BAB 3

1.4K 76 15
                                    

Peristiwa petang tadi benar-benar mengganggu Elena. Sukar untuk dia lelap biarpun dia kepenatan dan mengantuk. Peristiwa empat tahun lalu yang ingin dilupakannya kini kembali menghantui hidupnya. Dia paksakan juga matanya untuk pejam kerana esok hari, mereka akan ke tempat bersejarah yang lain.

Tatkala menghampiri sahaja, Elena sudah terpana dengan binaan Colosseum yang berbentuk separa bulat, yang dinanti-nantikannya. Ia merupakan sebuah amfiteater terbuka yang berpentas, dengan tempat duduk bertingkat. Di bahagian tengahnya, terdapat sel-sel gladiator sebelum mereka bertarung.

Di Colosseum itulah pertandingan gladiator diadakan. Satu pertandingan yang kejam antara manusia melawan gladiator lain atau binatang liar yang ditonton oleh ribuan manusia sebagai hiburan pada zaman Empayar Rom. Ia ibarat sebuah amfiteater terbuka yang besar.

Buat seketika Elena berjaya melupakan lelaki misteri itu. Dia terlalu terpegun dengan binaan di dalamnya; dia dapat bayangkan pertandingan gladiator yang sedang berlangsung seperti di dalam wayang gambar. Usai melawat Colosseum, mereka bergerak ke Roma Termini, stesen keretapi utama di bandar Rom. Mereka sepatutnya mengambil tren untuk ke Venice pada petang itu.

"Kita makan dulu, nak? Laparlah." cadang Emma sebelum mereka melangkah ke Roma Termini. Perut ditekan-tekan.

Mereka sudah mencari tempat makanan halal yang berdekatan dengan Roma Termini sebelum ke situ. Jadi, lawatan mereka menjadi mudah kerana perancangan awal yang teliti. Makanan halal amat mudah untuk dicari di Rom. Kebanyakan makanan halal berada di tengah kota iaitu berdekatan dengan stesen utama kereta api, Roma Termini.

Mereka membeli piza dari sebuah kedai orang Arab yang bukan sahaja sedap, namun harganya juga amat berpatutan. Yang paling seronok, mereka dapat menumpang untuk menunaikan solat di situ.

"Elle... You rasa nak datang sini lagi tak?"

"Tak kut... Banyak lagi tempat yang I belum pergi."

Di Colosseum tadi, Emma tidak berhenti bercakap. Dia asyik mengulangi bahawa dia sangat sukakan Rom dan teringin untuk ke situ lagi.

Emma kapit bibir dan berkata, "Hmm... I rasa macam tak nak baliklah..." Kemudian dia ketawa malu.

Elena turut tertawa geli hati dengan gelagat Emma.

"Kenapa tak nak balik?" tanya Elena.

"I ingatkan... Kalau I dapat boyfriend orang Itali, hmm... Seronok juga." Emma mengekek.

Elena ketawa geli hati. Emma... Emma... Ada hati rupanya dia.

"Elle... Handsomenya dia orang ni. You know, they said Italian men are charming and emotional. Owh..." Emma mula teruja. Wajahnya mula bertukar warna merah jambu. Senyumannya begitu lebar.

"Well... Before you even go further," Elena sengaja berkata begitu. Sengaja dia menyakat Emma yang sudah jatuh hati dengan lelaki Itali. "Let me tell you the brutal truth about dating an Italian man."

"Ah, you ni Elle. Janganlah buat spoil mood I!" Emma kerutkan bibir. Dia mula berasa kecewa tatkala mendengar ayat Elena.

"You see... They are gorgeous to boot!" kata Emma terlebih teruja. Kedua tangan automatik terkepal dan dibawa dekat ke dada.

Elena menggeleng bersama satu tawa kecil melihat telatah Emma. Elena tarik keluar telefon bimbit dari sling bag lalu menaip sesuatu. "Dengar ni..." Kata-kata Elena membawa perhatian Emma kepadanya.

"There will be food and drinks ... A LOT! So... Your diet..." Elena angkat kening, sengaja ingin menakutkan Emma yang selalu ingin berdiet. "Habis!" Elena siap buat gaya 'habis' dengan tangannya, seperti sesuatu berderai.

"He probably won't clean." Elena membaca dari skrin telefon. "Jadi... You pandai-pandailah belajar mengemas ya."

"He needs to be in control. So you, Alpha female, beware!" Nada Elena kedengaran semakin serius, siap dengan riak wajah yang serius. Namun setelah beberapa saat, senyuman terkoyak di wajahnya. Emma sama-sama ketawa. Lucu!

"Alah Elle... You ni..." Emma berkata, tidak puas hati. "You know how much I need to control."

Elena menyambung. "He is VERY stubborn," kata Elena dengan kening terangkat ala ala mafia Itali.

"And last... But not least... Italian guys are HUGE mama's boys. Hmm... Macam mana?"

"Oh my! Yang tu I surrender." Emma angkat tangan. "Lagi?" Seronok pula dia mendengar apa yang sedang dibaca oleh Elena tentang lelaki Itali yang tidak pernah diketahuinya.

"You bacalah sendiri!" Elena hulur Samsungnya kepada Emma.

"Ah! Tak maulah. Macam tak best pula..."

"Tau pun... hahaha."

"Seronoklah tu, usik orang! But I need to find a boyfriend before I turn 33!" kata Emma.

"Ada 2 tahun lagi... Ada masa lagi you nak cari. Jodoh akan sampai juga kalau Allah dah tetapkan."

'Dan jodoh akan pergi juga jika itu yang ditakdirkan.' Elena sambung di dalam hati.

"Ishh!" Desis Emma. Kecewa. Dia sudah seronok berangan-angan tadi.

Elena gelak agak kuat. Tahap obsesi Emma terhadap lelaki Itali sangat kelakar.

Mereka membunuh masa di stesen kereta api yang sibuk sementara menunggu. Berbual-bual kosong sambil membilang jumlah tong sampah yang ada di sekeliling stesen kereta api. 

"Penatlah, I nak duduk." Elena sudah mula menguap. Semalam dia hanya terlelap setelah jam mengunjak pukul satu pagi. Dia pusing badan ke arah bertentangan yang berhadapan dengan dinding kaca. Dan...

Kejutan itu datang lagi. Sungguh! Dia belum bersedia. Tamparan semalam masih belum habis, dia sudah disogok dengan yang ini pula. Elena pandang figura itu dengan mulut terlopong.

Dia...

Di luar stesen Roma Termini, mereka sedang berjalan berdampingan. Elena masih ingat akan senyuman itu. Satu tanda tanya yang sangat besar adalah, adakah itu, DIA? Elena terkaku mati seperti patung di Fontana di Trevi

UNDERCOVER WIFEWhere stories live. Discover now