🔥Bab 42🔥

1K 80 0
                                    


"Pesakit yang bernama Song Jihyo sudah boleh discharge harini" balas doktor lelaki haritu terhadap soalan Sehun tadi. Setelah seminggu gadis itu tinggal di hospital, dia sudahpun boleh bebas hari ini. Suga dan Taehyung sudah 3 hari yang lepas dibebaskan. Cemburu memang tidak terkata lah pada mimik wajah Jihyo ketika itu.

"Oh, okay. Khamsahamnida, doc" Sehun menundukkan sedikit kepalanya kepada doktor tersebut sebelum berlalu pergi ke wad yang ditempatkan Jihyo.

Ketika Sehun sedang berjalan, dia menyeluk poket seluar untuk mengambil telefon bimbit. Nombor Suho didail.

Drtt.. Drtt.. Drtt..

"Yeobseoyo?"

"Sehun ni. Harini korang tak payah datang sebab Jihyo dah boleh keluar. Korang just sedia apa yang patut je bila dia balik nanti"

"Jinjja? Okay, okay. Nanti kitaorang sediakan. Annyeong"
Suho mematikan panggilan.

Selepas menamatkan panggilan, Sehun pun meneruskan lagi perjalanannya.

"Jihyo, kau--"

"YAHHH!!! OH SEHUNNN!!!!"

Sehun lantas menutup pintu bilik wad Jihyo dengan kuat. Dadanya turun naik kerana terkejut. Tidak lama kemudian, jururawat yang berada di dalam bilik wad itu tadi pun keluar. Jururawat itu hanya menundukkan muka. Malu dengan Sehun.

Automatik Sehun menggaru bahagian belakang kepalanya yang tidak gatal. Dia menepuk-nepuk dahi. Oh Sehun, apa yang kau dah buat ni?

"Kalau nak masuk, masuk la" kedengaran suara Jihyo dari dalam. Sehun menarik dan menghembus nafas seketika. Arh! Bantai aje lah.

Jihyo memandang Sehun dengan tajam. Dia sudah tak kisah lelaki yang berada di hadapannya ini mafia ke gangster ke. Semuanya sama. Salah tu tetap salah!

"Yah! Oh Sehun! Saya tahulah awak ni mafia! Tapi, mana adab awak terhadap perempuan macam saya ni?!" jerit Jihyo kuat. Nafasnya turun naik. Urat-urat hijau yang langsung berada di persekitaran leher mula menonjol. Memang cukup membuktikan yang gadis ini sedang menahan marah.

Sehun menarik nafas. "Rileks, rileks. Sumpah! Aku tak nampak apa-apa pun tadi" Sebelah tangannya diangkat paras wajah menandakan dia sedang bersumpah.

Lantas Jihyo memalingkan wajah kearah tepi. Rasa tidak sanggup pula melihat wajah Sehun yang langsung rasa tidak bersalah. Matanya dipejam serapat yang mungkin. Rasa malu mula menebal. Argh!! Oh Sehun! Aku benci kau!

"Lagipun, kalau dah tahu nak tukar baju, bagitahu je lah dulu. Tak delah aku nak terjah macam tu" sambung Sehun lagi dengan memberi alasan yang memang tak logik. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan kedalam poket seluar.

Jihyo mengetap gigi geram. "Masalahnya sekarang ni, awak! Kenapa tak ketuk pintu dulu? Ish!" katanya geram.

Sehun kehilangan kata-kata. Okay, dia memang bersalah. Ya, ya dia mengaku. And, kalau dah bersalah, perlu ke dia nak meminta maaf? Arh! Mintak simpang lah. Tapi...... Huh, minta maaf aje lah.

"Ye lah, aku minta maaf. Aku tak sengaja tadi" jawab Sehun mengalah. Jihyo tersenyum lebar. Terasa seperti tidak percaya pula yang ketua mafia meminta maaf dengannya. Huehue

"Hm, tak pe. Saya maafkan awak. By the way, kenapa awak masuk sini? Awak nak cakap apa tadi?" Jihyo menyoal. Perkara yang berlaku tadi cepat-cepat dilupakan. Dia sudah tidak mahu mengingati lagi. Cukuplah.

"Oh, yang tu. Doktor cakap kau dah boleh discharge harini" balas Sehun dengan perlahan. Jihyo terus menyahut riang.

