111

7.9K 252 11
                                    

Pada malam itu , Medyna Fatehah hanya mendiam kan diri dan hanya mengurung kan diri dalam bilik ..

Maksu Ila dan Laila Athirah cemas dengan kondisi Medyna Fatehah ..

" Ibu , gena ( macam mana ) ni .. kita habaq ( bagitahu ) laa pasai benda ni dekat depa .. " cadang Laila Athirah ..

Maksu Ila hanya diam ..

" Ibu rasa tak payah .. lagipun Indah tu baru ugut .. ibu rasa dia tak berani buat semua tu .. lagipun ni masalah depa anak beranak .. biaq depa settle dulu " kata Maksu Ila ..

Laila Athirah hanya mengangguk mengerti ..

Paksu Adan dan Faliq Asyrul ketika itu baru pulang dari masjid terlihat isteri mereka sedang duduk di ruang tamu sambil berbisik mencuri perhatian mereka untuk turut memasang telinga ..

" Tapi ibu takkan kita nak biaq ? "

Faliq Asyrul mencegah dari belakang ..

" Biaq apa ? " tanya Faliq Asyrul kehairanan ..

Terpaku Maksu Ila dan Laila Athirah dengan kehadiran mengejut suami mereka ..

" Biaq aa ni biaq apa hah .. hah takkan laa kita nak biaq kawasab rumah kita ni kosong macam ni jaa kan ? Kan ibu kan ? " tipu Laila Athirah ..

Berkedip kedip Maksu ILa mendengar tipu helah menantunya ..

Lalu dia pun mengiyakan kata kata menantunya itu ..

Paksu Adan dan Faliq Asyrul hanya mengangguk dan turut serta bersembang dengan isteri mereka di pondok hadapan rumah mereka malam itu ..

. . . . .  . . . . . . . .

Seawal 7 pagi lagi Andiq Fateh bangun untuk mendapatkan maklumat mengenai kembar itu ..

" Harini aku mesti cari tau jugak walau apa pun .. " kata Andiq Fateh ..

Melalui sumber yang dia dapat , tadika tersebut memulakan pembelajaran pada jam 9pagi dan berakhir pada jam 5petang ..

Jadi dia perlu menunggu sehingga jam 5petang untuk meneruskan siasatan ..

Paginya di Istanbul sangat berbeza daripada paginya di Malaysia ..

Mungkin kerana dirinya ada di situ ..

Sampai tertidur dia menunggu kedatangan dua kanak kanak kecil itu ..

" Lambat pulak Qayyim dengan Aisyah ni " keluhnya sebaik jam di tangan sudah menunjukkan pukul 9:30 pagi ..

Sedang ralik dia bermain telefon , dia ternampak kelibat Dr.Audra ..

Terpancar riak kegembiraan di wajah nya .. dia bersembunyi di sebalik tembok ..

" простите нас за опоздание ( maafkan kami agak terlambat ) " ucap Dr.Audra kepada guru di tadika itu ..

"
Все в порядке .. заходите и начинайте учиться ( tidak mengapa .. ayuh masuk dan belajar ) " balas guru itu kembali ..

Kereta Dr.Audra terus pergi meninggalkan tadika itu ..

Andiq Fateh terus meluru ke arah tadika tersebut namun sempat ditahan oleh guru tersebut ..

" извините, кто вы и что вам нужно ? ( maaf , awak siapa dan apa awak perlukan ? ) " tanya guru tersebut ..

Andiq Fateh menggaru kepala nya kerana tidak memahami apa yang diperkata oleh wanita tersebut ..

" Oh are you a malaysia ? I'm sorry .. can I know who are you and what do you want ? " jelas wanita itu ..

Andiq Fateh tersenyum ..

budak kampung isteri aku ?Where stories live. Discover now