Aku melepaskan keluhan. "Haah aku memang dah ingat semuanya. Aku ingat yang korang ni gay dulu, kita semua pernah tinggal serumah. Aku dah ingat segalanya. Puas hati kau?" aku memandangnya, geram.

Jaemin terkedu. "Kalau macam tu, aku nak tanya kau sesuatu."

"Tiga minit dah tamat." ucapku.

"Minhee jap!" Jaemin menarik tangan aku sehingga aku menghadapnya semula dan hampir tiada ruang di antara aku dengan dia.

"Kau pernah suka aku tak walaupun sesaat?"

damn. asal dia tanya soalan camni duh.

Aku terdiam. Tetiba jantung aku berdegup laju. Asal aku berdebar sangat? soalan tu.. susah nak jawab.

Aku tak tahu. Aku suka Jaemin ke? Aku sendiri pun tak tahu. Bila aku fikir balik, sekarang ni Felix yang selalu ada ngan aku. Tapi dulu, Jaemin selalu baik ngan caring kat aku.

Eh yeke? Eh Minhee.. kau pikir apa ni?!

Arggh stress la pikir mende ni.

"Kenapa diam?" soal Jaemin.

"Aku tak tahu! aku tak suka sesiapa." balasku. Aku rasa inilah jawapan yang terbaik buat masa ni.

"Kalau camtu, aku tahu kau elakkan diri daripada aku. Tapi, jangan elakkan diri daripada yang lain. Diaorang takde kena mengena." ujar Jaemin.

Ye. Korang memang takde kena mengena. Aku pun tak nak buat semua ni. Aku terpaksa sebab Yujin kau tu!

"Aku pergi dulu. Dah lebih tiga minit dan loceng dah bunyi tadi." ucapku.

"Eh yeke? Tak dengar pun--" belum sempat Jaemin menghabiskan ayatnya, loceng berbunyi tepat pada masanya.

Aku malu sebab kantoi, ughh rasa cam nak sorokkan je muka ni.

Aku menarik nafas lega sebaik sahaja masuk ke dalam kelas. Entah kenapa aku rasa macam ada orang yang perhatikan aku kat rooftop tadi?

✦-

"Dia jumpa dengan Jaemin kat rooftop tadi." ucap Soeun perlahan, menunduk.

Yujin mengetap bibirnya penuh geram. "Aku dah agak dah! Perempuan tu memang tak faham bahasa an?" locker yang tidak bersalah itu ditendangnya sehingga terbuka pintunya.

Soeun menelan air liur. Dalam masa yang sama, dia menyesal terlibat dengan semua ni.

"So, kau nak buat apa ngan perempuan tu?" soal salah seorang daripada mereka.

"Entahla.. aku tengah fikir la ni.. kalau buat dia accident kali kedua amacam?" soal Yujin sebelum gelak berdekah-dekah.

Soeun terkejut. Dia menggigit bibir. Semua ni dah melampau baginya. Dia tak sanggup nak bersekongkol untuk bunuh kawan baik dia sendiri.

"Alolo kenapa Soeun? kau takut kawan baik kau yang tak guna tu mati?" soal Yujin tetiba apabila melihat riak wajah Soeun yang kurang senang.

"K-korang tak rasa b-bunuh dia tu me-melampau sangat k-ke?" soal Soeun tergagap-gagap.

"Huh? melampau? are you kidding me? apa yang dia buat kat aku lagi melampau tahu tak? dia rampas Jaemin aku!" teriak Yujin.

straight. nct dreamWhere stories live. Discover now