Perjalanan

124 6 3
                                    

"Ting, ting, tang, ting.... " lagu Comel Pipi Merah oleh Dato' Siti Nurhaliza berkumandang di dalam van.

"Hoi, takde lagu lain ke. Cer tukar channel radio tu. " kata Izzat yang inginkan lagu yang rancak.
Tergelak kaum wanita yang berada di bahagian belakang dengan gelagat Izzat.Fahmi menukar siaran radio di dalam van. Tiba-tiba, Fahmi terkejut dengan korus sebuah lagu.

"Bagai bulan jatuh ke riba,...... " lagu Bunga oleh Altimet membuat mereka semua yang berada di dalam van terkejut dengan bunyi korus lagu tersebut.

"Terkejut mak. Lain kali kalau nak bukak lagu tu, slow kan die punye sound dulu. " kata Hani sekadar memberi teguran.

"Hishh.. Dah nak habis waktu solat Zohor ni. Jom solat dulu. Jamakkan sekali dengan Asar. Perjalanan kite ni masih jauh. " kata Izzat sambil melihat jam tangannya.

Mereka berlima berhenti di R&R Alor Bintang.

" Ha, yang perempuan ni kenape tak keluar pegi solat?" kata Izzat dengan nada mendatar.

"Kitorang ABC. " kata mereka bertiga serentak sambil memberikan senyuman sinis.

"Ok. Kalau korang nak bile pape.. Matikan enjin van dulu." kata Fahmi

"Ok" kata Elly, acuh tak acuh. Maka, Izzat dan Fahmi melakukan kewajipan bagi semua umat Islam. Bagi kaum wanita pula, mereka duduk di dalam van sambil bermain gajet.

15 minit kemudian,

"Wei, memang sunyi ke kat sini?" tanya Izzat kepada budak perempuan yang lain.

"Alaaa, faham-fahamlah yang kite pergi time budak tak cuti sekolah lagi. Sebab tulah tak ramai. " balas Nina.

"Ok, lepasni kite takkan stop dekat mana-mana R&R dah. " kata Fahmi yang sedikit bertegas.

"Ok boss. " kata yang lain serentak.

Mereka pun menyambung perjalanan mereka ke 'tempat mewah' itu.

*******************

Pada waktu Maghrib pula,

"Lengangnye jalan. Takde kenderaan pon lalu. Tadi ade je dua tige kereta lalu. " kata Fahmi yang kehairanan. Izzat sedang melayan telefon pintarnya manakala yang perempuan masih lagi dibuai dengan mimpi.

"Oii, Izzat. Jom kite pegi solat dulu. Yang kat belakang tu takkan sedar punye. " kata Fahmi. Izzat mengangguk tanda setuju. Maka, mereka pon berhenti di R&R dan menunaikan solat.

*******************

Di dalam van,

"Hmmm, kite kat mana ni? Macam kat R&R." kata Elly yang masih mamai.

"Aku nak terkucillah, tapi sape nak teman? Eh, takpe. Aku kan berani. " kata Elly di dalam hati.

Dia pun membuat keputusan untuk keluar perlahan-lahan dari van tanpa mengejutkan kawannya yang masih lagi tertidur. Semasa dia tiba di dalam tandas, dia melihat kawasan sekeliling. Lengang. Tiada seorang pun yang ada di dalam tandas.

"Masuk jelah mana-mana tandas pon, sape kesah ade orang ke tak, aku tak tahan ni. Lagipon mana ade orang. " kata Elly yang hampir sahaja terkucil.

Setelah selesai, dia terlihat seorang pencuci wanita di dalam lingkungan 60-an yang sedang mencuci lantai tandas.

"Hai makcik. Makcik ambik overtime keje ke. Kesian makcik." tanya Elly.

Makcik tersebut tidak memberi respon. Elly menyangkakan bahawa makcik tersebut tidak mendengar pertanyaannya atau dia sibuk dengan kerjanya. Dia mengambil keputusan untuk keluar daripada tandas tersebut. Tiba-tiba, dia terdengar suatu suara garau.

"Kau ingat, aku akan tetap jaga die. Kau takkan dapat halang aku. " kata suara garau itu. Meremang bulu roma Elly dibuatnya. Dia tertanya-tanya, siapakah empunya suara. Baru dia teringat bahawa yang dia dan makcik cleaner sahaja yang ada di dalam tandas tersebut. Tak mungkinlah itu suara makcik tersebut. Entah-entah itu adalah suara....

"Hantu!" terjerit Elly sehingga boleh kedengaran satu R&R.Dia pun apalagi, dia pun melangkah seribu dan lari lintang-pukang tanpa menoleh ke belakang menuju ke van. Setibanya dia di dalam van, dua orang kawan lelakinya sudah berada di dalam van untuk beberapa detik serta dua orang kawan perempuannya yang sudah terjaga dari tidur

"Fahmi, jom kite gerak sampai Fraser Mountain! Nanti aku cerita. " kata Elly yang masih termengah-mengah sebab lari lintang-pukang sebentar tadi.

"Pahal kau ni? Macam baru je nampak hantu. " tanya Fahmi yang masih terpinga-pinga.

"Memang aku baru je nampak hantu. Cepatlah pandu!!!" kata Elly yang masih lagi dalam ketakutan. Tanpa berlengah, Fahmi terus memandu van menuju ke Fraser Mountain. Semasa perjalanan, Elly menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya di R&R sebentar tadi.

Waris Where stories live. Discover now