Shopping

133 5 0
                                    

Marley memerhati lama Eva yang sedang kusyuk menghias pelamin. Dia seakan akan terpana melihat kegigihan Eva dalam melakukan tugasan. Baginya, Eva seorang gadis workaholic yang sering mementingkan kerja daripada hidupnya. Sepanjang dia bersama dengan wanita tersebut, hari - harinya senantiasa terasa sempurna.

Memikirkan yang dia hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum tamat kontrak, hidupnya pasti kosong. Jadi, inilah masa yang ada untuk dia meluangkan masa untuk seseorang yang berjaya membuka hati.

~Jangan ingat lelaki sepertinya tiada perasaan terhadap perempuaan!

Marley menghampiri Eva lalu merampas pistol perekat panas yang berada di tangannya.

"Awak ni nak kerja cepat siap atau nak main - main dengan saya?" Eva mencekak pinggang rampingnya dan memandang sinis ke arah Marley.

Begitu juga dengan Marley yang tidak mahu kalah, dengan lagak divanya dia berkata, "Hidup awak ni asyik kerja, kerja, kerja! Boleh patah tulang saya tengok awak memanjat sana sini. Awak tak bosan ke?" Marley mengangkat kening sambil menunjuk - nunjuk tangannya yang konon sudah patah riuk akibat bekerja.

"Memanglah. Saya kan wanita besi. Lain lah awak tu, sotong! Patutlah buat kerja sikit pun dah mengadu penat."Hati Eva mula panas dek sindiran yang dikenakan padanya.

"Hey, seriously! Berani awak kata saya sotong! Saya ni kuat tau. Kalau nak angkat awak yang mulut longkang ni, sebelah tangan pun saya boleh. Eeee... benci!" Marley mula memberontak dan menghentak kakinya ke tanah.

"Sudahlah, penat 'mulut longkang' saya ni bercakap dengan awak. Awak nak apa sebenarnya?! Jangan kacau saya boleh tak?" Eva ingin merampas kembali pistol perekat panas yang ada pada Marley. Namun Marley dengan pantas mengacukan pistol itu ke udara.
Eva yang lebih rendah jika nak dibandingkan dengan ketinggian Marley yang melebihi paras bahunya itu hanya mendengus kasar.

"Baiklah. Saya akan bagi pada awak... tetapi dengan satu syarat!"

"What?" Eva memandang bosan.

"Let's shopping!" Marley membuka langkah meninggalkan Eva di belakang dengan 'cat walk'nya.

"Hah?!"

.
.
.

"Kita nak buat apa ni? Saya tiada moodlah. Saya nak balik. Kerja dekat kedai pun banyak lagi yang saya perlu buat." Eva membebel di sepanjang perjalanan hinggalah sampai di depan sebuah pusat membeli belah terkenal, Pavillion Kuala Lumpur

"Hey, dear. Chillah. Saya nak bawak awak shopping ni untuk hilangkan stres. Ouh please! Perempuan mana je yang sanggup tolak tawaran untuk bershopping?" Marley mengangkat kedua belah tangannya ke bahu.

"Ada, saya lah perempuan tu. Oh, come on lah! Saya ada banyak lagi kerja okay. Dan kalau awak tak nak hantar saya, biar saya balik sendiri naik teksi." Eva mula mencari telefon di dalam beg tangannya untuk membuat panggilan teksi.

"Okaylah okay.. I' am sorry. But please. Teman saya shopping harini? Kalini je okay. Lepas ni saya tak kacau awak lagi" Marley memujuk Eva dengan membuat muka comel.

Eva membuat muka jijik. "Yelah.. Hari ni je okay?" Eva menunjukkan jari telunjuknya tepat ke wajah Marley.

"Thanks baby!" Marley memeluk bahu Eva dan melangkah masuk ke dalam dengan wajah gembira

"Eee.. Harap je lelaki. Tapi nafsu shopping mengalahkan perempuan!" Eva mengomel sendirian.

.
.
Setelah berjam - jam berjalan, satu barang pun tidak menjadi pilihan hati Eva manakala sudah penuh beg- beg membeli belah dari pelbagai jenama di kedua belah tangan Marley. Orang di sekeliling yang melihat pasti tersalah anggap bahawa Marley seorang lelaki sejati yang sanggup membawa barang - barang membeli belah teman wanitanya.

~Yang lelaki, shopaholic.. yang perempuan pula workaholic. Dunia dah terbalik agaknya!

"Marley, saya tak naklah!"

Sudah puas Marley memujuk Eva supaya masuk ke sebuah kedai barang kemas terkenal, Tiffany and Co. namun Eva masih berkeras dengan pendiriannya.

"Alah. Jomlah. Kali ini je please. Lepas ni saya tak jumpa awak dah. Tamat je kontrak kita, saya janji saya tak ganggu lagi hidup awak. Itupun kalau awak nak lah" Marley mula memuncung. Kedua belah jari telunjuknya dipertemukan satu sama lain gaya kanak - kanak memujuk.

"Awak ni tak habis - habis nak menyusahkan hidup saya. Lepas awak beli benda ni, janji dengan saya yang kita terus balik."

"Hah, okay. Jom!" Marley menarik lengan Eva.

Mereka duduk di salah sebuah kerusi sambil dilayan oleh seorang pekerja.

"Yes, sir. May I help you?" Pekerja wanita itu tersenyum simpul. Mungkin cair dengan wajah kacak Marley sebelum dia mendapat tahu siapa Marley sebenarnya!

"Err, saya nak tanya pendapat awak ni. Saya nak beli rantai untuk adik perempuan saya. Awak rasa yang mana sesuai?" Mata Marley mula bersinar - sinar. Dia bertanyakan pendapat kepada Eva yang berwajah cemberut.

"Dahlah paksa aku ikut, pastu nak tanya macam - macam! Kalau nak beli untuk adik dia, baik tanya dia sendiri. Lain lah kalau nak beli dekat aku!"

"Awak ambil jelah mana - mana"

"Aikk.. kalau macam tu, baik saya tak payah bawak awak. Ish, cepatlah mana yang cantik ni. Elok - elok lah!"

"Ish.. Tu, yang tu okay." Eva menjuihkan mulut ke arah seutas rantai yang mempunyai sebiji berlian berwarna turquoise di tengah. Warna kegemaran Eva yang pasti! Sudah lama hati dia berkenan pada seutas rantai tersebut. Namun hanya mampu memerhati. Nak tunggu orang beli, sampai mati pun tidak dapat

Marley meminta pekerja tersebut mengambil rantai yang dicadang Eva.

"Cantik! Saya ambil yang inilah."

"Alright, sir. Oh ya, here are some discounts of Valentine Day for each pair of couple bracelets . I think your girlfriend will like it" Pekerja itu memberi cadangan yang tidak begitu mengujakan kepada Eva

"I'm sorry. I'm not his girlfriend.." Eva tersenyum pahit

"Saya tunggu awak dekat tempat parking" Eva bisik kepada Marley dengan bernada tegas.

Setelah melakukan pembayaran, Marley melangkah laju ke tempat parkir kereta. Kelihatan Eva sedang menyandar di sebuah tiang berdekatan keretanya.

"Sorry lambat. Awak nak makan?"

"Nevermind. Saya tak lapar. Boleh hantar saya balik?" Eva masuk ke dalam perut kereta.

"Okay.. thanks for today, Eva. Sorry saya ambil masa awak hari ini"

Eva hanya diam di sebelah. Mungkin ini kali terakhir Marley mengajaknya bershopping. Kalau dia tahu yang Eva akan jadi seperti ini, awal - awal lagi dia tidak akan memaksa Eva untuk menemaninya.

S.O.F.TWhere stories live. Discover now