10 | Argue

2K 229 19
                                    

"Yoo-- ERGHHHH!!!! APA NII!!!!" Jungkook memekik kuat waktu aku dekat dapur.

Berterabur sayur aku terbang.

"Apa benda? Orang tengah buat rancangan masak, kau memekak terpekik terlolong!" Aku muncul ke ruang tamu dengan pisau.

"Kau usik apa dekat atas meja ni!"

Aku pandang meja yang Jungkook tunjuk.

Oh, meja berdosa. Meja yang penuh dengan rancangan dan mangsa yang perlu dibunuh.

"Aku kemas je."

"Apa masalah kau! Apahal kau kemas! Aku dah cakap dari mula kau duduk sini!! Jangan sentuh meja ni!"

Aku ketawa sinis. Lengan baju Jungkook yang aku tengah pakai, aku sinsingkan ke atas.

"Apa pula! Kau yang suruh aku kemas rumah! I do what you said! Nak marah aku pula! Aku mana tahu! Sepatutnya kau cakaplah kemas rumah tapi bukan meja kau!" Sudip di tangan aku dijulang tinggi.

Aku lekap dekat muka dia, baru kau tahu panas mana minyak kuali ni.

"Ada otak, fikirlah sendiri!! Kau tengok sekarang! Maklumat yang Jimin hyung baru hantar dekat aku dah hilang!" Jungkook jalan ke dapur lalu menolak aku perlahan.

Taklah sampai aku tergolek drama hindustan kat situ. Cuma beralihlah kedudukan aku.

Kecil jugalah hati aku ni. Benda kecil tapi marah aku macam aku baru bakar buaya belakang rumah dia.

Aku campak sudip ke atas sofa lalu ke meja Jungkook yang aku kemaskan tadi.

Tak sampai 1 minit, aku jumpa maklumat yang dia mengamuk tadi.

Mata yang Tuhan bagi tu letak kat mana? Kat lutut? Haa? Lain kali mata letak dekat ahmm-- ENTAH!!

Ayam yang aku tengah goreng tu, aku biarkan memandang dia ada dekat dapur. Aku terus masuk bilik aku.

Aku capai phone yang Jungkook belikan bulan lepas.

"Yoongi?"

"Anak kau lawa, kan?"

•°•°

Someone's POV

Jungkook yang selesai menyidai baju dibelakang rumah, kini masuk semula ke dalam rumah.

Apa? Lelaki tak boleh sidai baju ke? Takda pula dalam matlamat Wawasan 2020 yang cakap lelaki tak boleh sidai baju.

Jungkook serba salah sebab buat Sera macam tu. Manusia ada baik, ada jahatnya.

Lagi serba salah bila dia nampak sudip yang ada dekat atas sofa.

Memang serba salah bila dia jumpa fail maklumat tu dengan senangnya. Sebab Sera dah ketepikan.

"Sera!" Jungkook mula memanggil sambil naik tangga.

"Sera, aku minta--"

Macam yang korang agak, Sera tak ada dalam bilik.

Dalam kolam Lucy pun tak ada. Takut Sera berenang atau bunuh diri dekat situ ke.

"Mana pula makcik ni pergi!!"

[complete] kidnapped | jungkookWhere stories live. Discover now