"Tak mengapalah, saya tak kisah jauh atau dekat. Cepatlah naik" kata Taehyung. Jina terpaksa naik di tempat belakang duduk basikal. Untuk keselamatannya dari jatuh, dia pegang bahu Taehyung.

Minji tengok mereka sebelum masuk ke dalam kereta miliknya. "Tak guna..."

Selepas beberapa minit, Jina dan Taehyung sampai di depan rumahnya. Jina terus turun dari basikal Taehyung. Dia tunduk kepala kepada Taehyung. "Terima kasih sebab hantar saya"

"Kenapa awak tinggal dekat kawasan yang dalam dan jauh dari sekolah? Dan rumah ni susah dicari" tanya Taehyung. Jina cuba mencari jawapan. "Ayah saya salah pilih rumah"

"Ouh ok" kata Taehyung.

Tiba-tiba seorang lelaki keluar dari rumah Jina dengan pakaian yang berkedut dan dia masih sedang membutang bajunya. Jina terkejut dan dia takut Taehyung tanya apa-apa.

Lelaki itu tengok mereka berdua lalu terus pergi. "Taehyung, awak baliklah" kata Jina

"Itu ayah awak ke?" Tanya Taehyung.

"Apa? Ya" kata Jina. "Saya masuk dulu" Jina terus masuk ke dalam rumah lalu tengok maknya sedang merokok. Jina dekat dengan maknya. "Omma dah gila ke? Omma masih ambil pelanggan?" Tanya Jina

"Ouh Jina, pergilah mandi dan buat kerja sekolah. Duduk je kat bilik malam ni sebab malamni ada pelanggan istimewa. Omma tak sabar" kata ommanya.

"Jadi? Omma nak saya gembira? Saya malas nak layan omma" kata Jina lalu masuk ke dalam biliknya.

"Haih aku yang cari duit untuk dia" kata maknya.

❤🔥

Selepas beberapa hari, Taehyung dan Jina mula rapat dan selalu makan bersama-sama ketika waktu rehat. Taehyung juga sekarang hantar Jina balik ke rumah dan Taehyung selalu perasan banyak lelaki keluar masuk dari rumah Jina. Dia mula berasa pelik

Minji yang tidak tahan tengok mereka rapat terus mulakan rancangan dia untuk hancurkan Jina.

Keesokkannya selepas Minji dedahkan identiti Jina di laman sosial dan dimana-mana je, Ramai yang mula berbisik tentang Jina. Minji tersenyum jahat.

Jina yang baru masuk ke dalam kelas tengok semua pelajar lain memandang dia lalu ketawa. Jina berasa hairan. Dia tengok papan hitam tulis 'Kang Jina Anak Pelacur'. Dia terus terkaku dan berdiri macam patung. Dia sangat takut kalau orang tahu siapa dia, sekarang satu sekolah dah tahu.

Minji berdiri dari kerusi lalu pergi dekat Jina yang masih berdiri di hadapan papan hitam. "Ramai dah tahu kau anak pelacur. Kau tak boleh nak elak lagi. Semua dah tahu terutama Taehyung" senyum Minji.

Jina pandang Minji. "Kenapa... awak buat saya macamni?"

"Aku cuba nak dedahkan perkara yang sebenar. Tak boleh ke? Anak pelacur patutnya berhenti sekolah dan pergi bekerja sebagai pelacur macam maknya. Kenapa kau nak berpura-pura ke sekolah seperti pelajar biasa? Aku tahu, kau mesti goda Taehyung kan? Ini mesti mak kau yang ajar" kata Minji lalu tolak Jina.

Jina jatuh ke lantai. Dia hanya berdiam diri.

"Aku dah selamatkan Taehyung. Taehyung takkan dekat dengan kau lagi lepas tahu apa yang kau nak buat dekat dia" kata Minji.

【C】Help me,Guardian + KTHWhere stories live. Discover now