Alice in Master's heart Part 21

3.1K 128 1
                                    

Part 21

           PAGI Ahad itu, Alice muncul di hadapan rumah Kiwi.Dia meneguk air liurnya lalu perlahan-lahan mendekati pintu masuk rumah tersebut lalu menekan loceng.

 Ting! Tong!

" Ye!" Jawab seseorang dan dari dalam rumah lalu membuka pintu tersebut.Pintu itu pun terbuka dan Kiwi muncul.Kiwi begitu terkejut melihat Alice ada di hadapan matanya dengan dua beg pakaian.Air matanya mengalir dan tanpa berkata sepatah pun, dia terus memeluk Alice seeratnya.Alice sedikit terperanjat dengan reaksi Kiwi lalu memeluk Kiwi semula.

              Selepas meminta maaf pada kedua ibubapa Kiwi, Alice dan Kiwi hanya lepak di dalam bilik tidur seperti biasa.Kiwi duduk menghadap Alice dan merenungnya tanpa henti membuat Alice berasa tidak selesa.Pandangan mata Kiwi penuh misteri.

" Kau ni kenapa? Kalau nak tanya apa-apa, tanya je lah!" Soal Alice dengan bengang.Senyuman terukir di bibir Kiwi.

" Fuyu..." Panggilnya tiba-tiba.Alice sentap seketika lalu merenung Kiwi dengan bengang.

" Kau ni sengaja cari gaduh ke?!" Soalnya dengan marah.Aura hitam mula kelihatan mengelilinginya.Kiwi sebaliknya tertawa kecil apabila melihat wajah Alice yang marah.Dia sengaja ingin menyakat Alice.

" Nampaknya kau okey je." Ujarnya tiba-tiba.Riak wajah Alice berubah tenang.

" Apa maksud kau?" Soalnya, ingin tahu.

" Aku takut kau tertekan je sebab kisah silam kau tapi aku tengok kau okey." Jawab Kiwi dengan jujur.Alice memandang Kiwi dengan serius.

" Kau kata aku okey? Aku masih tak okey, aku balik pun sebab aku nak cari pembunuh mama dengan ayah aku!" Dengan lantang Alice bersuara.

" Sekarang kau berdendam pula?" Soal Kiwi dengan bimbang.

" Ye.Itu je lah alasan aku untuk teruskan hidup." Jawab Alice dengan yakin.

" Kau serahkan je hal ni pada Madam Velvet.Biar dia selesaikan semua.Amatur macam kau tak patut memandai." Nasihat Kiwi dengan tegas.Alice memandang Kiwi dengan bengang.

" Ini adalah urusan aku.Buat apa aku nak minta tolong orang lain?" Alice melawan kata-kata Kiwi.Dia tetap dengan pendiriannya dan ikut kata hatinya sahaja.

" Dendam itu bukan dapat menghidupkan kembali orang yang telah pergi pun." Balas Kiwi tanpa berlapik atau berkias-kias.Alice terus mengeluh panjang apabila mendengar Kiwi membangkang semua keingingannya.

" Apa kata kau mulakan hidup baru dengan Orion." Cadang Kiwi.Alice terdiam seketika apabila mendengar nama Orion.Dia sebenarnya tidak mahu lagi berfikir pasal lelaki atau percintaan kerana ia lebih menyakitkan.

" Dia dengan Evekan? Aku tak patut masuk campur." Jawabnya dengan perlahan.

" Tapi Eve cuba bunuh kau dan Orion nampak risau sangat pasal kau.Dia nampak macam sayang kau lagi." Ujar Kiwi dengan selamba.Alice hanya tunduk dan teringat semula wajah Orion sedang menangis di hadapannya.

" Tapi...aku bukan manusia macam dia.Kalau rantai ni ditanggalkan dari leher aku, aku mungkin akan hisap darah dia." Ujarnya dengan sayu.Kiwi memegang kedua-dua bahu Alice.Alice terus mengangkat wajahnya lalu memandang tepat ke dalam mata Kiwi.Pandangan mata Kiwi kelihatan sangat yakin.

" Salahkah vampire untuk jatuh cinta?Ditinggalkan atau meninggalkan, sebenarnya yang terasa lebih sakit ialah meninggalkan.Kalau kau mampu, kau buatlah.Dunia ni memang kejam tapi kau kena ingat.Vampire atau manusia atau sesiapa pun, cinta memang tak mengenal tuannya.Kau cintakan diakan?" Soalnya.Alice tunduk semula.Pelbagai perkara bermain di dalam fikirannya.Air matanya mula mengalir.

Alice in Master's heart *MalayWhere stories live. Discover now