"Pfft kuat berangan eh kau."

"Btw apa cerita dengan cinta bersegi-segi kau tuh?? macam takde perkembangan je sejak dua menjak nih aku tengok." soalan Haena membuatkan aku sedikit pelik.

"Mende? Cinta bersegi apa?" soalku pelik. Tiba-tiba Haena menampar dahinya dan itu membuatkan aku lebih pelik. "Asal do kau?" soalku, risau.

"Yela aku lupa ah kau amnesia. Tiga jejaka tampan nct dream kan ada hati kat kau. Berdekah pulak bila ingat balik pasal dia orang bertarung nak jadi partner prom kau. Lucky you!"

Aku menelan liur. "S-siapa?"

✦-

Aku kini berada di dalam library. Tujuan aku datang sini sebab nak siapkan essay chinese je, bukan nak baca buku pon.

"Annyeong Minhee. Apa khabar?" sapa seseorang. Perempuan itu menarik kerusi di sebelah aku lalu duduk. Aku memandangnya sebelum mata aku tertancap pada nametag nya, Ahn Yujin.

"Oh annyeong. Saya okay je." balasku awkward.

"Kau kenal aku?" soalnya. Aku menggelengkan kepala.

Tanpa Minhee sedar, Yujin mengukir satu senyuman sinis. "Yeke kau tak ingat aku? atau kau sengaja so kau boleh balas dendam?" getus Yujin dalam hatinya.

Senyuman palsu dipamerkan olehnya sebelum meminta diri untuk berambus apabila nama Minhee dipanggil oleh Soeun.

"Eh Soeun.. " aku memandang muka Soeun yang asyik memerhati Yujin pergi daripada sini. "Asal kau? pandang-pandang perempuan tu?" soalku pelik. Mana taknya, cara pandangan Soeun tu macam benci akan Yujin.

"Dia cakap apa kat awak?" soal Soeun. Dia jelas kelihatan sedikit risau. Aku mengerutkan kening. "Dia cuma tanya yang aku ingat dia ke tak. Tuje." balasku sebelum mengoyakkan sekeping halaman testpad.

"Awak jawab apa?" soal Soeun lagi dan ini membuatkan aku makin pelik. Apahal si Soeun ni macam musykil sangat je kat perempuan nama Yujin tuh?

"Aku jawab tak kenal la. Kau asal eh? daripada tadi asyik tanya pasal dia je? Ada something jadi ke antara aku dengan dia dulu?"

"Hah?? Err takde.. saja tanya." Aku menjegilkan mata. Aku syak Soeun ada rahsiakan sesuatu daripada aku.

"Yeke? okay. Haa weh! tolongkan aku siapkan essay chinese nih. Pening do." Soeun tergelak. Suka pulak minah ni.

"Kenapa tak minta tolong Chenle je? Haa takpun Renjun." soal Soeun.

Belum sempat aku menjawab soalannya, tiba-tiba seseorang memanggil nama Soeun. Kami menoleh ke arah sumber suara serentak.

"Jeno?" Jeno menghampiri kami berdua dengan Jaemin di sebelahnya. Aku cuba untuk mengelakkan diri daripada membuat eye contact dengan Jaemin.

"Kau Soeun kelas sebelah tu kan?" soal Jeno. Soeun hanya mengangguk.

"Jihoon sunbaenim nak jumpa kau. Ada hal penting nak bagitahu katanya." ujar Jeno. Tiba-tiba Soeun terdiam, macam terganggu dengan sesuatu.

"Jihoon sunbae? Oh! yang tolong aku sebab sesat haritu ke?" Aku memandang Soeun. "Erm takpela kau pergi la."

"Oh! boleh tak sesape tolong Minhee ni siapkan essay chinese dia? dia desperate tuh. hehe.." ujar Soeun lalu keluar daripada library dengan pantas.

Aku menggigit bibir. "Elok sangatlah idea tu! Hang tunggu Soeun!" aku bermonolog di dalam hati.

"Ehemm err aku kena pergi dulu. Kau la tolong dia eh nana." ujar Jeno lalu terus hilang dari pandangan aku.

Gulp. "Siapa nana? kawan kau?" soalku kepada Jaemin. Jaemin hanya tergelak. Tiba-tiba sahaja aku rasa berdebar macam nak dapat result spm. Dia yang suka aku! bukan aku yang suka dia an. Relax ah Minhee. Buat tak tahu je.

"Aku la nana." balasnya.

Dia kemudiannya duduk di sebelah aku. Aku terkejut buat seketika. Gila ke sia? Rapat gila kot nih. Ooo ambil kesempatan eh?

Aku menghiraukannya lalu menyambung penulisan.

Tiba-tiba kotak pensel aku-- em Minho punya sebenarnya, dirembat oleh Jaemin. Aku memandang pelik.

"Sejak bila kau minat warna hitam? " soalnya sambil membelek kotak pensel tersebut. Beberapa saat kemudian, dahinya berkerut. "Jap, aku rasa macam pernah nampak pulak kotak pensel ni... kau rembat Minho hyung punya ek?"

Membulat mata aku. "Kau, kenal abang aku?"

Dia mengangguk. "So betullah kau rembat an.."

Aku mula rimas. "Kau nak tolong aku ke tak? kalau tak nak pergi la balik." ujarku geram. Aku menjauhkan jarak aku dengan dia dengan mengangkat kerusi ke tepi.

Beberapa saat kemudiannya dia melakukan perkara yang sama. Aku memberikan pandang wtf? kepadanya.

"Kau buat apa nih?"

"Kalau aku nak tolong kau jatuh hati kat aku boleh tak?" salah satu kening diangkatnya sebelum smirked.

"Hah???"

TBC 💓

cringing do part terakhir tu 🐒

straight. nct dreamWhere stories live. Discover now