:4:Mayang Di ulek

28 1 0
                                    

Siapa je yang tak tau tentang lagu 'Mayang Diulek' ni kan? Majority tau. Tapi 1 je sampai sekarang orang tak tau apa maksud sebenar lagu ni. Tapi lagu ni jugalah yang jadikan aku seram sejuk sampai sekarang bila mendengarkan nya. Kerana apa? Kerana kisah nya bermula begini..

Time ni tahun 20xx berapa aku tak ingat. Aku sekeluarga pergi bercuti di Port Dickson. Lama dah tak bercuti satu family.

Aku satu family dekat sana 3hari 2malam. Habiskan masa bersama-sama. Dipendekkan cerita. Hari pertama aku di salah satu hotel sekitar Port Dickson ( nama dirahsiakan) berjalan seperti biasa. Tapi aku excited la sebab lama tak holiday.

Aku dan family sampai dalam tengah hari. Tak menyempat nak rehat ke ape, adik aku sebuk nak main air. Mandi laut katanya. Masing-masing sibuk nak bersiap-siap pergi mandi laut. Aku pulak malas sebab panas. Gila apa baru jam 2:30 petang nak mandi laut. Jadi udang bakar lah kulit oi..

Mak ayah dan adik- adik aku yang lain dah turun ke bawah untuk mandi laut. Jarak dari hotel ke laut tak jauh mana sebab hotel kami memang tepi laut. Aku dan kakak tinggal di hotel untuk relaxkan badan dulu. Dari beranda aku dapat lihat mak ayah serta adik-adik aku mandi.

Tanpa membuang masa aku capai tuala sebab nak mandi. Lepastu boleh lah layan mata sekejap. Ala setakat mandi laut nanti pun boleh. Ada masa dalam berapa hari lagi aku kat sini.

"Kak ko tak join dorang ke?"

"Jap lagi aku turun la. Letih la. Lagipun panas. Tak pun kita turun sekali la?"

Adui aku dah la malas nak turun. Kalau boleh nak membuta. Tapi kakak dah cakap nak tunggu aku sekali. Hurm.
"Ok. Aku nak mandi dulu. Nanti lepas aku mandi kita turun la pergi dekat mak ayah"

"Ok. Kakak tunggu."

Aku pun mandi la. Sambil mandi tu aku memekak menyanyi dalam bilik mandi. Bagus kan perangai? Feeling suara macam Dato Siti. Huhu.. Rutin hatian aku bila mandi. Tapi aku tak tau semua tu bakal buat aku sendiri susah. Aku salah seorang yang tergolong dalam orang yang degil. Sebab orang tua-tua cakap tak elok menyanyi dalam bilik air nanti ada orang join.

Tu orang tua cakap. Orang muda macam aku tak cakap. Hoho nampak tak riak? Dalam aku tengah membelek muka aku rasa macam lain macam je badan aku. Hurm uzur rupanya. Ala tak dapat mandi laut. Tak apa la. Tengok je la diorang mandi. 😑😑

Tengah aku asyik menyanyi lagu bukan cinta biasa sambil main buih syampu tetiba aku dengar pintu diketuk. So aku pun buat tak tau sebab kakak aku memang selalu buat macam tu bila aku memekak dalam bilik air.

Aku pun abaikan sambil meneruskan apa yang tergendala. Lepas 1 lagu ke satu lagu aku nyanyi sampai la satu masa aku terdengar "ulek mayang diulek....." sayup-sayup je macam sangat dekat dengan telinga aku.

Aku jadi pelik sebab tiba-tiba dengar orang nyanyi lagu tu. nak kata kakak aku tu, sangat mustahil sebab suara tu macam dekat sebelah telinga aku. Aku dah rasa lain macam dan bulu roma tu tak usah cakap la. Tegak dari atas sampai bawah.

Rasa tak sedap hati sebab lagu tu terulang-ulang macam radio rosak. Aku pun menjerit panggil kakak aku tapi langsung tak ada sahutan. Aku dengan kelam kabut mandi dan keluar dari bilik air.

Benda pertama sekali aku cari kakak aku. Tapi kelibat dia langsung aku tak nampak. "Ok! Pelik!" Kata aku perlahan. Walaupun dengan keadaan yang menggeletar takut aku gagahkan bersiap dan lari turun ke bawah.

Bila sampai bawah, mak aku la perasan muka aku pucat lesi. Mak tanya kenapa tapi aku diam tak mampu bersuara. Dalam masa sama mata aku gatal nak pandang ke atas. Ke bilik penginapan kami. Dan apa yang aku nampak adalah seorang perempuan yang memakai baju lama macam orang dulu-dulu memandang aku dengan tajam serta muka nya sangat hodoh sampai tak mampu aku nak ungkapkan.

Lepastu aku terus tak ingat apa. Sebab pengsan..

Ada Hantu?Where stories live. Discover now