2

74 9 0
                                    

Rhea melangkah keluar dari keretanya, dia menyangkakan party yang dimaksudkan oleh Conrad hanyalah majlis biasa-biasa saja, tapi siapa sangka majlis itu rupanya diadakan di sebuah hotel bertaraf lima bintang. Malah tetamu jemputan juga terdiri daripada rakan kongsi dalam perniagaan, para pemegang saham dan sahabat baik mendiang Don Gavin. Tidak ketinggalan pihak media turut diundang.

"Apa yang berlaku sebenarnya, Mark?" Rhea berbisik kepada anak buahnya itu. Lengan Mark dipaut erat.

"Kau tak tahu? Conrad tak beritahu apa-apa ke?"

"Pasal apa? Dia hanya beritahu tentang Stella akan mengadakan sebuah party. Yang lain, semua dia rahsiakan. Satu lagi, kenapa ada wartawan ni? Korang tak rancang nak kahwinkan aku sekarang kan?"

"Tidaklah Rhea. Its about your position at the company. Party ni diadakan untuk memperkenalkan kau sebagai ahli lembaga pengarah yang baru kepada semua orang."

"What? Ahli lembaga pengarah syarikat? Tapi aku baru balik kan? Kenapa diaorang tak cakap apa-apa pun? Aku langsung tak ready."

"Alaa.. kita pergi jelah. Paling tidak pun, kau kena berucap, tu je. Hal lain kita sembang esok. Boleh?"

Rhea mengesat dahinya. Apa punya kejadah la.

"Senyumlah sikit. Muka kau macam orang diserang cirit birit tau."

"Tak kelakar, okay. Kau jangan nak ke mana-mana. Temankan aku sampai majlis ni selesai."

"Laa.. aku baru berkira-kira nak cari calon kekasih. Kau ni lecehlah."

"Alaa.. aku ada ramai kawan yang kau boleh buat bakal bini. Nanti aku kenalkan. Malam ni kau jadi bodyguard aku, tolonglah Mark."

"Yelah." Mark terpaksa beralah.

"Mana kita nak duduk ni, semua kerusi dah penuh aku tengok."

"Itu, di meja paling depan. Kakak kau dan Conrad ada di sana. Kau tak nampak?"

"Hai.. kenapalah tak buat party di rumah je? Mak kau ni suka sangat buat aku macam nilah."

Mark menggeleng perlahan.

"Sampai pun orang yang ditunggu-tunggu. Kenapa lama sangat nak sampai?" Stella bingkas lantas mendakap Rhea.

"Sorrylah kak, kami ingat tempat tu tempat yang biasa kita pergi. Tak sangka pula sampai macam ni grand party you."

"Sorry, tapi benda ni aku dengan Conrad dah plan lama dah. Kami memang nak surprisekan kau. By the way, welcome home."

Rhea mengangguk kecil.

"So, lepas ni aku akan panggil kau berucap, cakaplah apa saja kepada semua orang, as a new director di company kita."

"We need to talk about this as soon as possible."

"Esok, peguam pun akan hadir sama. Now, please focus to the event. And yeah, Bre, boleh tak simpan handfon you tu sekejap? Rhea dan Mark sampai pun you tak sedar."

Bre mengangkat muka. Dia menyimpan telefonnya ke dalam pouch kemudian mendapatkan Rhea.

"Akhirnya you dah balik. Lets have sometimes together."

"Sure, Bre." Rhea tersenyum lebar. Akhirnya, semua ahli keluarganya berkumpul. Conrad memanggil pembantu peribadinya, membisikkan sesuatu dan perhatiannya kembali tertumpu kepada Rhea, Stella, Mark dan Bre.

"Its your time." katanya kepada Stella.

"Excuse me."

Stella berjalan dengan penuh keyakinan ke hadapan para jemputan yang hadir. Rhea sendiri amat kagum dengan sikap profesional Stella. Dia berucap ringkas tapi penuh dengan kata-kata semangat. Sebaik saja namanya disebut, Rhea bangun dari kerusinya.

"Good luck." Mark mengajukan ibu jari. Rhea mengangguk lagi.

………………………………………………………………

"...... sebagai orang baru dalam syarikat, saya amat mengharapkan tunjuk ajar dan kerjasama daripada anda semua.. terima kasih."

Rhea mengakhiri ucapan ringkasnya disambut dengan tepukan gemuruh dari tetamu yang hadir. Stella dan Conrad berpandangan. Selesai satu kerja.

Rhea menarik nafas panjang-panjang. Selesai berucap, dia dibawa ke satu bilik khas untuk ahli keluarga Don Gavin. Tidak lama kemudian, pintu terbuka. Stella dan yang lainnya muncul dengan air muka yang gembira.

"You did great." Mark bertepuk tangan.

"Err... aku ada silap cakap ke? God! Next time, kalau ada event macam ni beritahulah, at least aku boleh sediakan teks ucapan." Conrad tertawa.

"Tak perlulah teks ucapan bagai. Orang yang datang tu pun belum tentu nak dengar ucapan kau. Dia orang nak tengok kau je. Nak kenal, kau tengok lepas ni ballroom tu mesti dah kosong."

"Biar betul? Membazirlah macam tu."

"Jangan fikir sangatlah. Sekarang semua orang dah tahu tentang you. Now, we need to meet the media. Give them some good news and we are done. Lets go."

"Wait, sidang media? Stella, are you always like this?"

"No, but today yes. Tak lama pun, setengah jam je. Mari, lepas ni kita tinggalkan tempat ni dan kita makan seafood dekat resort kawan I."

"You promise?"

"Promise." Rhea terpaksa akur. Manakala Bre mengeluh bosan.

"Mom, boleh tak I tak ikut sidang media ni?"

"You need to, Bre. In fact, you are our family member too. You kena ada dalam family photo. Cepatlah."

Bre mengetap bibir. Anything for the princess!

SORROWWhere stories live. Discover now