Arisya menarik bagasi miliknya turun ke tingkat bawah, telefon bimbit dimasukkan ke dalam beg silang. Seketika kemudian dia memandang pula keadaan rumah itu. Di sini tempat dia luangkan masa bersama Razif, gelak sama-sama, sakat sesama sendiri, usik Razif.

" Ya Allah beratnya hati ni. "

Arisya menuju pula pada sofa. Sekali lagi memandang keadaan rumah itu.

" Move on Arisya. Dah jom, Shahirah dah tunggu. Jom, Allah ada dengan kau Risya. Mungkin Allah nak tunjuk yang dia bukan jodoh kau. " sekali lagi Arisya berbicara sendiri. Buat kali yang terakhir dia memandang kawasan rumah.

Terbayang-bayang dia kelibat Razif yang suka berdiri di pintu dapur semasa dia memasak. Kelibat Razif yang akan marah dia bila dia lupa bagi Sneakers makan, semua bayangan Razif terasa wujud di situ. Arisya seka air mata sebelum terus melangkah keluar dari rumah.

Pintu rumah dikunci lalu kunci diletak di dalam pasu bunga di tepi pintu. Arisya sarung sneakers putih sebelum mengorak langkah ke keretanya. Bagasi diletakkan di tempat duduk dan kemudian Arisya meloloskan diri ke dalam tempat duduk pemandu.

Tanpa sebarang suara enjin kereta dihidupkan dan tanpa kata-kata, Nissan Almera mula bergerak keluar meninggalkan kawasan rumah teres itu buat... selamanya.

Bye Razif, jaga diri...

***

Razif mengurut perlahan pelipis, terasa sengal seluruh sendi pada tubuhnya. Razif sauk ke belakang anak rambut yang jatuh. Jam tangan ditilik sekilas. Sudah pukul 9:30 minit malam, patutlah dia rasa letih dan penat semacam. Razif keluar dari kereta lalu terus menuju ke pintu rumah.

Tiba-tiba dia rasa hairan melihat tingkat atas gelap sahaja dari luar. Cepat-cepat kunci dimasukkan ke dalam lubang pintu sebelum dia bergegas masuk ke dalam rumah itu. Sekali lagi Razif diserang kehairanan melihat keadaan rumah yang gelap. Arisya nak buat prank lagi ke? Eleh, ingat kali ni dia berjaya ke?

" Arisya. " pamit Razif namun sunyi sahaja.

Razif tekan pula suis lampu, terus terang-benderang keadaan rumah dua tingkat itu. Tiada apa yang pelik, tiada hiasan ataupun banner, tiada sebarang belon, tiada kek dan yang paling penting tiada seorang gadis bernama Arisya Delina. Takkan dah tidur?

Razif capai sekotak air Milo mak bekal tenaga, bekalkan tenaga! Okey mari cari kelibat Arisya.

Razif panjat anak tangga lalu pintu bilik Arisya diterjah, sekali lagi tiada apa di ruang kamar itu. Kelibat yang di cari pun tidak kelihatan di situ jadi mana Arisya? Terus suis lampu bilik Arisya dipetik, Razif membuka pula pintu tandas. Kosong masih kosong. Tiada tanda-tanda Arisya sedang mandi ataupun berteleku dalam ruang tandas itu.

Dan tiba-tiba Razif diserang satu rasa. Pelik, hairan dan dia syak sesuatu.

Terus pintu almari pakaian Arisya ditolak. Terbuntang mata Razif melihat almari itu kosong tanpa sebarang pakaian. Razif terus berlari turun ke tingkat bawah, mencari pula Arisya di tingkat bawah sehinggalah dia jumpa sesuatu terlekat elok pada bekas makanan Sneakers. Sekeping hati yang ter-eh sekeping nota biru.

Nota biru itu dibaca.

Hai awak, kalau awak jumpa nota ni saya kasi lima bintang eceh saya tak nak la klise letak nota dekat peti sejukla lekat dalam almari macam dalam drama tu jadi saya lekat dekat bekas makanan Sneakers ataupun saya lagi suka panggil Razif kuasa dua. Andai kata awak jumpa nota ni maknanya saya dah tak ada dan takkan pernah kembali. Eceh klise gila ayat pfft. Esok merupakan hari terakhir kita sebagai suami isteri sebab tempoh dua bulan tu dah hampir tamat.

Tapi saya buat keputusan untuk pergi sehari lebih awal. Jangan risau tentang soal penceraian semua tu, saya dah pun selesaikan semua bahagian saya. Kalau awak nak panggil saya untuk ke mahkamah syariah just give me a call. Saya buat keputusan untuk pergi sehari lebih awal sebab saya tak sanggup.. tak sanggup nak hadapi hari esok.

Saya sedar Razif, saya bukan pilihan awak. Saya hanya tempat untuk awak capai matlamat awak iaitu saham syarikat atuk tu dan sekarang saham tu dah jadi milik awak dan saya dah tak bermakna apa-apa jadi ada baiknya saya undur diri. Kalau pasal umi dengan abah, awak jangan risau. Saya tahu walaupun diorang akan benci saya tapi saya yakin dan pasti saya akan tetap dimaafkan oleh diorang.

Jangan risau pasal saya. Kenal awak dalam dua bulan ini buat saya rasa lebih 'hidup'. Terima kasih sebab jadi suami yang baik, dua bulan dengan awak, saya dah mampu solat dengan baik dan Alhamdulilah bacaan saya lebih teratur. Dan selama dua bulan jugak, awak ajar saya untuk hargai parents saya. Awak ubah semua perception saya pada abah. Alhamdulillah, awak dah jalankan tanggungjawab yang baik pada saya.

Lepas ni saya akan mulakan hidup baru, business baru dekat tempat baru. Soal tempat tak perlulah awak tahu dimana cukup awak tau yang saya dalam hati awak ha sudah (mohon chia chia)

Dah panjang rupanya saya tulis, jadi biarlah saya coretkan sedikit lagi akhir kata saya. Awak nak tahu satu rahsia tak? Ya memang betul saya dah jatuh sayang dan cinta pada awak. Saya tak tipu saya dah sayangkan awak lebih dari seorang kawan. Maaf sebab degil, awak dah warning jangan suka awak tapi saya buat juga akhirnya tanggung la sakit sorang-sorang.

Akhir kalam, saya harap Sofiyah dapat bahagiakan awak. Jaga dia elok-elok, dia baik gila dan honestly (sila jangan bagitahu Sofiyah nanti beliau kembang) honestly saya cakap, Sofiyah memang cantik. Ya, sesuailah dengan awak yang hensem kan (sila kembang semangkuk) .

Jaga dia, sayang dia, cinta dia dan jangan layan dia macam awak layan saya. Ya itu sahaja dari saya. Stay happy and spread a good vibe and good vibe will come to you. May Allah always bless you, take care.

Assalamualaikum.

Isteri dua bulan,
Arisya Delina Kiut ha tahu tak hehe :')

(panjang pula saya tulis, nanti saya claim dakwat pen tau. bye! )

Dan dengan itu Razif secara automatik terasa kosong dan kehilangan.

Kenapa awal sangat? Dah nak habis eh cerita ni?

jika sesuatu pudar dengan cahaya matahari, ia akan menjadi sejarah. jika sesuatu diterangi bulan, ia akan menjadi mitos. jadi kisah kita ni sejarah ke mitos?

***

sowri kalau tak sedih, aku type sambil dengar lagu shape of you lol.

Sekeping Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now