Sebuah Rahsia

141 1 0
                                    


Hari ini seperti juga 10 tahun yang lepas, aku pasti datang awal ke sekolah. Sengaja ku pilih kantin menjadi tempat dudukku. Sengaja? Ah, itu cuma alasan. Alasan untuk apa? Tiada siapa yang tahu. Sehingga hari ini tidak pernah walau sekali aku mengkhabarkan akan hal ini pada sesiapa. Namun, baru kini aku punya kekuatan untuk mengkongsikan rahsiaku pada kalian. Sebuah cerita yang tidak ada sesiapa yang ketahui. Termasuklah si dia.

***

Ceritanya bermula begini, sering pada setiap pagi. Tidak pernah aku ketinggalan untuk duduk-duduk di kantin menghabiskan masaku sebelum lonceng pertama bagi permulaan sekolah bermula. Ya, entah takdir apa yang diaturkan tuhan. Aku ketemu si dia pada pagi yang bagiku seharusnya menjadi biasa-biasa.

Ketika itu, mataku begitu nakal sekali merayau-rayau meratah wajah jelita teman yang sebaya denganku. Hinggalah mataku terhenti pada satu wajah yang biasa-biasa. Sangat biasa. Entah kenapa tiba-tiba sahaja dunia sekelilingku cuma ada dia dan aku. Aku terpana.

Dia bukan jelita tidak juga istimewa. Seorang yang aku kenali tapi tidak rapat. Ya, si dia sebaya denganku. Cuma saja kelas kami berbeza. Dia yang melintasiku seperti tiada apa-apa kenapa harus aku pula jadi begini?

Ah, apa kalian memahami bagaimana degilnya mataku untuk berhenti mengekori langkahnya? Si dia yang dulunya bukan apa-apa kini tertiba menjadi pengawal kepada nafasku. Nafasku tersekat.

Aku mengejarnya secara tiba-tiba. Mengekori langkahnya dari belakang bagai orang gila. Kenapa?

Si dia berhenti pada satu sudut, menurunkan begnya lalu bersandar pada tiang. Direbahkan tubuhnya pada tiang itu, menjadikan tiang itu sandaran yang amat penting baginya. Dan jika kalian dapat melihat, sekiranya saja aku merampas tiang itu darinya, aku yakin. Dia pasti rebah ke lantai. Seolah-olah, tiang itu penyokong nyawanya.

Dan entah kenapa, buat pertama kalinya. Aku cemburu pada tiang itu.

Aku memerhatikannya lagi, tidak bosan Cuma saja wajahnya terus-terusan membuat nafasku tidak stabil. Jantungku seperti pelari pecut, dan wajahnya adalah garisan penamat. Aku berdebar.

Loceng kedengaran. Menandakan aku harus melepaskannya untuk waktu itu. Tapi tidak selagi dia tidak beredar. Dan kemudian aku berlalu.

Sejak dari itu, aku bagai penghendap yang gila. Mengekori walau kemana si dia berada. Sehingga tiba satu hari yang menyakitkan. Pada kisah yang seterusnya. Sebuah hakikat. Untuk dia dan aku.

Aku yang ketika itu, sedang duduk-duduk santai diluar kawasan sekolah terdengar perbualan mereka yang sebaya denganku.

Si betina itu seperti sengaja mengapi-apikan si jantan, pada mulanya tidak aku peduli. Sehingga aku sedar, wanita yang diperkatakan itu adalah si dia yang sering wujud dalam mimpiku.

Mereka memperlekehkan si dia. Sepertinya dia (wanitaku) itu tidak layak menjadi walau kekasih pungutan sekalipun. Kata-kata mereka, ibarat membaling batu pada ular berbisa. Entah kenapa, tekanan darahku memuncak. Tanpa aku sedar, jantan itu telah pun berbaring di atas tanah dengan mulut berdarah. Aku menumbuknya.

Jika kalian mahu tahu, itulah hari terkecoh dalam hidupku. "Aku bergaduh disebabkan perempuan". Tidak! Jika kalian memahami aku, pasti saja kalian mengerti. Dia bukan perempuan biasa, dia wanita yang luar biasa. Wanita yang mampu menghantui hidup aku. Dan entah kenapa aku menjadi gila untuk dia.

Owh, ya. Selepas beberapa minggu accident itu. Ibuku membawa pulang bunga yang sangat indah. Katanya ianya dibeli ketika ibuku melawat Eropah. Tapi bukan kecantikan bunga itu yang ingin aku bicarakan, aku. Buah pada pokok itu lebih menarik minatku, berduri tapi tidak tajam. Sangat kecil dan comel. Seperti si dia.

Vous avez atteint le dernier des chapitres publiés.

⏰ Dernière mise à jour : Dec 17, 2018 ⏰

Ajoutez cette histoire à votre Bibliothèque pour être informé des nouveaux chapitres !

Sebuah RahsiaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant