5 | Jawi

1.8K 158 19
                                    

"Aduh, matilah! Lambat dah ni." Kelam-kabut aku menuruni anak tangga.

Sepatutnya aku janji jumpa Ben pukul 12.00 tengah hari. Ini dah terlajak setengah jam dah. Aku masih lagi di rumah. Harap tak mengamuklah si perasan maco tu.

"Amee, nak ke mana tu?"

Terhenti tangan aku nak sentuh pemegang pintu. Suara baba buat aku menoleh.

Baba dah berdiri tegap, gaya serupa polis.

"Errr, Amee nak keluar jumpa kawan kejap."

"Kawan? Kawan yang mana satu? Lelaki ke perempuan?"

Ah, sudah. Baba dah mula nak soal siasat pula dah!

Luqman Firdaus nama diberi. Tapi, staf baba panggil Tuan Luq saja. Duda anak seorang, iaitu akulah. Umur pula dah 46 tahun. Tapi, menurut kata kenalan baba, baba aku tu duda hot. Badan pun masih ada ketak-ketak. Sampaikan ada budak fakulti ingat baba tu sugar daddy aku.

Gila haru betullah!

"Come, teman baba makan dulu." Baba keluarkan suara berbentuk arahan.

Hailah, nampak gayanya aku tak boleh buat apalah. Nak tak nak kena teman juga ni.

Sampai saja di meja makan, Kak Warda dah siap sediakan pinggan. Eh, macam tahu-tahu pula dia aku kena makan sekali dengan baba.

Sebut pasal Kak Warda, dia sebenarnya tukang masak dalam rumah ni. Pukul 6.00 petang dia baliklah rumah dia. Orangnya muda lagi. Tak silap baru 28 tahun. Cun melecun pula tu.

Sementara baba cedok lauk, aku letak iPhone di tepi pinggan. Sempat aku WhatsApp Ben tadi. Bagi tahu yang aku lambat sikit.

Tak, ni bukan sikit. Lambat banyak ni!

"Alma Ameena. Baba tanya ni, Amee dengar tak?"

"Hah? Baba tanya apa? Sorry, sorry... Amee tak dengar." Aku tayang sengih. Nak cover silap sendiri. Mana taknya, otak tengah fokus pasal Ben.

"Baba tengok dua tiga hari ni Amee macam pelik je. Ada masalah ke?" Mata baba dah melirik tajam.

"Eh, taklah. Amee okey je. Perasaan baba je ku..." Kata-kata aku terhenti bila ada notifikasi WhatsApp masuk.

Nama Ben tertera di skrin.

-Rumah you dekat mana? I datang ambil you.

What? Dah kenapa pula dia nak jemput bagai ni? Haisy, tak boleh jadi ni. Cepat-cepat aku reply.

+Tak payah. Saya boleh pergi sendiri.

-Lambatlah. Lagipun, I baru nak gerak ni. Biar I ambil you sekali. Jimat masa.

Eee... Dia ni! Tak faham bahasa ke. Gila nak biar dia jemput aku. Kalau baba nampak macam mana?

Fon aku berbunyi lagi.

+Hantar location rumah you. Now.

Ayat arahan tu dah satu hal. Lagi satu, boleh dia send gambar selfie dia. Siap belanja senyuman lagi.

Hek eleh, dia ingat dah handsome sangatlah tu?

+I tahu you mesti tengah puji I, kan? 😎

Allah! Terlajak confidentlah dia ni.

-Perasan tu simpan sikitlah untuk cucu cicit awak, Ben😒

"Amee." Baba dah tegur.

Dalam masa yang sama, WhatsApp dari Ben masuk lagi.

+Amee. Your location.

TUAN PERASAN MACO - #BenWhere stories live. Discover now