39

13.2K 407 11
                                    

Araden Syafi segera mencari nombor Andiq Fateh namun di tepis oleh Medyna Fatehah ..

Kak Kiah dan Kak Milah memandang sesama sendiri dan saling mengaju soalan ..

" Afi , kenapa nak kena call Fateh ? Afi kan suami Tehah ? "

" Tak .. sebelum tu jom kita pergi luar .. nanti Afi jelaskan .. Tehah tidur dulu .. " 

Sebaik sahaja punggung dilabuhkan , Kak Milah terus mengajukan soalan ..

" Hahh kenapa Afi ? "

" Sebelum tu Afi nak minta maaf dekat akak berdua .. sebenarnya Tehah bukan isteri Afi tapi Tehah isteri Fateh .. "

" Apa ?!! " jerit Kak Milah dan Kak Kiah serentak ..

" Tapi kenapa Fateh layan dia macam tu ? "

Araden Syafi menerangkan perkara sebenar kepada mereka berdua dari awal hingga akhir ..

Mereka mengangguk dan bersimpati dengan Medyna Fatehah .. 

Jam menunjukkan pukul 2 petang namun kelibat Andiq Fateh tidak kelihatan ..

" Kak Kiah .. Afi nak keluar sekejap .. rasa tak manis pulak .. apa apa Kak kiah call Afi ya ? "

" Yelah Afi .. " 

Araden Syafi melangkah pergi manakala Kak Milah berasa amat gelisah dengan keadaan Medyna Fatehah yang panasnya belum reda malahan makin panas .. 

. . . . . . . . . . 

" Sayang .. " 

" Kenapa ? "

" Dah lama kan you tak bawa i pergi shopping .. "

" Hahh .. nak membodek la tuh .. sekejap "

Laci dibuka manakala mata sedang memerhati laptopnya .. 

Tiba tiba , 

" Aduh .. "

Jarinya berdarah gara gara terkena mata gunting yang begitu tajam sewaktu dia mencari buku cek untuk ditulis dan diberi kepada Indah Syahera .. 

" Sayang ! banyaknya darah .. kejap kejap "

Indah Syahera segera berlari mendapatkan kotak kecemasan ..

Dia membasuh darah dan mencucinya lalu dibalut .. 

" Kenapa tiba tiba je ni ? apa apa berlaku ke ? " detiknya di dalam hati .. 

Andiq Fateh segera mengaktifkan telefonnya .. Terdapat 20 panggilan daripada Araden Syafi .. 

Dia cuba menelefon Araden Syafi kembali namun tidak di angkat ..

" Kenapa aku rasa tak sedap hati hah ? " katanya lagi .. 

. . . . . . . . . . . . . 

Kak Milah dan Kak Kiah meminta izin untuk pulang sebentar ..

Jam dipandang lama .. Sudah pukul 2 tapi dia belum siapakan pakaian untuk suaminya kerna Andiq Fateh perlu bertemu klien pada malam itu .. 

Dia cuba bangun namun tak berdaya .. Digagahi juga untuk bangun .. 

Terasa seperti semuanya sedang berpusing .. Dia cuba berjalan sambil menggunakan dinding sebgai pemegang .. 

Selangkah demi selangkah .. apabila hampir sampai ke dapur dia terjatuh .. Kepalanya terhantuk ke dinding ... Dia jatuh sekali lagi .. Darah mengalir tanpa henti .. 

Araden Syafi datang sambil membawa makanan kepada Medyna Fatehah menekan loceng berkali kali .. Baru sahaja hendak melangkah masuk , Kak Kiah dan Kak Milah menegurnya ..

budak kampung isteri aku ?Where stories live. Discover now