Zap! Tajam sekali kata-kata seorang guru Bahasa Inggeris sekaligus seorang ahli usrah di masjid.

"Ticer betul dalam Al-quran memang tak sebut, anak tak sah taraf tapi kita orang Islam, agama yang suci dan menjaga keamanan umat sejagat jadi lebih sopan kita sebut macam tu."

"Iyalah ticer betul cakap Su tu, macam sebut babi bunyinya sangat kasarkan sampai orang luar cakap loghat Kelantan ni kasar sebab itu babi ditukar menjadi sebutan khinzir sopan gitu bunyi, tapi bendanya sama juga binatang berhidung kembang!"

Cikgu Fadli yang mengajar subjek Bahasa Malaysia sudah buat jenaka. Berhambur tawa aku dengan Ustazah Suhaina kecuali Ticer Laika. Dia siap jeling maut pada lelaki itu.

"Cikgu Fadli kalau bab mengenakan orang nombor satu tapi soalan saya berkaitan dengan agama bukan boleh dibawa main-main. Dalam Islam memang boleh bergurau tapi berpada-pada jangan sampai jatuh murtad!"

Pedih kata-katanya.

"Adeh susah juga kalau bila dah ticer nak jadi ustazah ni kata-katanya sangat tajam bak sembilu buluh. Halus tapi menyakitkan! Duduk lama-lama dalam ni boleh terbelah berkali-kali badan saya kena serangan buah Ticer Laika ni."

Nah, sudah keluar peribahasa dari mulut cikgu bahasa ni. Padan dengan tuannya nampak lemah lembut dan sopan tapi tak auw-auw okey!

"Iyalah bab hukum hakam dibawa main siapa yang tak marah. Walaupun saya mengajar subjek bahasa inggeris tapi saya budak maahad belajar hukum hakam cuma tak sedalam Ustazah Suhaina sebab itu saya bertanya pada yang pakar." Ticer Laika membela diri.

Aku dengan Ustazah Suhaina saling berkelip-kelip mata. Tak mahu masuk campur dalam bergaduhan kecil itu.

"Suka hatilah ustazah Ticer Laika hoi..." Cikgu Fadli mahu menyusur keluar.

"Panas hati pulak abang!" Sempat lagi dia bersuara di muka pintu bilik guru sebelum melangkah pergi.

"Su, cuba bagitahu akak lebih detil sikit fasal anak zina ni." Ticer Laika tidak mempedulikan Cikgu Fadli yang sudah terasa hati dengannya.

"Begini ticer, tidak kisahlah ticer nak sebut apa anak zina ke, anak tak sah taraf ke, anak luar nikah ke, yang penting benda itu sama kan. Sebenarnya anak tak sah taraf ni sama juga dengan anak-anak yang lain tetap mulia di sisi Allah."

Telingaku sudah tegak mencuri dengar perbahasan antara mereka berdua. Tangan mula mencapai buku latihan pelajar berpura-pura menanda jawapan pelajar. Takut pula nak tumpang sekaki.

Takut dengan mata tajam Ticer Laika menyelar. Siapa tak kenal dengan guru Bahasa Inggeris tu Laikatul Najwa yang dapat anugerah guru paling garang bertahun-tahun di sekolah ini. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak yang sulung sudah bersekolah.

"Allah melarang keras pada kita umatNya, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sebelum akad nikah sebab nak mengelakkan manusia terjebak dengan pelbagai masalah. Salah satunya lahir anak luar nikah. Anak luar nikah ni, anak yang lahir daripada seorang wanita yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah.

Dari persepektif undang-undang keluarga Islam negeri-negeri di Malaysia pulak diklafikasikan sebagai seorang anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada berpunca daripada perbuatan zina, dirogol ataupun melalui cara saintifik yang bertentangan dengan hukum syara'. Nak tentukan anak tak sah taraf ni bukan ikut suka-suka kena tahu juga macam mana." Berjeda Ustazah Suhaina menjelaskan.

"Macam mana tu Su. Iyalah sekarang ni anak tak sah taraf ramai sangat di Malaysia. Saya bukan nak bergosip tapi saya ada anak lelaki nak juga pasangan dia nanti berketurunan baik-baik. Orang cakap anak zina ni mungkin akan ikut jejak ibunya juga."

MR POYO MY SWEETHEARTWhere stories live. Discover now