1 [Teach him]

848 43 32
                                    

Ssaem yang diberi nama Mr Hwang ini sedang mengedarkan markah peperiksaan setiap pelajar. Semua tak tentu arah. Malah Sowon tenang sahaja. Bukan mahu bangga diri tapi ni hanya ujian 1 bukan kenaikan kelas atau apa.

Bila namanya disebut sahaja, dia ambil

"Full marks. Congrats Sowon" kata Mr Hwang sambil menghulurkan Sowon kertas grednya. Sowon ambil dan membungkukkan badannya 90° lalu kembali ke tempatnya

Tak lama selepas itu, Mr Hwang menyebut nama Minhyun. Mr Hwang? Marga yang sama dengan Minhyun. Sudah pasti. Mr Hwang ialah appa Minhyun dan tiada siapa tahu hal ini.

"Cuba tingkatkan prestasi kamu. Sedikit pun tak apalah. Ni makin merosot"  kata Mr Hwang penuh penekanan. Malah lelaki tinggi bernama Minhyun itu buat tak kesaj sahaja. Ambil kertasnya lalu berlalu pergi.

Selesai mengedar kertas tersebut, kelas dimulai tapi sebelum itu, Mr Hwang mengumumkan sesuatu.

"Minhyun. Saya mahu kamu naik tangga dalam ujian kedua. Jadi saya nak kamu belajar dengan Sowon"

Sowon melopong tak percaya dengar apa yang dikatakan Mr Hwang. Malah Minhyun kelihatan biasa sahaja. Jujur sahaja dia cukup malas dalam perkara belajar dan menjadi pelajar.

"Ta--"
"Tiada penolakan. Ini arahan bukan cadangan. Kalau ujian 2, dua minggu hadapan tiada peningkatan dari Minhyun, kamu sekali kena Kim Sojung"

Sowon melepaskan nafas berat mendengar arahan Mr Hwang.

"mampus lah kau Sowon.." Sinb mengusik Sowon. Lapar kaki agaknya

"Kau diam. Haish ssaem tu macam tak ada orang lain" Marah Sowon pelan agar Mr Hwang tak dengar. Sowon melihat Minhyun yang sedang main phone bawah meja.

"Ha.. Jjinja"  batinnya bila dipikirkan susah nak ajar kalau Minhyun macam tu. Sudahlah hanya dua minggu.

"Edar kertas latihan ni. Jangan tengok buku rujukan tapi boleh tengok nota. So, dari situ kita boleh tengok siapa tak buat nota semalam" ucap Mr Hwang dengan senyum sinisnya. Memang begitu perangainya. Tapi pelajar yang belajar bawahnya semua dah berjaya sekarang.

SKIP

Minhyun turun tangga sambil main kunci keretanya. Jadi tangga sunyi tu dengar kunci keretanya yang bercampur dengan kichen tu sahajalah.

"Aduh.. Apahal ni? Nak bersenam pergi padang" Sindir Minhyun apabila melihat Sowon mendepa tangan depannya.

"Datang rumah aku. Belajar petang ni" sowon berbicara dengan gayanya. Acuh tak acuh sahaja.

"Malas. Aku tak tahu rumah kau kat mana" kata Minhyun sambil berjalan meninggalkan Sowon. Sowon apa lagi, kejarlah.

"Yah!! Nah"

"Apa benda ni?" Tak tahu tapi tangannya ambil juga apa yang dihulurkan Sowon

"Alamat dan nombor aku. Kau tak datang tak apa. Aku tak kesah sebab aku pun malas nak ajar orang macam kau"

"Tch. So? Pergilah untuk apa kau bagi aku ni?"

"Untuk kau rebus. Makan" kata Sowon dengan lagaknya lalu berlalu pergi ke keretanya. Ya, Sowon naik kereta ke sekolah. Begitu juga Minhyun. Tapi Minhyun ni setiap minggu kereta lain lain. Sudahlah kereta sport lagi.

"AKU PUN TAK HINGIN LA NAK BELAJAR DENGAN KAUU" jerit Minhyun pada Sowon. Sudah tentu Sowon dengar sebab dia masih belum masuk ke dalam keretanya lagi. Tapi dia buat tak kesah sahaja.

└(^o^)┘└(^o^)┘└(^o^)┘└(^o^)┘

Minhyun parkir keretanya di dalam garage lalu tarik handbrake.

Teacher [✔]Where stories live. Discover now