41

212 29 4
                                    

"how first day?" soalan pertama dari Tuan Park. Chorong tak menjawab malah berjalan longlai menuju ke biliknya.

"Lea."

"papa Lea nak rehat, jangan kacau Lea ye."

Tuan Park seolah faham akan keadaan anaknya. "mesti dia rasa kecewa dengan tangan dia"

Malam, 10 pm.

Chorong mengambil angin malam di luar sambil menikmati air coklat panas seorang diri. Langit yg dihiasi bintang serta ditemani bulan menenangkan jiwanya sedikit.

"mama, macam ni ke akan datang kita sebagai perempuan akan harungi dugaan seperti ni? mesti mama banyak bersabar kan. Chorong tahu, sebab kita perempuan." dia berkata seorang diri melayan perasaan. Chorong sebenarnya malas nak rasa down lama sangat. Dia ambil positif yg negatif memang datang dari diri dia.

"salah Lea sebab yelah, keluarga tu baru Lea kenal 2 minggu. Ada ayah tapi dingin, susah tau nak tengok encik tinggi tu senyum. Itupun pernah pertama kali Lea jumpa dia sebab dapat buat anak bongsu dia tersenyum.  Anak 3, 2 perempuan sorang lelaki. Lea tak benci Dalbin, Lea faham dia masih budak. It's okay, Lea akan jadikan dia sebagai seorang manusia yg ada adab dan sivik. Walaupun Lea cuma pengasuh dia dan adik beradiknya. Tapi Lea berhak! Sebab Lea ada ilmu, Lea lagi hidup dulu dari dia, kan Ma?"

"bogoshipda, Mama. Permintaan mama sudah ditunaikan tapi tulah, ada rosak sikit dekat penggesek violin tu. " keluh Chorong. Dia kelihatan penat diluaran namun dalamannya masih kental.

"ini baru permulaan! yeseu kau kena bangkit Chorong Park! Jangan fikir tapi rasakan!"

Chorong cheer up untuk diri sendiri.

--

Pagi, 7:30 am.

Hari ni lebih awal Chorong bangun dari semalam. Niat nak sediakan sarapan untuk keluarga Kim.

sebelum dia bergerak ke rumah Taehyung, Chorong menuju ke bilik adiknya dahulu, Jimin.

Baru saja dia mahu memulaskan tombol pintu, Jimin terlebih dahulu buka.

"wah first in last! kau bangun awal. Tahniah dongsaeng ku."

Jimin tak beri reaksi gembira malah memasang wajah ketat. "kau kenapa dik, aku ada buat salah ke?"

"ye! kenapa eh nak buat baik tapi at the same time, nuna ni suka sangat dengki? "

"what do you mean sir?"

"aish nuna ni , Min terima kasih sangat sebab dah gosokkan baju tuk Min walaupun Min tak minta dan ia nampak macam budak kecil. Tapi! kenapa nuna tak kejutkan Min sekali?! "

Chorong tersenyum sinis lalu memeluk tubuh. Dia melihat jam di tangan, ok ada masa lagi sebelum bertolak ke rumah Keluarga Kim.

"kau tau masa?"

Jimin mengangguk.

"dan kau tahu apa paling penting dalam masa?"

Kali ini Jimin menggeleng. "pandai tengok jam?"

"no no, itu kedua. Yang pertama. ."

Chorong mendekatkan bibirnya ke telinga adiknya lalu membisik;

"T A A T"

--

Chorong berjalan sambil menyanyi menuju ke rumah Taehyung. Lagi beberapa langkah dia mahu sampai. Tiba-tiba terserempak dengan Dalbin yang berpakaian hoodie labuh.

"eo?! Dalbin-shii. Annyeong, nak pergi mana awal pagi ni?"

Dalbin pandang Chorong nak tak nak. "bukan urusan ahjumma." jawabnya dingin. Tangannya menyeluk di dalam poket hoodie tersebut. Macam kesejukkan sangat budak ni. Dia menyambung perjalanannya.

"Kejap! Dalbin, macam mana makanan semalam? sedap tak?!"

"Kim Dalbin!"

"hey watch out! ada tiang tu!"  laung Chorong. Dalbin hampir terlanggar tiang semasa berjalan. "hati-hati jalan, cepat pulang tau! ahjumma nak buat sarapan!"

Chorong bersangka baik saja tentang Dalbin mahu berjoging.

Tiba saja di depan pagar rumah Keluarga Kim, jari wanita itu mahu saja menekan butang bell tetapi terbantut tatkala teringat sesuatu.

"ah chamcham! cod password yg encik Tinggi bagi semalam!" Chorong mengambil telefon pintarnya dan melihat mesej semalam yg Taehyung hantar.

"776-2-130"

jari ralit menekan satu persatu butang pin . "woahh, dah macam james bond aku ni."

(h) what am I to you? Where stories live. Discover now