"Ya, kau yang buat."

"Hehe, aku yang buat. Aku la yang buat! Haha!!"

"Baru kau sedar?"

"Tsk tsk umi~ abi~ adik~"

"Kau tak dapat jumpa diorang lagi."

"Aku tak bersalah. Aku tak bersalah. Aku tak bersalah!!!"

"Kau masih nafikan?" dia masih berkata.

"Aku jahat. Aku jahat. Ampun! Ampun! Aku berubah!"

"Kau takkan sempat," kata dia lagi.

"Aku tak berniat pun. Maaf maaf. Aku..aku tak-"

"Hmm..tak berniat?" tajam mata dia memandang Haris.

"Hahahaha!!!"

Ketawa Haris berpanjangan. Dia sedar apa yang dia ucapkan langsung tidak didengar Haris. Haris berada dalam dunianya sendiri. Dunia khayalannya sendiri.

Dia melihat Haris yang tak berhenti ketawa. Geram. Sakit. Itu yang dia rasa. Tangannya sudah tergenggam kemas dengan sesuatu.

"Haris. Kau nak aku bawa kau ke tempat baru tak?"

Haris berhenti ketawa. Haris melihat ke arah dia. Terkebil-kebil mata Haris.

"Kau nak bawa aku pergi tempat baru?" Haris bertanya.

"Ya."
Dia membalas.

"Aku nak! Aku nak pergi! Aku nak berubah!"

"Okey, kau boleh berubah."

Haris tersenyum. Dia membalas senyuman itu. Laju benda yang berada di dalam genggamannya dituju ke perut Haris. Haris memuntahkan darah.

"Kau boleh berubah jadi roh. Pergi la tempat baru tu. Terima kasih. Akhirnya aku dapat tengok senyuman kau yang pertama...dan terakhir. Tidurlah ye."

Dia menarik pisau yang dicucuk di perut Haris. Darah mengalir di tangannya. Dia menghala pisau itu ke arah dada Haris pula. Dicucuk pisau itu di situ. Darah Haris semakin banyak.

Darah yang tersembur ke mukanya tidak dihiraukan. Dia senyum. Senyum melihat muka Haris yang menahan sakit.

"Kau, kau. Issac, aku...minta maaf. Aku min-"

Haris tidak sedarkan diri. Pisau dicabut kembali. Issac melihat Haris yang sudah terkaku.

"Selamat tinggal, along."

Issac terus melangkah pulang.

~~~~~

Badannya dibaringkan di atas katil bersaiz single itu. Mata merenung siling. Terkebil-kebil dia memandang.

Nafas dihela. Dia lega. Sebab dia dapat membantu seseorang. Walaupun orang itu langsung tidak dikenalinya.

"Apa yang jadi kat lelaki tu? Sampaikan dia nak bunuh diri? Nasib baik aku ada kat sana. Kalau tak.. hmm."

Dia menghela nafas lagi. Dia menukar posisi kepada duduk. Tangan diseluk ke dalam poket seluar. Satu keping kad dikeluarkan. Kad itu dibaca.

"Issac Haris. Dia doktor rupanya. Tapi dia nak bunuh diri. Doktor jenis apa la," dia mengumam perlahan.

Dia mencebik. Tak suka dengan tindakan manusia yang suka ambil jalan singkat. Bunuh diri atau sakitkan diri.

Lagi-lagi sebab cinta. Sampaikan nak toreh tangan. Tak sedar ke yang dia tu menyakitkan diri. Kalau masalah lain mungkin boleh dibincang. Ni tak, sebab boyfriend ada awek lain, toreh tangan.

Dia menggeleng perlahan. Masalah betul dengan orang zaman sekarang ni. Kad itu diperhati lagi. Dia dapat kad ni selepas dia merayu nakkan nombor telefon Issac. Sebab dia takut Issac akan buat benda yang bukan-bukan lagi.

Dalam pada tu, dia terfikir.
"Betul ke apa yang aku buat ni?"

Badan dibaringkan kembali. Mata melihat kad itu.

"Ya, apa yang kau buat ni betul. Kau dah selamatkan satu nyawa. Ingat doktor dan bomba je ke yang boleh jadi penyelamat? Kau tu yang kerja promoter pun boleh la. Kau dah buat benda betul. Betul tu, Naira Syakira. Kau betul."

Nafas dihela lagi.

"Aku rasa macam penyibuk. Macam busybody. Tapi tak salahkan?"

Rambut dikusutkan. Dia tak bak fikir pasal ni lagi. Nanti dia akan teringat kisah lama.

Lampu ditutup. Badan dibaringkan semula. Hanya dalam mimpi dia dapat gembira. Bukannya dunia reliti ni. Mata ditutup.

Selamat malam, dunia.

PRENGG!!

Matanya terbuka.
'Ha, sudah. Dah mula dah drama malam dia.'

Naira memutarkan mata. Meluat! Naira merungut dalam hati. Bantal ditekup ke telinga. Tak mahu tidur dia terganggu oleh orang di luar.

Tbc~

THE REAPER √Where stories live. Discover now