일곱 ❀

1.2K 165 115
                                    


"aku nak pikat jaemin." haena tersedak jus tembikai sebaik sahaja mendengar kata-kata minhee. soeun yang asyik mengelamun turut mengerling minhee di sebelahnya.

"kau... serious?" minhee tidak membalas namun sebaliknya dia memerhati ke arah jaemin dan yejin yang baru sahaja keluar daripada koperasi sekolah sambil ketawa mesra.

haena turut memandang ke arah mereka. "btw, mana felix? dia dah tak rehat dengan korang lagi ke?" soal minhee, pelik. "oh, dia rehat dengan kawan dia."

"em korang, aku nak pergi kelas jap, aku tertinggal something." kata soeun lalu meninggalkan mereka berdua setelah minhee dan haena mengangguk serentak.

"kau ada idea cane aku nak pikat jaemin?" tanya minhee sebaik sahaja soeun pergi. haena berfikir seketika lalu menepuk tangannya. "opkos la ada! banyak pulak tu." haena memberikan minhee pandangan creepy seperti di bawah.

" haena memberikan minhee pandangan creepy seperti di bawah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"um.... ok. so, apa dia?" minhee mengangkat salah satu keningnya. "kiss and make up!" minhee terbeliak. "bwo? aku tak gila sampai nak kiss anak orang do!"

haena ternganga. "opps sorry, maksud aku make up, haa make up." haena menggelengkan kepalanya. minhee memuncungkan bibirnya. "masalahnya.. aku tak reti make up la." luah minhee.

"tchー tak payah risau sangat. aku pro bab bab ni." kata haena dengan penuh bangga membuatkan minhee mencebik.

"btw, sejak dua menjak ni aku pelik sikit dengan soeun tu." minhee mengerutkan keningnya. "asal?"

"dia selalu tanya aku pasal nct dream, selalunya dia mana kisah pasal diaorang tuh." kata haena. minhee hanya terdiam lalu dia tiba-tiba bangun. "jom pergi kelas!" minhee menarik tangan haena dan menuju ke kelas mereka.

meanwhile,

jaemin dan yejin yang sedang duduk di bangku sebelah koperasi pula asyik berborak. "petang ni awak free ke yejin?" tanya jaemin, malu-malu. yejin disebelahnya pula tersengih sebelum membalas. "free je, kenapa?"

jaemin tidak membalas soalan yejin, malah matanya memerhati minhee yang sedang menarik tangan haena ke suatu tempat. yejin yang sedar akan hal itu turut memandang mereka berdua. "jaemin-ah?" yejin memanggilnya.

lantas jaemin tersentak lalu memandang yejin semula. "mian, awak cakap apa tadi?"

°˖✧◝ ◜✧˖°

minhee dan haena bersembunyi di tepi pintu kelas untuk melihat apa yang soeun lakukan dalam kelas. soeun sepertinya mengeluarkan sesuatu daripada begnya lalu berjalan ke arah locker yang terletak di belakang kelas.

minhee dan haena pantas bersembunyi semula apabila soeun memandang sekeliling, sebelum meletakkan sesuatu ke dalam salah satu locker.

"yah, locker siapa tu?" bisik haena. minhee menghiraukan soalan haena dan berlari pergi, sejauh yang mungkin. haena pula membuntuti langkah minhee.

straight. nct dreamWhere stories live. Discover now