihat kawasan tersebut dengan lebih jelas.

Mereka melihat kawasan sekeliling.Kosong.

Dimana..ChanYeol?

"ChanYeol hilang hyung.."beritahu Suga perlahan.

Air mata mereka mula tumpah.Bagaimana mereka boleh terlepas pandang?makhluk tu..kenapa dia begitu pantas?

"Sudah!kita kena teruskan perjalanan,ingat..tujuan kita datang ke sini hanya untuk mengambil tahu,apa yang terjadi pada diri kita,kenapa kita dikawal,bukan untuk menangis!aku yakin,benda tu tak akan apa-apa kan ChanYeol selagi kita tak berdepan dengan dia"ujar Seokjin panjang.Wajahnya serius.Dia benar-benar ingin tahu apa yang terjadi sebenarnya.Bukannya mahu menatap kehilangan orang.

"Nae..betul cakap Seokjin,mari,teruskan perjalanan,pegang tangan pasangan korang erat,jangan sampai terlepas!"ujar Luhan pula.

Min Seok diam.Oh Tuhan,jangan lah mereka apa-apa kan Chanyeol adiknya.

Dia mula melangkah semula.Dengan bantuan cahaya yang dikeluarkan Baekhyun,mereka lebih yakin untuk meneruskan perjalanan mereka.

Mereka melihat kawasan sekeliling.Banyak gambar-gambar pelik yang tergantung di ruang tersebut.Ada juga gambar-gambar Serigala dan Vampire yang tergantung elok di dinding tersebut.Sesekali,mereka menyentuh dan melihat gambar yang yang ada.Mana tahu,gambar-gambar tersebut dapat membantu mereka mencari punca perkara ini terjadi.

Lay melihat tulisan-tulisan yang tertulis di dinding.Tulisan-tulisan tersebut ditulis dengan warna merah.Adakah warna tersebut hanya pewarnah merah atau darah?Lay menyentuh perlahan tulisan tersebut.

Book 1 And Book 2: Wolfpire And DevilWhere stories live. Discover now