"Yeayyy! Dah boleh balik! Yeayy!! Akhirnya, dah boleh keluar pun dari penjara ni!" kata-kata Jihyo membuatkan Sehun tergelak dalam diam. "Kau nak balik sekarang ke nanti?"

"Eh, mestilah sekarang!!"

"Dah tu, pergilah kemas barang cepat. Duduk tercegat lagi kat situ tu dah kenapa? Tu pun nak kena cakap"

Jihyo mencebik. Ish, Sehun ni! Tak sah kalau tak sakitkan orang. Urgh, lantak lah! Asalkan, dia dah boleh keluar harini. Yahoo!!

💕💗💕

"SWEET HOME, JIHYO!!!"

Kedengaran begitu kuat suara menyahut kehadiran seseorang yang baru pulang ke rumah banglo mewah itu.

Jihyo tergamam. Tiba-tiba, tubir matanya mula bertakung. Dia melihat keadaan sekeliling. Penuh dengan belon yang pelbagai corak. Terdapat juga sebuah meja yang mempunyai sebutir kek coklat. Ahh! Favourite dia! Dia memandang satu persatu wajah manusia-manusia dihadapannya dengan senyuman yang cukup manis.

"Gomawo!! Jihyo terharu sangat! Sob..sob" Jihyo berkata sambil jari telunjuknya mengesat tubir mata yang mula mengalirkan air mata.

"Ala, apa sedih-sedih ni? Janganlah nangis. Kitakan dah macam family. Alololo" kata Baekhyun. Dia menuju kearah Jihyo untuk membantu mengesat air mata milik gadis itu. Chen, Jhope, Chanyeol jugak turut serta.

"Haah. Janganlah nangiss" Jhope memujuk Jihyo.

"Betul. Ni semua salah Jimin. Dia yang rancang semua ni. Yah, Jimin! Kau tengok Jihyo ni! Dia dah nangiss tahu?" kata Chanyeol sambil menolong memujuk Jihyo sekali.

Jimin terpempan. Aik? Aku yang nak happykan dia pun tak boleh? Ingatkan dapat pujian, tapi dapat kena marah pulak. Tanpa membuang masa, dia pun meluru kearah Jihyo sambil melutut.

Chanyeol, Chen, Baekhyun dan Jhope beralih sedikit untuk memberi mereka berdua ruang. Jimin mengusap rambut Jihyo perlahan. Jihyo terpana. Sungguh dia berasa selesa dengan usapan Jimin lalu mengusir ketepi air matanya dan menguntumkan sebuah senyuman kearah lelaki itu.

Sehun hanya memerhati dari jauh. Dia memegang dadanya yang terasa perit. Sungguh! Dia berasa tidak mampu untuk melihat semua ni. Rasanya seperti kaca yang dihempas ke batu lalu pecah berderai. Oleh kerana dia sudah tidak tahan dengan situasi tersebut, terus berlalu pergi kebiliknya dengan rasa yang memang tidak dapat digambarkan. Sakit. Pedih. Perit.

"Ha, macam ni lah yang oppa nak. Hyo janganlah sedih-sedih lagi, ara?" Jimin juga turut menguntumkan sebuah senyuman yang manis kearah gadis itu.

Jihyo terangguk-angguk. Matanya terus beralih kepada yang lain. "Mian semua sebab Jihyo tiba-tiba teremosional tadi. Okay, jom kita party!!"

"JOM!!!" jerit mereka semua keriangan.

Baekhyun menarik telinga Chanyeol sambil menjelirkan lidah tanda mengejek lalu dia pun ketawa berdekah-dekah. "HAHAHAHA telinga kau dah merah lahh!! Sebijik macam yoda!"

Chanyeol menahan geram dengan menggulungkan bibirnya kedalam mulut. "Kau tunggu, Bacon!!" Dia pun terus menyumbat beberapa keping biskut kedalam mulut Baekhyun.

Mata Baekhyun membulat. "Woii! Ak.. Aku ter..tercekikkk!!!"

Kali ini, Chanyeol pula yang ketawa berdekah. Lain pula dengan situasi Jhope-Chen. Siap saling membaling salad lagi. Aigoo.

Jihyo ketawa melihat karenah masing-masing. Lawak sungguh! Bila dilihat, memang tidak ubah seperti kanak-kanak. Tiba-tiba, dia teringat sesuatu. Langsung kepalanya dipaling ketepi. "Rapmon oppa, Lay oppa, Jihyo nak tanya sikit, boleh?"

"Tanyalah"

"Siapa Park Hyera?"








💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now