MAKHLUK-MAKHLUK HALUS DI EROPAH-2

315 18 0
                                    


FRANKENSTEIN

Frankenstein ialah watak yang dihasilkan oleh Marry Shelly dalam fiksyen sains beliau yang berjudul 'Frankenstein'. Karya ini mengisahkan makhluk yang dicipta oleh Dr. Frankenstein daripada cebisan mayat dan dihidupkan dengan tenaga kilat. Walaupun baik hati, makhluk ini dibenci dan tersisih kerana berwajah hodoh. Makhluk ini kian berdendam lalu membunuh ahli keluarga Dr. Frankenstein. Dr. Frankenstein amat marah dan memutuskan untuk menghapuskan makhluk itu. Akhirnya, mereka mati bersama-sama.
Dalam karya asal, makhluk ini tiada nama. Sesetengah pembaca terus menggelarnya sebagai 'Frankenstein'. Lama-kelamaan, gelaran itu pun menjadi suatu kebiasaan.

BANSHEE

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BANSHEE

Banshee ialah bunian dalam mitologi Ireland. Banshee dapat menjelma kepada pelbagai bentuk seperti budak perempuan, jelitawan ataupun binatang. Namun pada kebanyakkan masa, Banshee merupakan ahli sihir yang hodoh. Kononnya, Banshee hanya muncul dalam keluarga yang terpilih. Sebagai ramalan, dia akan menangis jika seseorang dalam keluarga itu bakal bertemu ajal. Sesetengah orang berpendapat bahawa Banshee menangis kerana berasa sedih.

 Sesetengah orang berpendapat bahawa Banshee menangis kerana berasa sedih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LEPRECHAUN

Leprechaun ialah bunian dalam mitologi Ireland yang berpakain hijau dan bertopi hijau. Leprechaun mempunyai ketinggian 60 cm sahaja tetapi berwajah seperti orang tua. Bunian ini suka menanam emas yang dikumpulnya di hujung pelangi. Kononnya, sesiapa yang berjaya menangkap Leprechaun dapat memiliki kesemua emasnya. Namun adakah Leprechaun memang wujud? Ataupun sesiapa yang berjaya menemuinya telah ditimpa malang? Semua ini masih belum dapat diungkai lagi.

 Namun adakah Leprechaun memang wujud? Ataupun sesiapa yang berjaya menemuinya telah ditimpa malang? Semua ini masih belum dapat diungkai lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
F̳A̳K̳T̳A̳ S̳E̳R̳A̳M̳ D̳I̳ S̳E̳L̳U̳R̳U̳H̳ D̳U̳N̳I̳A̳Where stories live. Discover now