Saya pg dekat si Tasha terus suruh dia makan itu ubat. Masa dia mau duduk tu, saya cover badan dia guna selimut. Pelan-pelan saya tolong dia makan dan minum air terus baring balik.

"Chel, kau jaga la si Tasha di sini." Cikgu Mun arah. "Lagi pun lepas ni kelas husband kau kan?"

Saya angguk kepala.

"Nanti saya pm dia. Jaga si Tasha ah." Cikgu Mun bilang sebelum dia keluar. Saya ambil kerusi yang nda jauh dari katil terus saya duduk.

Suasana senyap ja. Si Tasha pun macan okay sudah sikit.

"Kenapa kau tolong saya?" Dia soal dengan lemah.

Oh ya. Kenapa pula? Mungkin sebab habit ni. Selalu kalau dia kena gastrik, saya yang jaga dia.

"Bukan kau benci saya ka?" Dia soal lagi. Saya diam ja. Malas mau menjawab. Betul ka dia yang perangkap? Tapi saya tiada bukti.

Saya mengeluh terus berdiri. "Kau masih buat kan?" Saya soal. Dia ketawa ja.

"Kau ja yang kenal saya." Dia bilang.

Saya pg ambil peralatan untuk basuh luka dan letak di sebelah katil. Saya pg tutup jendela dengan tabir. Pintu saya lock.

Saya suruh dia buka baju putih kurung dia. Memang ada luka fresh. Apa lagi masalah dia ni?

Selalunya dia akan cerita sama saya. Tapi mungkin kali ni dia rasa dia nda mau share so saya nda paksa.

Masa saya rawat luka yang dihiris menggunakan razer di lengan dia, dia menangis. Saya diam ja. Biar la dia kasi keluar semua.

Selepas siap rawat luka dia, saya terus pg ambil spare baju di rak. Jangan hairan. Bilik sakit kami memang macam ni.

Bilang senior dulu ada kes pelajar jatuh di lopak lumpur. Habis kotor baju dia terus terpaksa balik awal. Sejak dari tu pihak sekolah kasi sedia spare baju baru di bilik sakit supaya tiada alasan bagi pelajar untuk balik awal.

"M... M... saiz M..." saya berbisik sama diri saya sendiri sambil membelek-belek itu susunan baju. "Ini dia."

Saya bagi si Tasha itu baju dan suruh dia pakai. Lepas pakai terus saya suruh dia baring. Baju yang dia pakai tadi, saya lipat bagus-bagus dan bagi dia.

Jendela sama tabir pun saya buka balik. Kunci pintu masuk saya kasi unlock balik. Beberapa puluh minit berlalu. Si Tasha sudah tidur.

####

"Macam mana si Tasha?" Cikgu Azhar soal.

"Okay sudah tadi tu. Laju betul lari." Saya jawab. Dia angguk kepala tanda faham.

"Btw, tahniah sebab dapat markah tinggi dalam ujian sains sukan." Dia bilang. "Minggu depan cuti sudah satu minggu. Saya ada suprise untuk kau." Dia bilang terus dia senyum-senyum.

"Suprise apa?"saya soal.

"Kalau kasi tau bukan suprise namanya tu."

Oh ya kan. Jangan suprise nda bagus sudah. Sebelum balik rumah, kami singgah lagi di G-Mart. Mau beli barang dapur.

Kebanyakkan dia saja yang urus, saya pula ikut-ikut ja di belakang. Tiada juga yang tengok-tengok kami. Sebab macam abang sama adik saja.

Selepas shopping barang dapur, dia bawa saya shopping baju. Mula-mula saya menolak tapi dia paksa juga. Terpaksa saya ikut.

Mau 2 jam kami shopping baju.

"Untuk apa juga semua ni?" Saya soal dia.

"Ada la tu. Marilah balik." Dia pegang tangan saya terus tarik keluar dari tu kedai baju.

Cikgu Math Husband Aku✔Where stories live. Discover now