Hari pertama

210 6 1
                                    

"Dahlia, mulai hari ini saya jarang berada di kedai lagi sebab ada kerja lain yang saya perlu lakukan. Jadi, saya harapkan awak supaya jaga kedai ini baik - baik. Kalau ada apa - apa masalah, jangan lupa call ye. Pasal gaji jangan risau, nanti saya naikkan gaji awak" Eva tersenyum memandang Dahlia. Senang dia melihat pekerjanya yang seorang ni. Rajin, cekap, bijak.  Macam dirinya. Ehem..

"No worries, datin!" Dahlia tabik hormat di hadapan bosnya. Eva tersenyum senang.

"Ehem. Shall we start now?" Marley yang sedang berdiri tak cukup tulang menuding jari ke arah Eva persis diva.

"Ouh, good morning Encik Marley. So, boleh saya tahu lokasinya di mana?" Eva cuba untuk tersenyum walaupun dirinya meloya melihat tingkah laku Marley persis sotong sedang digeletek.

"Tak payah. Just follow me." Marley melangkah diva menuju ke pintu keluar. Dan ini bermakna mulai hari ini Eva harus mengikutinya kemana sahaja dalam satu kereta.

"Oh no!"

.
.

Mereka hanya diam di sepanjang perjalanan. Sehinggalah destinasi yang dituju akhirnya tiba.

A Park, Puchong

Tempat ini menyimpan 1001 kenangan. Kenangan dia bersama bekas kekasih. Di sinilah tempat dia bakal disatukan dan di sinilah tempat dia idamkan. Kini semuanya tinggal kenangan. Tidak sangka dia bakal datang ke sini lagi bagi menyiapkan pelamin majlis pernikahan orang lain sedangkan pelamin dia pun telah musnah!

Eva melangkah perlahan keluar dari kereta milik Marley.

"Hello, sis. Are you okay?"Marley menegur perubahan Eva.

"Yaa.. So, boleh kita start?" Eva pandai menyembunyikan perasaannya dari pengetahuan orang. Dia cuba untuk tersenyum walau hatinya sedang sakit.

"Okay,good! Sekarang ni saya akan beritahu awak serba sedikit tentang wedding ini." Marley memberikan beberapa helaian tentang plan wedding di sini.

Eva cuba meneliti sedikit demi sedikit perkara tentang clientnya. Walaupun planner sudah diberi tetapi mulut Marley masih tidak henti - henti bercerita perkara yang lebih kurang sama dengan apa yang ada di dalam plannernya

"So, macam yang kita tahu, client kita ni merupakan selebriti terkenal iaitu Azalea dan Azlee!!" Marley menepuk tangan persis anjing laut yang sedang melakukan persembahan.

Marley membawanya melawat ke setiap sudut taman ini.

"So, everything will perfectly done! Dan macam yang awak baca, the wedding theme is garden fairytale wedding. Very fantasy and sweet! Dan yang paling penting sekali the theme colour is white and purple. So, that's why i ordered 200 of purple and white carnation flowers, tapi malangnya tak cukup!" Marley melakukan gaya 'fliphair' walaupun tiada rambut. Dia mara ke hadapan meninggalkan Eva di belakang.

"And kalau awak nampak ada tasik di situ, kita akan tabur belon berwarna putih dan purple cukup sekadar memenuhi sekitar tepi tasik. And then the sweet couple akan ambil gambar di atas sampan, and that will be the perfect wedding picture of the year!" Marley tersenyum sinis.

Sungguh Eva tidak tahu yang Marley seorang perfectionist. Baginya, dia rasa yang pondan ini sweet dan memahami sangat taste perempuan. Comel!

Eva ketawa kecil melihat Marley. "So, nanti kita akan pasang beberapa buah kanopi di depan rumah tu supaya tetamu yang datang rasa selesa. Jadi, kita tak perlu risau kalau hari itu hujan lah"Marley tersenyum manis.

"Untuk nampak yang wedding kita ni lain daripada yang lain, kita akan letakkan meja panjang mengelilingi taman ini dan bukannya meja bulat yang biasa kita tengok di luar."

"Tapi, awak tak rasa ke meja memanjang macam ni makan ruang?" Eva mula bertanya.

"Ouh how cute are you.. Don't worry, my dear. Tempat ini muat untuk 400 tetamu. And the last one, awak nampak gazebo ni? So, disini kita akan siapkan pelamin pengantin" Marley tersenyum gembira.

Manakala Eva hanya mampu menyembunyikan rasa sedihnya. Tempat inilah sepatutnya dia bersanding bersama pujaan hati. Malangnya, pelamin angannya musnah begitu sahaja.

"Awak pernah ada apa - apa pengalaman?"

"Oh itu awak jangan risau. Saya seorang yang professional dalam menggubah bunga, hiasan untuk barang hantaran dan saya pernah menguruskan pelamin kakak dan abang saya suatu masa dahulu. Jadi, awak boleh percaya pada saya. Dan insyaallah saya akan bantu apa yang patut." Eva cuba membuat Marley memberi sepenuh kepercayaan yang dia yakin bahawa dia boleh lakukan yang terbaik.

Marley hanya tersenyum manis.
.
.
.
12:00 a.m.

Kereta Marley berhenti di hadapan sebuah condominium milik Alin dan Eva. Akhirnya, hari pertamanya sudah berlalu. Banyak yang dia pelajari dalam sehari. Hari yang penat tetapi menyeronokkan.

"So, thanks for today. Saya tak sangka awak hebat dalam menggubah bunga. Hasil awak cantik dan saya suka dengan kerja awak" Marley mengucapkan terima kasih sebelum Eva keluar dari perut kereta.

"Alhamdulillah. Saya pun seronok bekerja dengan awak harini. Dan saya harap kita senang berurusan lagi untuk hari seterusnya." Eva membalas ucapan Marley.

"So, my dear. Esok jangan lupa tepat jam 8, awak dah ada depan kedai awak. Nanti saya ambil awak. Remember, don' t be late!"

"Ouh, okay.. Tapi tidak mengapa. Saya rasa saya dah tahu mana tempatnya jadi besok, biar saya drive sendiri lah"Eva mula membuka tali pinggang keledar.

"No way! Awak kerja dengan saya, jadi awak perlu ikut kata saya. No excuse!" Marley menggerakkan jarinya kekiri dan ke kanan. Naik tergeliat Eva melihat jarinya.

"Okay, anyway thanks for today. So... see you tomorrow!" Eva melambai ke arah kereta Jaguar F-Pace berwarna merah sehingga hilang dari pandangan.

S.O.F.TWhere stories live. Discover now