" Baikla " kata Hakim lantas itu terus memasuki bilik tersebut.

Dia melihat isterinya di atas katil hospital sedang menahan sakit. Dia terus ke arah isterinya itu.

" Saya please bertahan untuk anak-anak kita " kata Hakim mengengam tangan Amilyn.

Amilyn menangis " Ab---ang maafkan saya kalau ada salah dengan abang " ucap Amilyn.

Dia sudah tidak tahan . Apabila doktor memaklumkan bukaan Amilyn sudah 10cm. Doktor tersebut menyuruh Amilyn menarik nafas.

" Ok puan tarik nafas ye. Bila saya suruh teran, puan teran ye. Ok teran puan... Teran.. ........" kedengaran bunyi tangisan bayi pertama kedengaran di dalam bilik hospital itu.

Hakim menghelakan nafas syukur. Anak pertama mereka lelaki.

Selang beberapa minit, Perut Amilyn kembali  sakit.

" Ab---ang sa---kit " kata Amilyn.

" ye sayang..ye sayang abang faham " kata Hakim mencium dahi isterinya itu.

" Okey puan tarik nafas, bayi
kedua puan sudah bersedia untuk keluar bila saya cakap teran, puan teran. Okey teran puan... Teran...... "

Dan bunyi tangisan bayi perempuan kendengaran.

Amilyn tersenyum mendengar tangisan itu dan meminta untuk mencium dahi anak-anaknya itu. Selepas itu tiba-tiba mata Amilyn makin memberat dan Amilyn tidak menyedarkan diri.

Tatkala melihat itu senyuman Hakim terus memudar.

" Sayang kenapa ni sayang. Please bangun sayang. Ya Allah kau selamat kanla isteriku ini " kata Hakim dan tumpahnya air mata jantannya itu.

" Encik.. Encik di minta tunggu di luar sebentar kami ingin membuat pemeriksaan terhadap isteri encik. " kata doktor itu dan Hakim terpaksa beralah dan kaluar dari bilik itu.

Keluarnya dia dari bilik itu, dia menangis-nangis walid iaitu bapa kepada Amilyn Terus ke arah Hakim dan memujuk menantunya itu.

" Wa---lid Amilyn pengsan Walid.. Hakim risau walid " kata Hakim menangis

" Sabar Hakim InsyaAllah tiada apa yang berlaku " kata Walid

" Walid kita doakan Amilyn sihat ye " kata Umi sekali lagi.

Papa dan Mama Hakim juga sedih kerana menantunya itu tiba-tiba pengsan.

Tiba-tiba seorang doktor berkod putih keluar dari bilik tersebut.

" Boleh saya berjumpa dengan suami kepada Puteri Amilyn  " kata Doktor itu.

" Ye saya doktor,  macam mana keadaan isteri saya  ? " tanya Hakim.

" Kami harap encik dan keluarga encik bersabar mendengar khabar berita ini. Maafkan kami encik, kami tidak dapat menyelamatkan isteri encik . Kami sudah mencuba sedaya upaya tetapi Allah lebih sayangkan isteri encik. Saya berharap encik bersabar dengan dugaan ini " kata doktor itu dan menepuk nepuk bahu milik Hakim itu.

Hakim terus jatuh terduduk sambil menangis. " isteri Ab---ang. Kenapa buat abang dan anak-anak macam ni " menangis Hakim.

Mama, umi, walid dan papa turut menangis.

Papa cuba memujuk Hakim " Hakim janganla macam ni kami juga turut bersedih jom kita lawat arwah buat kali terakhir " kata papa.

" Hakim janganla macam ni, aku abang Amilyn lagi bersedih sebab satu-satunya adik aku telah tinggalkan kami selamanya " kata abang kepada Amilyn.

Hakim bangun dan terus menuju ke dalam bilik yang menempatkan arwah isterinya itu.

Dia menatap wajah isterinya , wajah yang bakal dia rindu, wajah yang bakal dia rindu tempat bermanja kasih, berlawak dan membuli.

" Sayang abang redho dengan semua ini. Abang tahu Allah itu maha adil, dia gantikan pemergian sayang dengan anak-anak kita. Abang janji sayang,  abang akan jaga anak-anak kita dengan sebaiknya. Tenangla sayang di sana. Abang doakan sayang baik-baik di sana dan tunggula abang bersama anak-anak kita sayang. InsyaAllah kita akan berjumpa juga " kata Hakim lantas mencium dahi jasad isterinya itu.

Ya Allah sesungguhnya wanita yang meninggal selepas melahirkan anak itu adalah wanita yang meninggal dalam keadaan syahid.


Selepas beberapa minggu pemergian isteri tercintanya itu.

" Hakim pergila melawat anak-anak kamu di bilik itu, samapi bila kamu nak macam ni sayang. Orang yang sudah pergi itu tidak kembali sayang. Hakim kena redha setiap ketentuan yang Allah bagi itu " kata Mama

" Mama Hakim tak kuat Ma, Hakim rindu dia Ma, dia selalu ada dengan Hakim kalau Hak sedih tapi sekarang dah berbeza Ma, Hakim rasa sangat kosong " kata Hakim

" Hakim banyakkan bersabar. InsyaAllah Allah itu maha mendengar dan dia akan gantikan kesedihan Hakim itu dengan kegembiraan nanti. Bersabar ye. Selalu doakan arwah isteri Hakim baik-baik je di sana " kata mama.

" Hakim kena kuat untuk anak-anak juga " kata Mama lagi.

" InsyaAllah ma,  "

Sejak dari itu Hakim sudah menjadi lebih kuat dan boleh menjaga anak-anaknya itu .


End Flashback

Alhamdulillah sudah 5 tahun berlaku dan Anak-anakya itu sudah berusia 4 tahun. Kadang-kadang dia berasa kasihan dengan anak-anaknya itu kerana tiada bersama mama mereka. Tapi dia kuat dan tidak mahu lemah. Dia la mama dia la papa.

Papa Harap anak-anak papa takkan pernah lupakan mama. Mama tu cinta papa selamanya. Papa sayang anak-anak papa. Semoga membesar dengan baik dan menjadi Anak yang soleh dan Solehah.

Adam luthfi
Adlina luthfiya

Cantik sangat nama anak-anaknya bersama Puteri Amilyn. Nama itu juga yang sudah dipilih oleh arwah isterinya.

" Hurm sayang sekiranya sayang ada lagi mesti sayang gembira. Abang doakan sayang bahagia di sana. Maafkan abang jika abang bukan suami yang sempurna .

Adam luthfi
Adlina luthfiya

" Hurm sayang sekiranya sayang ada lagi mesti sayang gembira. Abang doakan sayang bahagia di sana. Maafkan abang jika abang bukan suami yang sempurna tetapi abang cuba menjadi yang terbaik.  Tenangla sayang di sana dan damaila sayang di sana. Abang sayangkan Puteri Amilyn. "

" Puteri Amilyn hanya milik abang seorang sahaja " kata Hakim

" I love u Sayang "


Sesungguhnya pengorbanan seorang Puteri Amilyn sangat besar terhadap suami dan anak-anaknya. Semoga Hakim dan anak-anaknya terus tabah dalam segala dugaan yang telah Allah turunkan.



TAMAT !




Terima kasih kerana sudi membaca cerita saya ini. semoga korang suka dan thanks again. Idk bcs why time tulis chapter ini saya menangis hahahah but its ok. Saya pon cuba redha dengan apa yang saya tulis. Actually cerita ini ada mengisahkan seseorang tapi org itu dirahsiakan. Thanks kepada yang membaca.

Kau Milikku [✔️]Where stories live. Discover now