4 minggu telah berlalu , Afiq dan Naura semakin rapat hubungannya .
27 Ogos 2018
, Tarikh yang telah dipilih oleh kedua belah pasangan yang bakal di satukan nanti . Esok merupakan hari perkahwinan mereka . Naura berasa berdebar sekali . Malam itu keluarganya membuat persiapan untuk esok hari . Mereka tidur di hotel Lost World of Tambun , Perak . Keluarga Afiq yang bercadang untuk membuat majlis di situ , katanya nampak indah .Sementara itu , Naura sempat turun dari bilik hotelnya ke kolam yang di sediakan di situ . Katanya mahu mengambil angin . Dia mengambil tempat duduknya di bawah pokok kelapa . Suasana sungguh dingin . Kebetulan , Afiq baru sahaja pulang dari kedai . Dia membeli beberapa kuih - muih yang di suruh oleh mummy nya itu .
"orang tua kata , bakal pengantin tak elok keluar malam - malam ni . takut aura untuk bakal suaminya hilang ." kata Afiq yang mula mengambil tempat duduknya disebelah Naura .
"iyeke ??? kalau camtu Naura masuk bilik dulu la boss bye . " kata Naura yang mula berdiri apabila Afiq berkata begitu . Afiq pun turut berdiri dan menarik lengan Naura supaya mereka jalan bersama-sama . Naura membiarkan sahaja perbuatan lelaki itu .
Ketika di dalam lif , suasana menjadi sunyi sehingga Afiq menghantar Naura di depan biliknya . Bilik mereka hanya bersebelahan sahaja , manakala bilik ibu bapa mereka berada di bahagian hadapan bilik mereka .
"thanks , boss " kata Naura yang mula mencari pasal dengan bakal suaminya itu .Afiq dengan pantasnya mencubit lengan bahu gadis itu perlahan . Gadis itu mula mengosok-gosok lengannya itu sambil mengekek ketawa .
"ha panggil lagi boss , dah g masuk dalam . kang tarik masuk dalam bilik sebelah kang baru tau , nak ?! "giliran Afiq pula mengacau bakal isterinya itu . Cepat - cepat Naura menggelengkan kepalanya .
"Get some rest , Naura . Goodnight " kata Afiq kepada Naura yang sedang mengakses pintu biliknya sebelum masuk .
" you too bye !" kata Naura .
27 Ogos 2018
Hari yang paling berdebar bagi Afiq Adrian . Dia masih berada dalam biliknya bersama kawan karibnya , Zakwan Haris .
"are you , are you , ready , Fiq . Relaxs aaa , ni sampai nak buat sit up bagai ni , takut sangat ke ? " tanya Zakwan kepelikan apabila melihat kawan baiknya , Afiq yang sedang membuat sit up .
"yes I'm ready . tapi aku takut sikit jeee" kata Afiq yang sedang mengah .
"lagi 25 minit je bro , kau bakal jadi suami orang .congratss !!! " kata Zakwan sambil berpelukan dengan Afiq tanda bangga dengan kawannya yang akhirnya berkahwin juga . Afiq sekadar senyum dan pergi mandi dan bersiap - siap .
Di surau
Kelihatan dua belah pasangan sedang bersiap sedia . Afiq sudah mengambil tempatnya di depan tok kadi . Hampir tercabut lututnya kerana gementar .
Masanya telah tiba iaitu akad nikah . Semua orang sudah tertunduk kerana takut tidak melepasinya . Akad nikah dimulakan.
"Aku terima nikahnya , Auni Naura Binti Kamaruddin dengan mas kawin 100,000 ringgit tunai .... " kata Afiq sepantasnya .
"Sah! Alhamdulillah "
Naura yang berada di belakangnya hanya mengukirkan senyuman . Selepas itu mereka berdoa dan menadah tangan . Afiq dan Naura kita telah menjadi pasangan suami isteri yang sah . Mereka duduk bertentangan untuk menyarung cincin dan bersalaman .
"thank you " kata Afiq yang berbisik kepada Naura ketika dia mencium dahi isterinya itu . Naura hanya tersenyum kepada suaminya itu .
**************************
"afiq g bawak naura masuk bilik mummy tengok macam penat je dia tu "
Tanpa membuang masa Afiq mendapatkan isterinya yang sedang berbual - bual dengan kawan - kawannya . Afiq yang mula merangkul pinggang Naura tanpa segan silu di depan kawan isterinya itu .
"jomm !"
