"kim minhee." aku menoleh ke arah kanan aku dimana sumber suara tersebut dan felix sedang menuju ke arah aku sambil tersenyum. "lama tak jumpa. kau apa khabar?" soalku. "aku okay je, tapi tulaa sunyi je sebab kau takde." balas felix sambil menolong aku mengangkat barang masuk ke dalam rumah.

"btw, masa hari penerbangan kau ke busan dulu, jaemin dan renjun ada datang sini." aku terdiam dan terkejut dalam masa yang sama. "bwo? jinjja?" felix mengangguk. "kenapa diaorang datang rumah aku?" tanya aku pelik.

"oh tu aku tak berapa nak pasti tapi aku ada ternampak jaemin macam pegang buku?" mata aku membulat. "buku??" sekali lagi felix mengangguk.

jangan-jangan tu notebook aku?

setelah mengangkat semua barang masuk ke dalam rumah, aku masuk ke dalam bilik aku untuk membersihkan diri dan bersiap-siap untuk ke sekolah.

°˖✧◝ ◜✧˖°

debaran semakin terasa di dada apabila aku berdiri di luar kelas 18-A. aku ingat lagi aku pernah tersesat sampai sini masa hari first aku masuk sekolah ni. tak sangka aku dah jadi sunbae sekarang. aku teringin gak nak ada orang panggil aku 'sunbaenim' k apa aku merepek ni aduh.

"kim minhee-sshi, sila masuk." ucap saem yang berambut perang itu dengan lembut. aku lupa nak tengok nametag dia tadi hehe. aku menarik nafas yang panjang sebelum melangkahkan kaki ke dalam kelas tersebut.

aku menunduk sembilan puluh darjah sebelum memperkenalkan diri aku. "annyeonghaseyo, kim minhee ibnida. nice to meet you guys again hehe." tetiba ada seseorang teriak nama dan aku kenal sangat dengan suara tu. "minhee?!!" jerit haena dengan mata yang membulat. aku hanya tersengih memandang haena dan soeun yang melambaikan tangan ke arah aku.

mata aku terhenti ke arah beberapa orang manusia yang asyik memandang aku. ternyata mereka ialah nct dream? apakah? kata dah berhenti sekolah??

"minhee-sshi, awak boleh duduk di depan na jaemin." gulp. dulu duduk sebelah dia, sekarang aku kena duduk depan dia pulak? aku menuju ke tempat duduk aku di mana betul-betul sebelah haena dan soeun. kebetulan ke apa do?

"korang boleh buat kerja masing masing sebelum saem seterusnya masuk." ucap saem lalu keluar daripada kelas. beberapa saat kemudian, kelas bertukar riuh lebih-lebih lagi haena dan soeun.

"yyah, apa cita do? aku sumpah terkejut bila tengok kau masuk kelas. aku ingatkan budak baru manalah tadi." kata haena. "well, aku kenalah sekolah kat sini demi mencapai cita-cita aku kahkah." haena menggulingkan matanya.

tiba-tiba bahu aku disentuh oleh perempuan disebelah kanan aku. aku menoleh ke arahnya. "annyeong minhee-sshi, saya bae yejin." kata perempuan tersebut sambil tersenyum mesra. aku membalas senyumannya. "oh annyeong yejin-sshi."

"um, awak trainee ke?" soalnya. aku menggeleng lagi. "aniya, belum lagi hehe." ceh belum lagi. confident gila aku jawab. macam dah tilik nasib je yang aku akan jadi trainee tak lama lagi.

"weh, bukan nct dream dah berhenti sekolah ke?" bisik aku kepada haena. haena mengangguk. "well, aku tak pasti kenapa diaorang kata berhenti sekolah. actually, dia orang cuma tak datang ke sekolah berbulan-bulan sebab schedule yang padat. tapi sejak dua bulan lepas, diaorang dah datang sekolah cam biasa." terang haena. aku hanya mengangguk.

ugh, ingatkan aku dah boleh lupakan jaemin. tapi tak sangka pulak jadi macam ni. dugaan apakah ini :')

°˖✧◝ ◜✧˖°

waktu rehat tiba, dan kami bertiga rehat di tempat biasa yang kami selalu rehat. "kau dengan jaemin pe cite?" aku tersedak tteokbokki mendengarnya. "takde apa, biasa ja." balasku. "bukan nct dream datang sekolah kau ke dulu?" aku mengangguk. "haah, siap tinggal kat rumah aku seminggu." balasku sebelum menyedut banana uyu.

haena terbeliak. "jinjja? takde apa apa menarik jadi ke?" aku menggeleng. tiba-tiba sahaja aku teringat sesuatu. "ha, kitaorang sempat main truth or dare dan..." ayat aku tergantung. "dan???" "dan dia kata dia ada crush." haena menyembur banana uyu yang baru sahaja dia minum ke muka aku. "yyah! geli gila!" aku mengelap muka aku dengan sapu tangan soeun. HAHAH aku main rembat dalam poket blazer dia.

"crush?! aku tak tahu pun?" aku hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. tiba-tiba haena memukul meja bulat yang kami guna. "taguna betul mamat tu. dulu kemain suka kau." aku mengeluh. "benda dah berlalu beb. biarkan je."

"yyah, takkan kau nak duduk diam je? kau kena cari siapa crush dia!" aku pulak yang terkejut dengan kata-kata haena. "aku yakin, perempuan tu ada dalam kelas kita." soeun mengangguk tanda setuju.

"hmm, yeke? cuba kau korek daripada haechan. mana tau dia tahu." haena terdiam setelah mendengar kata-kata aku. "aku dah putus ah dengan dia." aku mengerutkan kening. "jadi betul lah apa yang renjun cakap kat rumah aku haritu.. hm kenapa? kau curang ehh."

haena terlopong. "yyah, nede. aku baik ok. aku minta putus sebab aku nak dia fokus dengan kerja dia sebagai idol." aku mengangguk faham. "yela aku tahu, aku gurau je."

tetiba seseorang menyapa aku, menyebabkan kami bertiga pandang ke arah orang tersebut. "minhee-sshi!" oh yejin rupanya. yejin duduk di sebelah aku. "hi, korang bertiga memang dah lama kenal eh? mesra semacam je saya tengok." aku mengangguk. "nae, sebenarnya, saya pernah sekolah kat sini dulu."

yejin mengangguk laju. "saya tahu, nct dream pernah cerita pasal awak." aku memandang yejin. seriously? "oh. jadi awak rapat dengan member nct dream?" soalku dan yejin mengangguk. "nae, kawan je." katanya.

"ahh." aku tersenyum. "em saya pergi dulu ya, kawan saya panggil." "um geurae." setelah yejin pergi, sekali lagi haena memukul meja bulat yang tak bersalah itu. aku yang terkejut, mengurut dada.

"kenapa pulak nih?" tanya aku sambil menghabiskan banana uyu. "aku baru ingat! bae yejin tu memang rapat dengan nct dream sebab diaorang satu syarikat."

"oh yeke?" haena mengangguk. "yejin tu member smrookies yang terbaru. jadi dia mestilah selalu jumpa nct dream." sambung soeun.

"ooo. oーokayy." "sah! dia suspek pertama kita. aku syak dia ni crush jaemin." kata haena tetiba. aku mengerutkan kening. "em aku rasa tak. muka dan personality dia baik sangat untuk jadi perempuan yang jahat, perampas gitu.." k aku merepek lagi.

°˖✧◝ tbc◜✧˖°

straight. nct dreamWhere stories live. Discover now