Sekarang Jina berumur 17 tahun
"Kita kawan kan?"
"Kawan? Aku tak pernah anggap kau kawan aku. Kau memang senang percayakan orang ke? Kenapa aku nak kawan yang bodoh macam kau?" Seorang perempuan terus tolak Jina sampai jatuh ke atas lantai lalu perempuan itu masuk ke dalam bangunan SM entertaiment. Jina cuba masuk tapi ditolak oleh pengawal. "Orang yang tidak dikenali tidak boleh masuk" kata pengawal itu.
Jina cuba masuk dalam bangunan itu tapi tetap ditolak oleh pengawal. "Saya.. kawan Oh Dani. Tolong benarkan saya masuk, saya yang jadikan dia seorang idola!" Kata Jina. Pengawal tetap terus menolak Jina. "Siapa pun cik, cik tak benarkan masuk! Dani tu idola yang semakin meningkat kerana kerja keras dia sendiri" kata Pengawal itu. Jina terus berputus asa dan ambil beg tangannya bewarna merah dan terus pergi.
Sambil dia berjalan, dia tengok tangannya yang penuh luka. Dia menahan air matanya daripada menangis. "Kenapa aku nak menangis? Ini memang kehidupan aku... tak guna kalau aku hidup"
Jina pergi masuk ke dalam rumahnya dan nampak maknya sedang melayan tetamu lelaki yang berusia dalam 40-an. Jina tahu yang maknya bukan seperti mak yang lain. Setiap hari maknya akan bawa lelaki yang berlainan setiap hari. Jina tidak endahkan maknya lalu masuk ke dalam bilik. Dia buka radio di atas meja belajarnya dan dengar lagu.
Maknya masuk ke dalam bilik Jina. Jina terus pandang maknya yang berdiri di pintu. "Pergilah makan dulu" kata maknya. Jina pura-pura tak mendengar apa yang maknya cakap.
Maknya terus dekat dengan Jina. "Macammana dengan sekolah kamu tadi?" Tanya mak. Jina masih diam sambil mengemas buku di dalam beg sekolahnya.
Maknya terus pegang tangan Jina dengan kuat sampai Jina terpandang dia. "Kamu cuba tak endahkan omma ke? Omma suruh kamu pergi makan" kata maknya.
"Sayang~ cepatlah layan saya kalau nak bayar lebih" kata lelaki tadi dari ruang tamu memanggil maknya.
Jina terus tepis tangan maknya. "Kenapa nak hiraukan saya? Pergilah layan diorang. Omma ingat, saya berguna lagi ke dalam dunia ni?" kata Jina dengan marah.
"Jina, kenapa dengan tangan kamu penuh dengan luka" Ommanya pegang tangan Jina sekali lagi tapi Jina tepis tangan ommanya sekali lagi. "Tak perlu risaukan saya. Jina tahu omma buat semua ni demi nak hidup" kata Jina. Dia tutup radio lalu keluar dari rumah balik. Dia taknak pun layan maknya. Dia menganggap balik ke rumahnya seperti satu hukuman.
❤🔥
Kang Jina sedang makan sarapannya iaitu roti kosong di kantin
"Itu Kang Jina dari kelas 4-5 kan? Dia pernah berkawan dengan Oh Dani tapi selepas Oh Dani dah terkenal, Jina tak berkawan dengan Dani" kata seorang perempuan
"Siapa je nak berkawan dengan orang yang pelik? Oh Dani lebih cantik dan menawan sebabtu lah dia diterima masuk ke syarikat. Aku dengar kang Jina pun nak masuk syarikat tu tapi tak diterima" kata seorang perempuan lagi
"Yah siapa nak ambil orang macam dia? Muka dia dah macam zombie. Mesti suara tak sedap macam dani. Bukanke mak dia tu layan ramai lelaki?"
"Omo, mesti muka dia tak bermaya sebab dia banyak layan lelaki semalaman. Kita kena jauh dari dia"
Jina berdiri dan terus keluar dari kantin tapi malangnya seseorang sengaja melanggarnya dan tumpahkan air minuman di atasnya. "Alamak maafkan saya tapi bukankah ini lebih baik untuk awak? Saya hampir ingat awak tiang tadi. 'Tiang' yang terima duit dari ramai lelaki. Berapa ramai pelanggan awak sehari? Dani,ini kawan awak yang dulu ke?" Tanya Minji kepada Dani yang sedang berdiri di belakang Minji.
YOU ARE READING
【C】Help me,Guardian + KTH
FanfictionPelacur,Pembunuh itulah gelaran aku sampailah aku rasa hidup aku tak bermakna lagi tapi kenapa aku masih teruskan hidup? Siapa sebenarnya yang tolong aku? Ditulis oleh saya sendiri dan Saya tidak menciplak fanfic sesiapa. Thank You Thanks to @arinni...
