Harris disebelah menjeling.

" Eh Risy, makanlah. Ni makan Risy sukakan. " Arisya mengangguk dengan senyuman palsu. Di gagahkan diri juga menelan ikan puaka itu. Sehabis mungkin dia cuba telan. Nak jaga hati umi.

" Sedap? " tanya umi. Arisya mengangguk. Harris disebelah menyiku lengan si adik.

Telan Arisya, telan. Tak mati pun. Anggap je ikan biasa.

Kali kelima dia mengunyah, tiba-tiba perut terasa sebu. Kembang tekaknya, wajahnya sudah merah. Lengan dia mula terasa gatal. Alamak!

" Arisya! " Harris memanggil kuat nama itu. Lantas itu Arisya bangun menuju ke dapur, dimuntahkan segala makanan yang dimakan. Lengannya mula memerah dan naik bintik-bintik merah.

" Mi, sebenarnya Risy tak boleh.. " pantas tangan Arisya menekup mulut abangnya. Sakit macam mana pun, hati umi kena jaga.

" Err, Risy rasa perut masuk angin. Mi, I need to go. Assalamualaikum. " Arisya sengih sebelum berlari keluar. Encik Azri masih meneruskan suapan seakan tiada apa yang berlaku.

" Aduh gatalnya! " Arisya meloloskan diri ke dalam Nissan Almera miliknya.

" Omaigad, sakitnya. Gatal ya Allah. " Arisya menggaru-garu lengannya terasa gatal. Macam mana dia nak bawak kereta?


***

Arisya masuk ke dalam farmasi berdekatan taman perumahannya. Dia membeli ubat alergik yang selalu dia beli. Arisya menggaru-garu. Gatal sungguh!

Pintu farmasi tiba-tiba dikuak, muncul seorang lelaki. Lelaki itu memandang sekeliling. First time masuk farmasi ke ape mamat ni?

" Err, nak tanya. Dekat sini ada jual ubat demam kanak-kanak tak? " tanya lelaki itu. Arisya diam, mamat ni tanya siapa?

Pembantu farmasi tu masih di bahagian dalam, mencari ubat gatal yanh sesuai untuk Arisya jadi lelaki ini bercakap dengan siapa?

" Miss, ada tak? " lelaki itu kini berada di sebelah Arisya. Arisya angkat wajah, lelaki itu terkejut.

" Hei, what happened dengan kulit kau? " tanya lelaki itu kasar, terkejut betul wajah dia. Headphone yang elok tergantung dekat lehernya terus senget.

" Hah? Cakap dengan saya? " Arisya tayang buat muka jengkel.
" Tak adalah, tengah cakap dengan kerusi ni. Kulit kerusi ni unik semacam, bintik-bintik polka dot. " balas lelaki itu sarkastik.

" Hah? " Arisya pelik. Mamat ni sihat ke tak? Kulit kerusi tinggi farmasi ni pun dia tilik ke?

" Tak, kenapa dengan muka kau? " tanya lelaki itu lagi.

" Oh ni, saja letak marker pen. Mana tahu dapat MC ke kan. Kau pulak? " balas Arisya selamba macam diorang dah lama kenal.

" Tak lawaklah. "

" Tak buat lawak. "

" Habis tu buat apa? Bersyarah? "

" Tak lah tengah berpantun ni. "

" Merepek. "

" Makan kerepekla. "

" Stop buat lawak bodoh la perempuan. "

" Lawak aku pandai. "

" Jadi? "

" Jadilah manusia yang berguna pada masyarakat. "

" Gila. "

" Suka hatilah. " Arisya mencebik.

Usai pembantu farmasi memberi ubat gatal kepadanya, Arisya terus buat bayaran dan beredar.

Di dalam kereta, Arisya menongkat wajah.

Razif? Crushnya di bangku sekolah. Betul ke mamat tu Razif? Razif sahaja yang suka guna perkataan bersyarah bila dia melawan kata-kata lelaki itu. Tapi betulkah Razif? Entah mamat mana entah.

Telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. Mesej dari umi dipandang sepi.

Umi : Risy saje kan balik awal? Sebab taknak hadap abah? Risy, jangan jadi anak derhaka. Lepasni, umi nak Risy balik sini tiap kali weekend. Kalau tak, jangan harap Risy boleh mengaku umi ni umi Risy. Ingat Arisya Delina!

Arisya beriak kosong. Langsung tidak dibalas mesej itu. Terus sahaja Nissan Almera itu bergerak laju.

Asyik dia sahaja jaga hati orang, hati dia siapa nak jaga?

***

Sekeping Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now