Alice in Master's heart Part 30 (THE END)

2.7K 134 15
                                    

        Waktu sekolah belum tamat lagi, Alice berlari satu sekolah mencari Coco tapi kehadiran Coco langsung tak dapat dikesannya.

"Dia tak ada kat sekolah lagi ke?" Soal hatinya ketika berehat seketika di lorong sekolah yang sunyi.Tangannya menggapai telefon bimbit dari poket di baju seragamnya lalu jarinya laju menaip sesuatu.

"Jadi, dia tinggal berdekatan gereja." Ujarnya, sendirian dan berlari melepasi pagar sekolah dengan kadar kelajuan cahaya.Di hujung lorong berdekatan tangga kecemasan, Vanilla sedang berdiri di situ.

         Di sebelah sebuah gereja, ada sebuah rumah banglo yang berunsurkan eropah.Alice sedang berdiri di hadapan rumah itu.Hatinya tekad ingin berhadapan sendiri dengan Coco.Tiba-tiba, ada nyanyian merdu kedengaran.Tubuh Alice serta merta menjadi kaku.Mukanya kelihatan sangat terkejut.

"Apa ni?! Kenapa?!" Soalnya, cemas.Nafasnya tercungap-cungap kerana tenaganya semakin berkurangan.

"Alice, kau datang cari aku?" Soal Coco dengan ceria.Alice mula kawal emosinya dan tersenyum.

"Ye." Jawab Alice.Dia cuba menggerakkan tubuhnya dan dia berjaya lalu melompat jauh dari Coco.

"Wow, kau boleh lepas dari nyanyian Siren?" Puji Coco yang jelas sekali tak ikhlas.Mata merah Alice merenung Coco.

"Aku benci kau." 3 perkataan darinya dengan penuh kebencian.Coco mula berubah wajah.Dari sifat nakal kebudakan berubah ke serius.

"Aku lagi benci kau!" Jeritnya, sepuas hati.Alice mula bengang.Dia tiada salah pada Coco tapi kenapa Coco cuba cederakan dia? Kenapa dia gunakan Rai? Memang tak boleh dimaafkan!Tiba-tiba sepantas kilat, Alice muncul di hadapan Coco.Coco sentap dan satu tendangan terkena di perutnya.

"Ughhh...." Dia mengerang kesakitan setelah tercampak jauh sehingga terlanggar pokok besar dan pokok itu turut tumbang selepas ditendang Alice.Serta merta darah menyembur keluar dari mulutnya.

"Heh." Gelak sinis dari Coco lalu darah yang mengalir dari bibirnya dilap dengan tangannya.

"Kenapa? Kenapa aku jadi game kau?!" Marah Alice yang entah sejak bila muncul tiba-tiba di hadapan Coco.Tangannya mencengkam kolar baju Coco.Ini bukan Fuyuki Alice yang biasa.Ini vampire yang ada di dalam.dirinya.

" Hahaha....rambut kau..." Ujar Coco kepuasan sambil ketawa terbahak-bahak.Alice sentap.Adakah ini bermaksud rambutnya semakin berubah warna.

"Kau tak layak jadi manusia..." Bisik Coco perlahan di telinga Alice dan tiba-tiba Coco nyanyikan satu not lagu.Alice terus melepaskan Coco lalu menekup telinga kananya.Sakit.Pedih terasa dan kepalanya seakan berpusing.Dia sedar sesuatu yang basah keluar dari telinga dan rupanya darah.

"Aku cuma lukakan otak kau sikit je." Ujar Coco sambil menepuk-nepuk habuk di gaunnya.Alice tersenyum tiba-tiba.

"Walau kau belah dua badan aku.Aku akan pulih bila-bila masa." Ujarnya dengan yakin.Coco mula serius kembali.

"Kau anak manusia tak guna nak berlagak pula? Ayah kau dan kau, dua-dua sama tak guna!" Marah Coco dengan selambanya.Alice mula tegang apabila terdengar perkataan 'Ayah'.

"Apa maksud kau?! Kau kenal dia?! Ayah aku?!" Soalnya sambil menggoncang keras tubuh Coco.Coco membiarkan Alice berbuat sesuka hatinya dan terus tersenyum puas.

"Mak aku yang bunuh mereka berdua." Ujarnya dengan jelas dan terang.Alice terdiam mendengar kata-kata itu.Hatinya terasa bagai dirobek-robek.Lagi sekali, dia teringat wajah pembunuh itu.Memang serupa Coco dan Vanilla.Air matanya mengalir perlahan dan jatuh ke bumi.

"Kenapa? Kenapa bunuh mereka?!Apa salah mereka?!" Soalnya dengan terdesak dan begitu sedih.Riak wajah Coco kelihatan marah dan bengang.

"Manusia tak guna tu telah membunuh Mocha! Kembar aku! Kau orang manusia dan begitu juga Mocha! Dia kembar aku tapi dia manusia! Kenapa...bapa kau bunuh dia?! Aku takkan boleh maafkan selagi melihat kau hidup, Alice!!" Marahnya sepuas hati dan suara merdu yang begitu menyakitkan telinga kedengaran.Kepak putih yang cantik tiba-tiba berkembang di belakang Coco dan dalaman Alice mula terasa sungguh pedih seperti seribu jarum mencucuk dalam badannya.Telinganya berdarah kembali.

Alice in Master's heart *MalayWhere stories live. Discover now