"Tak Sya, Fir baru tahu hal ni," dalih dia.

"Baru tahu terus Fir percaya? Sedangkan hubungkan kita hampir 6 tahun tidak cukup lagi buat hati Fir percayakan Sya?" Bertubi-tubi aku soal dia.

Hatiku mula terasa pedih. Tak sanggup nak dengar mama difitnah lagi. Kalau ya aku anak haram, aku tak akan salahkan mama. Mama penyelamat aku. Mama yang membesar dan mendidik aku sejak kecil. Aku sendiri sudah meragui status sendiri.

"Sya..." seakan rasa bersalah suara Firdaus kedengaran seakan merayu sedikit.

"Fir antara awak dengan saya sudah berakhir saat ini juga. Saya tak sangka awak seorang lelaki yang mudah percaya cakap orang dari kekasih awak sendiri. Lepas ini kita dah takde apa-apa lagi hubungan. Saya akan kahwin dengan orang lain. Segala kenangan kita terkubur setakat ini saja. Jangan pernah hubungi ataupun cari saya lagi. Assalamualaikum Ahmad Firdaus."

Aku buat kata putus. Mahu menamatkan semuanya sekarang. Dengan air mata yang mengalir turun terus aku tinggalkan Firdaus.

"Sya!"

"Syaza Qayla!! "

Firdaus menjerit memanggil aku. Aku pekakkan telinga. Semua sudah berakhir. Tak guna lagi aku pertahankan dia. Aku punyalah setia dengan dia rupanya dia meragui status aku. Tergamak dia buat aku begini. Hina sangat ke aku ni kalau ya aku anak haram? Aku tak pernah cari masalah dengan orang. Kenapa busuknya Ticer Laika sampai menabur fitnah aku? Apa dosa aku pada dia?

Aku melangkah ke arah kereta. Pintu kereta ditutup kuat. Menekan pedal minyak dan memecut pergi meninggalkan kedai ini. Selepas ini aku tak akan jejakkan kaki ke sini lagi. Itu janjiku.

TIBA di kawasan rumah aku masih di dalam kereta, menangis sepuasnya. Melepaskan semuanya apa yang aku rasa. Seperti dikhianati. Seperti keseorangan tiada tempat mengadu. Lemahnya aku. Sangkakan sudah cukup kuat bila diuji begini tapi rupanya hati masih lagi rapuh.

Allah...kenapa aku, Kau pilih? Aku tahu aku memang anak angkat mama. Aku terima dengan hati terbuka kerana masih ada seorang wanita yang sanggup ambil aku sebagai anak angkat tapi bila dituduh anak haram aku rasa duniaku bagaikan gelap dan langsung tidak bersinar terang. Bila Firdaus bangkitkan soal nama ayah aku jadi curiga balik. Kenapa mama merahsiakan hal ini daripada aku? Aku anak haram yang dibela oleh mama begitu ke? Aku mula berperang dengan perasaan sendiri.

Hampir lima belas minit aku merintih tiba-tiba ada satu lintasan hati. Mama! Kenapa aku rasa sedih begini. Mama ada. Mama bukan penipu, aku tahu itu. Allah anugerahkan mama kepada aku. Kenapa aku nak rasa sedih sangat. Allah tak pernah kejam dengan aku. Kenapalah aku sering lupa hal ini?

Cepat-cepat aku melangkah keluar dari kereta dan terus menyerbu masuk ke dalam. Kak long yang sedang santai di ruang tamu menegur, aku tidak menjawab. Aku perlu cari mama. Aku nak peluk mama. Aku nak minta ampun dengan mama. Kerana bersangka buruk dengan mama.

"Ma!" jeritku sebaik menyelak daun pintu biliknya dari luar.

Mama di tikar sejadah mungkin baru selesai berdoa berpaling pada aku.

"Kenapa sayang?" Lembut mama bertanya.

Aku memandang mama dengan memek muka sememeh. Tidak cakap banyak aku terus berlari dan menjatuhkan tubuh memeluk mama seeratnya. Sekali lagi aku menangis sepuas hati.

"Maafkan Syaza ma...ampunkan Syaza.. Syaza berdosa pada ma...Syaza janji akan ikut cakap ma...Syaza ikhlas menerima pilihan ma. Syaza akan kahwin dengan Usyair...Syaza janji ma...Syaza sayangkan ma...sayang sangat-sangat." Bertubi-tubi kenyataan keluar dari mulutku.

"Syaza menyesal pernah bertengkar dengan ma fasal Firdaus. Dia lelaki yang jahat ma. Dia mengambil kesempatan atas kesetiaan Syaza pada dia. Syaza ingat dia setia dengan Syaza tapi rupanya dia jahat ma...ampunkan Syaza." Aku masih merengek sendu.

MR POYO MY SWEETHEARTWhere stories live. Discover now