Dani senyum. "Mestilah tak. Aku tak pernah anggap dia kawan, dia yang terlebih. Siapa nak kawan dengan pembunuh" kata Dani. Jina pandang Dani dari bawah. Dani hanya jeling kepada Jina.
Semua orang ketawa kepada Jina. Jina cuba bersabar dan berdiri balik. Dia terus pergi dari kantin. Dia pergi ke atas bumbung sekolah dan tengok tiada sesiapa di situ. Dia tengok dirinya sendiri yang kebasahan. Bajunya habis basah. Tangannya yang luka semalam masih belum dibersihkan. "Jangan menangis Kang Jina"
Jina tengok langit yang biru dan yang penuh dengan awan. Dia pejam matanya dan cuba tahan rasa pedih di dalam hatinya. "Awak kata.. awak akan kembali tapi dah lama saya menunggu awak. Yelahkan, mustahil yang awak akan mustahil. Saya kawan yang teruk" kata Jina.Tiba-tiba dia rasa seseorang memegang tangannya. Jina cuba membuka mata tapi ditutup oleh orang itu. "Jangan buka mata" kata orang itu.
"Awak... siapa?" Tanya Jina.
"Buka mata dalam kiraan 5" kata orang itu.
Jina degil dan terus membuka matanya tanpa mengikut arahan orang itu. Kenapa dia nak ikut pula kan? Jina tengok sekeliling dan tengok tiada sesiapa cuma dia nampak pintu itu dibuka sedikit. Mesti dia dah lari. Jina terus turun dari atas bumbung sekolah dan cuba cari orang itu tapi tak dapat. Dia tengok tangannya mengenggam sekotak plaster. Jina terkejut.
"Siapa... dia?"
Kringgg
Loceng berbunyi menandakan pelajar perlu masuk ke kelas semula selepas waktu rehat. Jina tercenggang berdiri di tengah-tengah jalan dengan bajunya yang sudah kotor. Semua orang memandangnya dengan rasa jijik. Jina sedar semula dan terus masuk ke dalam kelasnya. Dia duduk di tempat asalnya iaitu di belakang sekali. Dulu, Dani lah yang duduk di sebelahnya tetapi sekarang meja sebelah Jina kosong.
Dani masuk ke dalam kelas dan berpura-pura tak nampak Jina dan melayan rakannya yang lain. Jina pun cuba tak tengok Dani. "Aku tak pernah ada kawan" bisik Jina. Dia tengok kotak plaster di tangannya lalu masukkan ke dalam beg sekolahnya. "Siapa... yang kisah pasal aku?"
❤🔥
Selepas tamat sesi persekolahan, seperti biasa pelajar akan balik ke rumah tapi tak macam Jina. Jina berjalan ke taman permainan keseorangan tetapi kakinya mula berhenti berjalan. Dia mula rasa aneh. Jina terus pandang belakang dan tengok tiada siapa. Jina cuba tak hiraukan dan teruskan berjalan.
Dia duduk di buai sambil peluk beg sekolahnya. Dia buka begnya dan ambil sekotak plaster. Jina senyum tengok kotak plaster itu. "Terima kasih... sebab risaukan saya. Tapi... saya tak perlukan pertolongan sesiapa. Saya tak berguna" kata Jina dan terus baling kotak plaster itu jauh darinya. Langit makin gelap hampir malam. Jina berdiri dari buaian dan ambil begnya.
Tetapi tiba-tiba tiga pelajar lelaki dekati Jina dengan membawa kayu. "Yah budak pelik, kau ada duit tak?" Tanya salah seorang daripada tiga pelajar lelaki itu. Jina diam dan cuba untuk beredar tapi dihalang oleh mereka. Seorang pelajar lelaki usap rambut Jina. "Kau ni sebenarnya cantik. Apa kata ikut kitaorang? Baiklah. Kalau kau taknak bagi kami duit, bagilah badan kau. Kami akan beri duit untuk kau. Kau layan pelanggan pelajar sekolah jugak kan?" Tanya lelaki itu.
Jina tolak lelaki itu supaya jauh dari dia. "Saya tahu... saya sangat mudah untuk kamu semua. Tolong saya" kata Jina.
"Apa yang kau tengah cakap?" Tanya lelaki itu lalu tarik Jina supaya ikut mereka ke tempat lain tapi tiba-tiba seseorang berpakaian serba hitam dan bertopeng terus pukul sekumpulan lelaki itu dan selepas itu mereka terus cabut lari.
Jina terkejut seseorang menyelamatkannya. Dia tengok orang bertopeng itu dengan pelik. "Kenapa awak selamatkan saya?" Tanya Jina kepada orang bertopeng itu tapi lelaki itu hanya diam dan cuma pandang Jina.
"Saya... tak perlukan pertolongan awak. Siapa pun awak, awak tak perlu selamatkan saya, saya dah takda guna. Saya memang dah dibenci oleh semua orang. Kalau awak suka tolong orang, jangan lah tolong saya. Saya tak berminat nak tahu siapa awak... kenapa saya perlu tahu siapa awak? Sedangkan tiada siapa mahu tahu siapa saya... saya orang yang jahat sehingga bunuh kawan saya sendiri" Kata Jina sambil mengalirkan air matanya. Dia rasa sangat sakit di dalam hati kerana pelbagai cabaran yang dia telah tempuh. Macammana dia nak tahan dengan cabaran yang sukar? Dia tiada keluarga yang bahagia apa lagi kawan baik.
Orang bertopeng itu peluk Jina. Selama beberapa minit, Jina di dalam pelukan orang yang tidak dikenali. Dia rasa selesa dipeluk. Selepas itu, Jina leraikan pelukan dan padang orang bertopeng itu. "Terima kasih sebab berikan saya pelukan yang saya tak pernah dapat sebelum ni. Jangan tolong saya lagi... selamat tinggal"
Jina terus tinggalkan orang bertopeng itu dan terus balik ke rumahnya.
Orang bertopeng itu ambil kotak plaster yang dicampak oleh Jina di atas tanah.
Pertemuan kali pertama tidak semua indah. Ia juga menyakitkan dan kepedihan hati tapi pertemuan itu membuatkan kita terasa rindu
"Aku taknak hidup lagi... tapi kenapa aku masih teruskan hidup? Kenapa aku rasa yang orang bertopeng tu berikan aku semangat tanpa sepatah perkataan keluar dari mulutnya?"
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
SORRY KALAU ADA TYPO YE AND BY THE WAY AERA AKAN UPDATE SECEPAT MUNGKIN INSYAALLAH
ANDA SEDANG MEMBACA
【C】Help me,Guardian + KTH
FanfictionPelacur,Pembunuh itulah gelaran aku sampailah aku rasa hidup aku tak bermakna lagi tapi kenapa aku masih teruskan hidup? Siapa sebenarnya yang tolong aku? Ditulis oleh saya sendiri dan Saya tidak menciplak fanfic sesiapa. Thank You Thanks to @arinni...
;Prolog (2);🌹
Mula dari awal