"nak g mana nyaaa "
Naura mengikut saja langkah pergerakan suaminya itu . Dia sudah yakin yang suaminya ingin membawanya ke tidur mereka . Afiq hanya menarik tangan isterinya tanpa sebarang kata - kata .
Sampai sahaja di bilik , Naura duduk di atas katil terasa penat rasanya , manakala Afiq duduk di depannya . Perlahan- lahan Afiq menarik tangan Naura , Naura hanya memandang Afiq menahan malu .
"thanks for everything , Naura . Aku janji aku akan cuba sayang kau macam mana kau sayang aku , bagi aku masa k "
"okay , tapi kan malam ni dah takde pape program kan . yela kita dah satukan sekali kan "
"yeee malam ni free , so boleh la kita....."
"eh jap , takdi ibu ada call la ."
Sebenarnya Naura menahan malu dengan kata-kata Afiq . Sebenarnya dia memang sudah bersedia lagipun dia sudah menjadi isteri sah buat bossnya , Afiq Adrian . Tapi tah apa kena dengan dia terasa malu bila Afiq berkata begitu .
Afiq hanya ketawa melihat Naura yang mula keluar dari bilik . Kemudia dia merebahkan badannya ke atas katil tanpa dia sedar sudah di alam mimpi rupanya .
Naura masuk ke dalam biliknya , dengan keadaan yang cukup perlahan pergerakannya kerana takut kalau Afiq sedar dari tidurnya . Masaklaaaa dia ! kata Naura dalam hati .
Naura sudah membuka tudungnya dan mengapai tuala , tiba - tiba Afiq terjaga dari tidurnya . Cuak rasanya Naura ketika itu .
"oh reti pon masuk bilik , ingat tak reti dah"
Naura duduk di sebelah suaminya dan membatalkan hasratnya untuk mandi .
"hehe sorry la takdi Naura tolong ibu , Afiq dah mandi "
"blom , ni aku tunggu kau lani , jom mandi sama "
"eh tanak ! "
Afiq yang mula bangun dari katilnya menuju ke bilik air dan mengambil tuala yang di pegang oleh Naura . Ketawa kecil Afiq melihat gelagat isterinya apabila di ajak mandi bersama .
**********************
Petang itu , mereka pulang ke rumah mummy Afiq .
"haa pengantin baru reti pon turun , ingat dah tak reti dah , ha meh makan ."Afiq dan Naura saling berpegang tangan menuruni anak tangga menuju ke meja makan untuk makan bersama . Afiq dan Naura duduk bersebelahan dan berdepan dengan abang dan adik Afiq .
"penat sikit takdi mummy , tu yang Afiq ngan Naura tertidur takdi , pastu si Naura ni sakit belakang pulak soo Afiq tolong picitkan la , sekarang sakit lagi , sayang ?"
"em... tak dah ."
Afiq yang sedang memulakan perlakonan kepada mummy nya itu . Naura sudah terpinga - pinga apabila terkait sekali dalam perbohongan Afiq itu . Dan dia berasa kepelikan apabila Afiq memanggilnya "sayang " sejak bila ? . Naura membiarkan aja apabila Afiq menyuapkan nasi ke mulutnya apabila mummy nya bertanya takdi .
"Fiq dah pikir ke nak g honeymoon dekat mana ? "
"tak tau lagi la daddy . lagipun kerja berlambak kat offis tu ."
Maklumlah sudah seminggu sudah tak masuk kerja . Mahu roboh meja agaknya sebab penuh kerja atas meja tu heh ! rengek Afiq dalam hatinya .
"Kak Naura cadang nak g honeymoon kat mana ?"
"Kakak tak kesah , ikut je hm "
Tanya Sofea kepada kakak iparnya . Naura hanya tersenyum apabila di tanya .
"Mi , Fiq rasa esok Fiq nak bawak Naura duduk rumah Afiq boleh , nak privacy sikit la "
"oklah tu lagi cepat pindah lagi bagus , cepat dapat kita timang cucu kan bang!"
"ohokk , hmm "
Tersedak Afiq dan Naura apabila kaitan "cucu" di sebut . Abang dan adik Afiq hanya ketawa apabila melihat pasangan suami isteri pandang antara satu sama lain apabila mummy nya berkata begitu .
YOU ARE READING
Maybe you...
RomanceAuni Naura seorang wanita yang amat menyukai dan mencintai Afiq Adrian a k a boss dia! Namun, hati lelaki itu sudah dimiliki oleh kekasihnya, Izzaty Natasya. Hinggalah suatu hari........