65

235 35 5
                                    

Jimin keluar ke halaman . Suasana malam buta menggerunkan perasaanya sedikit. Tapi nasiblah ada lampu jalan di luar kawasan rumahnya.

Lolipop perisa mint, dihisap. Niat dia keluar rumah mahu menunggu kepulangan kakaknya, Chorong.

--

"apa maksud Encik?"

Lampu isyarat bertukar hijau. Taehyung menyambung membawa kereta.

"saya suka awak."

"Apa?"

"Saya suka awak Chorong."

Ayat kalimat itu membuatkan Chorong mengangkat tangannya lalu mengusap pipinya sendiri.

"tapi..."

"saya suka awak sebab anak-anak saya. Hyun..ada selalu pesan pada saya sebelum tidur. 'Appa jangan benci ahjumma. Appa suka lah ahjumma demi Hyun. Demi nuna Rin , nuna Bin. Eo? bolehkan appa?' dia merayu dan nasihatkan saya. Ye dia sukakan awak jadi omma kedua. Awak jangan salah faham Chorong. Saya tak terburu-buru. Jihye masih dalam hati saya juga."

Huh? Chorong bengang. Aku dipermainkan perasaan ke?

"saya anggap saya tak pernah dengar semua ni. Ah ye, kita dah nak sampai. Oh lagi bagus Encik turunkan saya dekat simpang tu, saya akan berjalan kaki sendiri ke rumah."

"takboleh. Saya nak hantar awak dengan selamat."

Chorong makin tak boleh nak duduk diam. Kenapa kenapa kenapa Taehyung ni suka buat aku macam ni?

Jimin bersiul sambil melihat sekeliling. Dia melabuhkan punggung lalu duduk di hadapan pagar."nuna, dah nak pukul 1 ni." Tiba-tiba ada satu cahaya lampu kereta menghalang pandangan Jimin.

"asal padu sangat lampu dia ni?! sakit mata aku woi!"

Kedengaran kereta itu terhenti dan juga bunyi seseorang keluar dari perut kereta.

"Gu-gumawo encik sebab hantar saya."

"Eo nuna!" Jimin bangun dan melambaikan tangan ke arah Chorong. Riak wajahnya gembira tetapi tidak lama tatkala matanya memandang wajah lelaki yg dia kenal dan takuti.

"Jimin? kenapa kau dekat luar ni?"

Jimin tak menjawab soalan kakaknya tetapi langsung menarik tangan Chorong. Chorong ke belakang Jimin dengan segera tiba-tiba.

"ahjusshi...nuna jalan-jalan dengan ahjushhi ganas ni ke?"

Taehyung tersentak sedikit mendengar dirinya di gelar manusia ganas.

"kan aku dah bagitahu kau masa call tadi"

"nuna." Jimin menghadap Chorong. Dia meraba lengan dan muka kakaknya. Memastikan tiada sebarang luka.

"kau dah kenapa ??"

"nuna okay? ada tak kena sengat dengan ahjushhi ni sebagaimana Jimin kena?"

Chorong tersengih. Rambut blonde Jimin diusap-usap.

"kenapa nuna sengih?"



Jimin merenung siling bilik sambil mencerna kata-kata kakaknya sebelum dia masuk ke bilik.

"betulkah.."

"aku akan dapat abang ipar tak lama lagi?"

--

(h) what am I to you? Where stories live. Discover now