🌼Epiloge 🌼

2.9K 92 5
                                    


Epiloge ( Kau Milikku )

Seusai membacakan yasin dia menyiram kubur itu dengan air mawar ,dia hanya mampu menatap sahaja kubur itu. Dia merindukan senyuman, celoteh dan manjanya. 5 tahun berlalu membuatkan Hakim kental untuk membesarkan ank anak mereka bersama. Dia perlu buktikan bahawa dia seorang bapa yang kuat untuk anak anaknya.

" Sayang tenangla di sana, abang doakan kita bakal berjumpa suatu hari nanti. Puteri Amilyn hanya milik Tengku Hakim sahaja. " seusai berkata itu dia mencium batu nisan milik kubur arwah isterinya dan berlalu pergi.

Flashback

Puteri Amilyn sedang elok menikmati keindahan sekeliling rumahnya itu. Di dalam hatinya dia merasakan bahawa ajalnya sudah semakin tiba. Jadi dia mengambil peluang untuk menatap sepuasnya apa yang bakal dirinduinya nanti termasukla suaminya itu.

Hakim yang melihat isterinya termenung itu terus melangkah ke arah isterinya. Dia memeluk pingang isterinya dari belakang.

" Hurmm sayang.. Termenung kan apa ni  ? " tanya Hakim

Amilyn tersenyum " Saya termenungkan masa depan kita bersama anak-anak " kata Amilyn seraya itu mengambil tangan Hakim untuk mengusap perutnya itu.

Hakim tersenyum sambil tangan kanannya mengusap perut besar milik Amilyn tu " Haish anak-anak papa baik bail sahaja ye dalam ni " pesan Hakim.

" Abang....

" Ye sayang. " sahut Hakim

" Boleh tak abang berjanji sesuatu dengan Amilyn  ? " tanya Amilyn

" InsyaAllah abang boleh " kata Hakim

" Huh. Abang janji dengan sayang, kalau sayang sudah tiada nanti tolong jagakan twins baik-baik untuk sayang. Tolong bagi mereka kenal siapa mama mereka abang. Tolong carikan pengganti lain yang boleh sayang suami dan anak-anak saya nanti bila saya tiada " kata Amilyn sejurus itu terus menangis di dada bidang Hakim

Hakim yang mendengar itu terus berasa tidak sedap hati.

" Sayang kenapa sayang cakap macam ni  ? Please stay strong untuk anak-anak kita sayang. Abang tak boleh kalau sayang tiada bersama " kata Hakim

" Abang, please tolong turuti janji sayang ni. Abang maafkan Amilyn ye. Amilyn banyak salah dengan abang, selalu degil dan tak pernah dengar cakap abang. Amilyn sayang abang sangat-sangat dan Amilyn bakal merindui abang. Please abang kalau Amilyn sudah tiada nanti tolong jagakan anak-anak kita, tolong jaga diri abang dan cari orang yang selayaknya untuk bersama abang " kata Amilyn

" Shushhhh. Amilyn ni banyak merepek sebab faktor pembawakan anak papa ni.  " kata Hakim tersenyum pahit seraya itu mahu menghilangkan rasa kesedihan di hati.

Amilyn tertawa kecil.

Tiba-tiba

" Aba---ng.... Perut Amilyn sa---kit " kata Amilyn tertahan-tahan.

" Ya Allah,  sayang nak beranak dah ke.  Ya Allah jom cepat cepat kita pergi hospital " kata Hakim kelam kabut lantas itu mencapai tudung sarung milik Amilyn dan terus mencepung tubuh Amilyn.

Amilyn hanya mampu mengucap dan berzikir untuk menghilangkan rasa kesakitannya itu.

Setibanya di hospital

Amilyn terus di bawa masuk ke dalam labour room.

" Encik suami kepada Puan Amilyn ke  " tanya jururawat itu.

" Ye saya suami dia " kata Hakim

" Encik diminta masuk ke dalam bilik untuk memberikan semangat kepada isteri encik " kata jururawat itu.

Kau Milikku [✔️]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora