L i m a

890 75 0
                                    

Doktor Faizal duduk termenung. Jarinya mengetuk meja dengan perlahan.

" Hoi! " Sergah Amin yang merupakan rakan sekerja Faizal.

Bahu Faizal ternaik sedikit akibat sergahan Amin.

" Jauh termenung bro. Ingat buah hati ke? " Soal Amin selamba.

" Buah hati? Apa yang kau merepek ni. " Faizal tergelak kecil lalu menggeleng kepala.

" Ye. Buah hati. Cik Hunny Bunny kau tu Zal. "

" Eh bila masa pula dia jadi buah hati aku? " Kening Faizal bertaut. Ada-ada aje lah Amin ni.

" Bukan buah hati kau ke? Aku ingatkan kau dengan dia sekarang. " Terang Amin.

" Tak ada lah. Aku dengan dia tak ada apa-apa hubungan pun. "

" Tapi aku tengok budak tu macam ada perasaan pada kau. " Beritahu Amin.

Faizal mengeluh panjang.

" Memang dia ada perasaan dekat aku pun. Tapi aku tak boleh terima dia. " Balas Faizal.

" Kau masih ingat lagi kisah silam kau? Zal lupakan. Benda tu dah 8 tahun terjadi. Sampai bila nak seksa perasaan kau? " Nasihat Amin.

" Bro.. aku tau. Dari cara layanan kau pada budak tu lain. Tak macam doktor dengan patient. " Jelas Amin lagi.

" Apa kau ni. Aku tak ada apa-apa lah dengan dia. "

" Zal.. kau boleh tipu aku. Tapi kau tak boleh tipu diri kau sendiri. Jangan disebabkan kisah silam kau, kau menyesal. "

" Min.. aku cuma.. aku tak boleh. Aku still confuse dengan perasaan aku. " Beritahu Faizal.

Amin tergelak sinis.

" Kau dekat sini masih confuse dengan perasaan kau. Sedangkan Sofea dah bahagia dengan lelaki pilihan dia. Lupakan Zal. Aku tau susahkan nak lupakan first love kita. Tapi sekurang-kurangnya kau cuba untuk cari True Love kau. Kau kena fight! Cari kebahagiaan kau. Kau layak bahagia Haris Faizal. "

Faizal terdiam seribu bahasa. Dia cuba untuk mencerna kata-kata Amin.

' Sampai bila nak macam ni? '

" Kau masih tak perasan lagi ke? Selama ni kau diam, tak banyak cakap, kau jarang ketawa. Tapi bila budak tu muncul, aku nampak ada sinar kebahagiaan terpancar pada muka kau. " Terang Amin.

" Dia kebahagiaan kau Zal. Ya Allah, bukak lah mata kau Zal. Jangan disebabkan kisah silam, kau jadi buta. "

" Aku perlukan masa. " Balas Faizal.

" Terpulang. Ni shift kau kan dah habis. Tak nak balik ke? " Soal Amin.

Faizal menilik jam tangannya.

" Hm aku gerak dulu. " Pinta Faizal.

Hani menunggu Faizal diluar hospital. Hari ini Faizal bertugas dihospital manakala kliniknya diambil alih oleh doktor yang lain.

Senyuman Hani terukir apabila Faizal datang menghampirinya.

" Hai doktor! Shift dah habiskan? Jom saya teman doktor balik or kita makan dulu sebelum balik? " Kata Hani dengan nada yang ceria.

" Awak tak rasa ke masa awak terbuang disebabkan saya? " Soal Faizal tiba-tiba.

" Kenapa kena rasa macam tu pula? Lagipun saya dah janji akan cuba gembirakan doktor selama tempoh 7 hari. Dan tempoh itu masih berbaki 4 hari lagi kan. " Balas Hani lalu tersenyum bahagia.

' Ya Allah. Betapa kuatnya hambamu ini. Masih boleh tersenyum bahagia tapi sebaliknya dia bersedih. '

" Teman saya makan. Lepas makan saya hantar awak balik. " Ujar Faizal.

" Tak apa. Hari ni saya drive sendiri. So saya follow kereta doktor dari belakang. " Jelas Hani.

Daging dipotong pada potongan kecil. Kemudian disua pada mulut.

Selama beberapa minit ini, mereka hanya mendiamkan diri sebelum Hani memulakan bicara.

" Esok doktor ada apa-apa program tak? " Soal Hani.

" Tak ada rasanya. Lagipun saya cuti. " Balas Faizal dengan tenang.

" Okey cun! Esok saya ada aktiviti nak buat dengan doktor. So esok kita jumpa. " Cadang Hani.

" Awak tak ada class ke esok? "

" Ada. Tapi baru je tadi prof cancel. So esok am free! " Balas Hani dengan teruja.

Faizal tertawa melihat gelagat Hani yang seperti kebudak-budakan.

Betul kata Amin. Kebahagiaannya adalah Hani. Hani yang berada didepan matanya.

' Ya Allah jika dia adalah jodohku, kau dekatkan lah dia pada aku. '

Tbc

7 HARI DENGAN DIA Where stories live. Discover now