"M-macam mana de-dengan Minhee?" soal Felix, lemah.

"Tak tahu lagi. Kau pun ada dalam bas tu ke?" soal Renjun apabila melihat keadaan Felix sebegitu rupa.

Felix mengangguk perlahan sebelum air matanya mengalir. "Mi-mianhae. Kalau bu-bukan sebab aku yang suruh dia naik b-bas, semua ni takkan terjadi." terang Felix.

"Tak. Ni bukan salah kau. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa semua ni ada kaitan dengan Ahn Yujin." ujar Renjun sambil memandang Jaemin yang dari tadi asyik menunduk.

Beberapa minit kemudian, seorang doktor bersama dua orang nurse keluar daripada wad itu.

"M-macam mana dengan anak saya doktor?" soal eomma Minhee lalu mengalirkan air mata.

"Maafkan saya, anak puan disahkan koma disebabkan oleh kecederaan di bahagian kepalanya yang amat teruk." ucap doktor itu serba salah.

"A-apa? k-koma?!" eomma Minhee hampir sahaja pengsan apabila mendengar kata-kata doktor tersebut.

"Peluang untuk dia sedar cuma dalam 50%. Apapun, jangan berhenti berdoa kepada tuhan. Saya minta diri dulu." ujar doktor itu sebelum berlalu pergi.

"Sabar eomma, sabar." Minho cuba untuk menenangkan eommanya yang semakin lemah.

Tiba-tiba Jaemin bangun dan berlari pergi. "Yyah Jaemin! kau nak pergi mana?" teriak Renjun namun diabaikan oleh Jaemin.

Sebaik sahaja Jaemin menlangkah keluar daripada hospital, dia segera mengeluarkan telefon pintarnya lalu mendail nombor Yujin.

"Yeobeoseyo?" soal Yujin di hujung talian.

"Noona, we need to talk. Jumpa kat Diamond Cafe sekarang jugak." getus Jaemin, kasar.

"Waeyo? Umm arraseo." panggilan terus dimatikan oleh Jaemin lalu dia menahan sebuah teksi untuk ke cafe itu.

15 minit kemudian dia tiba di Diamond Cafe dan menunggu kedatangan Yujin.

Tiba-tiba seseorang menyapa Jaemin. "Eh, Jaemin?" sapa Yuqi. Jaemin menoleh ke arah sumber suara tersebut.

"Oh Yuqi." balas Jaemin. Yuqi duduk di hadapan Jaemin. Jaemin yang terkejut hanya membiarkannya sahaja.

"Yyah Jaemin! aku baru nak jumpa korang. Dengar cerita ada accident besar tengah hari tadi?" soal Yuqi dan Jaemin hanya mengangguk lemah.

"Yyah.. asal muka kau pucat semacam? demam ke? Btw Minhee okay je kan? Aku risau gila! Sebab dia dalam bahaya sekarang ni!" ujar Yuqi lalu mencari sesuatu dalam poket blazernya lalu mengeluarkan telefonnya.

"Maksud kau?" soal Jaemin. Dia tidak hairan lagi sebenarnya pasal tu kerana semuanya dah terlambat.

"Ni.. cuba kau tengok video ni. Tadi aku nak pergi kedai 888 pastu aku ternampak sepupu kau dan dia tengah cakap pasal Minhee, btw aku dah rakam segalanya."

Jaemin terlopong sebaik sahaja melihat video tersebut. Hatinya rasa pedih yang teramat. Dia rasa dikhianati oleh keluarganya sendiri.

"Betulke semua ni? T-tapi ke-kenapa?" desis Jaemin.

"Aku rasa kau kena jaga Minhee elok-elok sebab Yujin tu boleh jalankan rancangan dia bebila masa je." ucap Yuqi yang risau.

straight. nct dreamWhere stories live. Discover now