Jatuh

140 5 0
                                    

Eva yang berada di dalam stor tempat menyimpan barang di kedainya, cuba mencapai sesuatu di tempat tinggi. Dia memanjat tangga untuk mencapai sebuah kotak yang berisi perkakas hiasan. Namun, ketinggiannya yang tidak mencukupi tidak mampu untuk mencapai barang dia atas almari tersebut.

Akhirnya, dia berjaya mencapai kotak yang diinginya, namun secara tiba - tiba Eva tersilap langkah lalu dia terjatuh dari tangga bersama dengan segala kotak di atas almari tersebut.

"Arghhh!!"

Dia berasa takut sekiranya terdapat sebarang tulang yang patah setelah terjatuh di tempat tinggi ataupun terpaksa dikejarkan ke hospital. Namun dia berasa pelik kerana terasa bagaikan dia jatuh di atas sesuatu yang lembut.

"Awww, baby! Sakitlahhh!!" Marley yang ditimpa oleh Eva menjerit kesakitan.

"Oh my god, Marley! Sorry saya tak sengaja. Saya tahu saya berat. Awak tak apa - apa ke?" Eva mula menggelabah. Dia cuba mengangkat Marley bangun namun terlalu berat.

Akhirnya Marley berjaya bangun sendiri dan menolak bantuan Eva. "Hey, awak ni. Kalau dah tahu diri tu cukup pendek, tak payah lah gedik nak panjat! Awak tengok apa dah jadi dengan rambut saya ni?! Arghh"
Suara jantan Marley mula keluar. Pantang sungguh jika rambutnya rosak. Dia seorang yang sangat mementingkan penampilan. Walaupun dia nampak seperti seorang gentleman dan hensem, namun siapa tahu di sebalik kekacakan dia terselit sedikit ke'lembut'an?

"Lahh. Mana saya tahu awak ada kat bawah. Saya nak mintak tolong siapa. Dahlia cuti sakit hari ni. Awak ni pun bagi lah salam dulu lainkali. Ni tak.. Boleh pulak salahkan saya" Eva memeluk tubuhnya

"Hello, excuse me lady. Saya dah bagi salam banyak kali dah. Awak tu yang pekak. Hey! Tak korek telinga berapa hari dah hah?!"

"Ish pondan ni, dasar mulut laser! Ada jugak yang makan cili mentah - mentah ni hah!"

"Sudahlah! Daripada bertekak dekat sini, baik awak tolong saya kutip kotak - kotak yang berterabur ni!" Terbongkok - bongkok Eva mengutip kotak di atas lantai.

Sedang Marley membantunya mengangkat kotak, tiba - tiba matanya memandang sebuah kotak yang berteraburan isinya. Kotak itu berjaya menarik perhatian Marley yang ingin mengambil tahu tentang apa kah kotak itu.

Marley mengutip segala barang yang terjatuh dari kotak itu. Semuanya hanyalah beberapa keping gambar Eva bersama seorang lelaki dan juga beberapa hadiah yang sudah berhabuk.
Marley bagaikan terasa ada sesuatu yang disembunyikan oleh Eva daripadanya. Lantas dia mengambil sekeping gambar dan merasakan yang dia seakan kenal dengan seorang lelaki di dalam gambar tersebut. Dia menyimpan gambar tersebut di dalam poket. Dia harus mencari sesuatu!

"Awak buat apa tu!" Eva terkejut melihat Marley yang melihat segala barang peribadinya.

~Oh, cukuplah! Tiada siapa akan tahu lagi kisah aku dengan dia~

Eva merampas segala gambar yang berada di tangan Marley lalu membuang kotak itu ke dalan tong sampah. "Sudah, cukuplah! Jangan berani nak sentuh barang peribadi saya walaupun awak tak sengaja. Keluar!"

Eva menghalau Marley keluar dari kedainya.

"I'm sorry.. "

Eva melihat ke arah tong sampah itu. Entah macam mana 'sampah'
Itu masih wujud lagi. Mungkin akibat sayang mahu buang, dia simpan memori itu di stor kedainya. Tapi sekarang ni sudah tiada makna lagi.


S.O.F.TWhere stories live. Discover now